BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

14 June 2012

Janji Jujur Sepi

Janji Jujur Sepi - Beto kusyairi & Neelofa

Semalam aku tengok drama Janji Jujur Sepi di tv 9, sebab ada 2 orang yang aku suka dalam drama ni....Neelofa dan Beto Kusyairi. Tapi sejujurnya Neelofa ni pada pendapat aku lakonan dia okey2 je...sebab muka dia manis. Aku lebih minat kepada keperibadian dan penampilan dia. Tapi Beto ni aku memang minat lakonan dia, sebab kalau nak kata penampilan dengan rupa dia biasa-biasa je (muka tak hensem, tapi manis ada kan...). Dia ni bila berlakon, muka dengan gaya dia bercakap sempoi, sebab tak nampak macam dibuat-buat.

Cerita dia okey la, sebab ada sesetengah part macam agak slow buat aku nak tertido je. Kesimpulannya cerita dia sweet sangat. Tapi aku ada teringat satu ayat yang beto cakap dalam drama tu. Dia cakap lebih kurang, "Jangan terlalu berserah kepada takdir sangat".


Dalam hidup ni kita sentiasa kena buat pilihan . Orang selalu cakap;

"Ajal, Maut, Jodoh ditangan tuhan ...."
"Orang yang cakap macam tu orang yang dah putus asa. Jangan jadikan takdir sebagai alasan bila tak dapat apa yang kita nak"


Sebab kita orang melayu ni kan suka sangat berserah dan bertawakal tapi usaha langsung tak ada. Macam-macam alasan kita bagi;

"Tak ada rezeki, nak buat macam mana"


"Nak buat macam mana, jodoh tak ada lagi"


"Perangai aku memang macam ni pun sejak dari dulu"

Macam-macam lagi la alasan yang kita akan cakap bila nak mengelak ataupun tak dapat terima kenyataan. Aku bukan bercakap tentang orang lain. Aku bercakap tentang perangai diri sendiri dan tak mustahil dalam diri korang pun ada perangai ni. Sebab kadang-kadang kita selalu terlepas pandang........manusia kan. Kadang-kadang kita ada terfikir nak berubah, tapi tak tahu nak macam mana nak mulakan.

Manusia ni kadang-kadang jarang nak bersyukur. Kita asyik fikir kita ni ada banyak masalah. Pada hal orang lain dekat luar sana, masalah dia lagi besar dari kita. 








Pokok pangkalnya hati.


03 April 2012

Bila perangai kita yang macam "$^$%$%#@"






Entry ini bukan nak cerita pasal aku pun. Tapi aku nak bercerita tentang perangai sesetengah orang yang ada disekeliling kita, benda ni umum okey. Tak ada kaitan langsung dengan sesiapa yang berkawan dengan aku ataupun musuh aku. Disampai kita ingat mengingati, aku pun boleh ambik iktibar juga. Kadang-kadang aku pun sama dengan je dengan benda yang aku taip ni (Nasihatkan diri sendiri). Kita ni tak boleh la nak cakap kita ni "Bagus" sangat ataupun "Baik" sangat. Mungkin kita ni kadang-kadang terlepas pandang tentang perangai diri sendiri. Rakan-rakan sekeliling ni tersangatlah penting supaya dapat tegur apa-apa yang tak patut.

Kehidupan kita ni penuh dengan gurau senda rakan-rakan. Kadang-kadang kita tak perasan kalau-kalau gurauan kita itu boleh buat rakan kita rasa kurang senang dengan kita. Kadang-kadang bila rakan kita kata perangai kita macam "$^$%$%#@". Senang bila nak bercakap pasal orang ini kan. Tapi bila diri sendiri kene tegur, diri sendiri pula rasa tak tahan.



Kita perlu belajar untuk:
  • Belajar untuk tidak cepat melenting bila kena tegur. Tapi kalau tak setuju dengan sesetengah perkara yang ditegur itu, belajar untuk protect diri sendiri dengan cara yang lebih tenang. Tak semestinya semua yang dia cakap itu betul, dan tak semua benda yang kita cakap itu betul. Sentiasa muhasabah diri sendiri.
  • Kalau rasa bergurau tu kasar sangat(mulut laser). Kurang-kurangkan la bercakap supaya tak ramai lagi hati member yang sakit hati bila kita start buka mulut kan. Bila kurang bercakap tak semestinya kita ini orang yang membosankan(mungkin bosan sikit la kan...hehehehe). Tapi yang penting orang selesa dengan kita(tak sakit hati).
  • Tak semua orang yang lebih berumur ini matang dan tak semua orang yang bawah umur ini kurang matang. Semua ini bergantung kepada cara kita dibesarkan dan cara kita berfikir sebenarnya. So yang lebih berumur jangan rasa semua yang awak buat semuanya betul(cakap tentang diri sendiri...hehehehe).
  • Kalau nak start bergurau dengan seseorang, pastikan kau dah cukup kenal dengan dia. Jangan nanti bila kau mula nak bergurau, dia rasa macam pelik semacam(kau nak buat@cakap apa sebenarnya ni haaa....tak paham la~~~)

Bila kita buat perangai yang lebih kurang sama dengan apa yang member kita buat. Tapi bila bercakap tentang 'perangai', dengan rasa bangganya dia cakap perangai kita teruk gila. Kalau nak diikutkan perangai dia lagi teruk bila dia start buka mulut.




Tak selalu kita boleh puaskan hati semua orang. Kadang-kadang macam kena anggap, tak semua orang suka dekat kita. Jadi kita lebih berhati-hati bila bercakap dengan orang kan. Hidup kita ini tak selalunya indah dan tak selalunya sempurna seperti apa yang kita mahukan. Kadang-kadang perkara yang kita rasa kurang menyenangkan ini dapat buat kita berlajar sesuatu dari situ.


Lagu untuk mood aku hari ini :
(aku suka versi dia)


Mood: Sentiasa Muhasabah Diri

01 December 2011

Selamat Pengantin Baru Zahiril Adzim dan Shera Aiyob

Selamat Pengantin Baru




Aku suka tengok dia orang berdua ni, "sempoi+sweet". Semalam aku baca puisi zahiril ni sambil dengar lagu Ungu-Dirimu satu@I always love you. Aku cakap la, memang sangat-sangat feel okey. Mungkin sebab, zahiril antara pelakon yang sangat berbakat.




Pada aku Zahiril ni tak ada la hensem mana. Muka dia biasa-biasa je, macam lelaki-lelaki melayu yang lain. Tapi mamat ni ada manis dia yang tersendiri. Mungkin disebabkan "manis" dan karakter dia yang buat Shera suka kat dia. So lelaki melayu kita di luar sana, kalau rasa diri tu kurang hensem, tapi manisnya mungkin ada. Tapi biar la dengan pakej perangai yang elok sekali.



"Zahiril berpura-pura terjumpa kertas dalam tuxedo, ketika itu Shera sedang khusyuk mendengar lahu "I always love you-Ungu", yang dinyanyikan oleh abang Zahiril. Tiba-tiba Zahiril bangun dan menujukan puisi buat isterinya, yang magisnya ada mic tersembunyi dalam tuxedo beliau"-dilaporkan oleh Hafiz Atan Fb


Gambar Kejadian oleh Hafiz Atan















Puisi Zahiril buat Shera


“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.

Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.

Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,

Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,

Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,

Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.

Selamat menjadi separuh dari aku.”



29 November 2011

Entry Prono???

Aku dah lama nak tulis pasal benda ni. Siapa-siapa yang search pasal prono ni, then termasuk pulak dalam blog aku ni...."Padan Muka"!!!. Dah tak ada benda lain ke yang nak di search. Aku nak "Minta Maaf" awal-awal ye. Walaupun nilai tu tak detail kan siapa yang search, yang penting aku tahu kebanyakan yang search tu melayu kita. Bukan semua melayu , cume sebilangan kecik ni yang suka sangat search pasal benda tak elok ni. Lagi satu aku tak detail kan dekat sini lelaki ataupun perempuan. Jadi entry ini umum untuk semua rakyat malaysia diluar dan didalam negara....(tak payah nak budget)




Sekarang aku dah lama tak update blog. Jadi nilai yang terkini macam kat atas tu. Dulu masa aku suka update, memang makan ribu jugak la hits die. Sebab tu entry aku yang paling popular "Rumah tangga musnah sebab gambar prono", sebabnya perkataan "PRONO" tu. Entry tu elok je, siap bagi nasihat lagi. Tapi siapa-siapa kalau termasuk dalam entry tu tolong baca sampai habis. Kalau dah rasa kemaruk sangat pergi kahwin je la.

Cakap memang senangkan..."Kahwin je...apa susah". Kalau dah rasa diri tu tak mampu lagi, cari la benda lain yang boleh kita kurangkan berfikir ke arah perkara tu. Manusia ni ada macam-macam perangai:


Memang nak berubah.
  • Orang macam ni senang kalau nak dibawa berbincang. Siapa didunia ini yang tak pernah buat silapkan. Kalau diri sendiri memang nak berubah, orang cakap apa pun tak kisah. Yang penting diri sendiri dah tak nak tengok benda-benda macam tu.

Susah nak berubah
  • Orang macam ini jenis yang makan masa sikit kalau nak berubah. Tapi kalau ada azam yang kuat, semua perkara akan jadi tak mustahil. Kalau rasa susah sangat, cuba cari member yang faham tentang masalah kita. Maksud faham tu, bukannya join skali tengok. Tapi cari member yang boleh bagi nasihat. Jangan la pergi tanya member yang memang sah-sah jenis ke longkang kalau bagi nasihat. Lebih kurang macam nak berhenti merokok la. Bukannya boleh behenti macam tu je.

Memang tak akan berubah
  • Orang macam ni kalau cakap apa pun memang tak makan saman. Kalau benda tu memang dah jadi habit, suruh la buat apa pun memang tak jalan. Contoh-contoh orang macam ni banyak masuk dalam surat khabar. Jenis yang suka rogol anak dara orang, kanak-kanak dan nenek tua pun ada okey. Tak faham betul la aku dengan nafsu jin macam ni.

Berita harian :




Kalau diri sendiri memang tak nak berubah, orang cakap apa pun memang tak guna. Kalau rasa boleh elakkan tengok benda-benda macam tu, cuba la elakkan. Benda tu tak kan datang dekat kita kalau kita tak cari. Jangan menyesal kalau perkara-perkara tak elok ni terjadi dekat keluarga kita.



"Renung-renungkan dan selamat beramal"

24 November 2011

Ady Putra & Drama "Tentang Dhia"


Heloooooooo..........


Wah lama gila tak update blog. Tak tahu nak kongsi apa dengan korang, sebab itu la lama sangat tak update. Sekarang tengah gila dengan cerita "Tentang Dhia". Buat masa ni baru awal-awal episod. So bagi aku jalan cerita ni macam okey je. Tapi yang buat aku gila nak tengok cerita ini sebab ada....



" A.D.Y P.U.T.R.A "



Aku start suka tengok dia berlakon masa filem "Anak Halal". Dia ni asal singapora.....lebih kurang macam Aaron Aziz la jugak cerita die. Datang berlakon dekat malaysia sebab nak cari makan. Dia ni tak la sehensem Aaron Aziz. Tapi aku suke sangat bila dia berlakon. Dia ni macam ada karisma dia yang tersendiri yang boleh buat orang suka dekat dia. Tapikan, cerita dia "Suria di Cordoba" tu aku tengok kejap je kot, episod seterusnya tak tengok langsung. Mungkin jalan cerita dia yang mempengaruhi cerita kemudian baru la para pelakon .


" Tentang Dhia "



Tapi ada satu part dalam cerita ni yang aku nampak dia macam sweet sangat.


Kakak mata mengoda tu tengah gosip-gosip dengan dhia, sambil beli nasi lemak.


Zikir (Ady Putra) tengah usha Dhia dari jauh...malu-malu kuching. Aku pun tak tahu kenapa, tapi memang suka sangat part ni.



OKAY FINE!!!!!




Gambar bawah ni aku curi dari Ady Putra Fanpage. Tak salah aku untuk drama "Suria di Cordoba".




Suke tengok dia senyum. Tapi gambar ni jauh sangat la

















Haaa....Ambik Kau. Kalau nak dekat lagi, pandai-pandai close up sendiri

  • Tak perlu nak cari yang hensem-hensem sangat.
  • Tak perlu nak cari yang putih-putih sangat.
  • Tak perlu cari yang kaya-kaya sangat.
  • Tak perlu nak memilih-milih sangat.
  • Tak perlu nak cari yang bergaya sangat.
  • Tak perlu cari yang berlagak pandai.
  • Tak perlu cari yang suka ambil kesempatan.

Banyak lagi la yang tak perlu, supaya kita tak jadi terlalu berlebih-lebih sangat dalam semua segi. Tapi yang perlu nya, hanya cukup sekadar kemas di luar dan "didalam".




(Lagu ini boleh layan, aku tak tipu.Tapi kena dengan 2, 3 kali la jugak)


Lirik Lagu Merpati Band : Tak Rela

andaikan saja kau mau mengerti
tentang perasaanku selama ini
yang tak menginginkan kamu trus merasa
hati dipenuhi rasa curiga

coba kau pahami keadaanku
ku hanya menguji kesabaranmu
ternyata kau tlah salah menilaiku
kau tinggalkanku untuk cinta yang baru

reff:
sesungguhnya aku tak rela
melihat kau dengannya
sungguh hati terluka

cukup puas kau buat diriku
merasakan cemburu
kembalilah padaku

bukan ku menarik ulur hatimu
salahkah jika ku mengharapkanmu
ku tahu hatimu hanya untukku
kau bersamanya pelarian semata

repeat reff [2x]

andaikan saja kau mau mengerti




17 February 2011

Filem 'Dalam Mihrab Cinta' vs'Ayat-ayat Cinta' vs 'Ketika Cinta Bertasbih'



Halloorr.....


Entry kali ni nak cerita pasal movie lagi. Aku cari movie ni dalam google,ingatkan nak tengok online. Tapi tak ada la pulak.Aduh..kecewa betul la. Cerita ni macam ala-ala cerita 'Ayat-ayat Cinta' dan 'Ketika Cinta Bertasbih'. Aku suka tengok cerita yang berunsurkan islamik ni sebab dalam secara tak langsung,masa tengah tengok cerita tu dapat la menginsafkan diri. Perangai tu biar la elok-elok sikit....hehehe.

Aku sebenarnya dah lama baca novel 'Dalam Mihrab Cinta' ni. Masa tu aku tak tau la pulak novel ni nak difilemkan. Filem ni dah keluar tahun lepas di indonesia.Kalau tak salah aku dalam bulan disember.So tak ada la lama mana pun kan. Kira nya macam baru lagi la cerita ni. Masa aku baca novel 'Dalam Mihrab Cinta' ni,ada satu part dalam novel tu mata aku boleh masuk habuk la pulak. Tak nangis okey,habuk banyak sangat masuk dalam mata ni(alasan...alasan). Tapi kalau nak diikutkan aku ni tak ada la suka sangat baca novel indonesia ni, sebab ayat banyak bunga-bunga(tak paham sangat bahasa dia orang ni). Cerita 'Ayat-ayat Cinta' dan 'Ketika Cinta Bertasbih' pun aku tengok filem je. Novel ada je kat rumah,tapi malas nak baca. Tapi yang peliknya novel 'Dalam Mihrab Cinta' ni aku baca sampai habis la pulak. Lagu dalam cerita ni best-best. Dalam banyak-banyak lagu dalam cerita ni, aku suka yang 2 ni je.

  • Bunga bunga cinta-Dude Herlino feat Asmirandah
  • Karena Hati Bicara-Oki Seriana Dewi Feat Andi Arsyil





Sinopsis novel 'Dalam Mihrab Cinta'


Syamsul (Dude Harlino) pemuda 20 tahun-an bertekad menuntut ilmu di sebuah pesantren di Kediri, meninggalkan kehidupannya yang cukup nyaman. Disini ia bertemu dengan Zizi (Meyda Sefira) putri pemilik pesantren yang pernah ditolongnya ketika dijambret di kereta, yang kejadian tersebut membuat mereka jadi dekat.

Dipesantren ini Syamsul terusir kerana dituduh mencuri akibat fitnah sahabatnya sendiri Burhan (Boy Hamzah). Kemudian kerana keluarganya sendiri juga tidak mempercayainya, hingga benar-benar membuat Syamsul menjadi seorang pencuri. Di tengah kekacauan dan kegelapan hidupnya ini Allah memberikan jalan baginya untuk bertobat dan mempertemukannya dengan Syilvie (Asmirandah) seorang gadis solehah.

Apakah Syilvie nantinya yang akan berjodoh dengan Syamsul ataukah Zizi yang bakal jadi pendamping hidupnya?(Aku dah baca novel ni.So ending cerita ni ditangan aku...hahaha)


p/s:Ayat dalam bahasa Indonesia.Sorry la ye.






My favorite OST 'Dalam Mihrab Cinta'






Lirik bunga-bunga cinta(Ost Dalam Mihrab Cinta)

* tak pernah terlintas di benakku
saat pertama kita bertemu
sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
harum dan merekah

** tulus hatimu buka mataku
tegar jiwamu hapus raguku
membuncah di hati harapan dan suci
menyatukan janji

reff:
bunga-bunga cinta indah bersemi
di antara harap pinta padaNya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
berpadu indah dalam mihrab cinta

repeat **
repeat reff
repeat *

memboncah di hati harapan dan suci
dalam mihrab cinta





11 February 2011

Filem Hikayat Merong Mahawangsa


10 MARCH 2011



First time aku tengok trailer Hikayat Merong Mahawangsa ni masa tengok wayang hari tu. Perhhh...memang mantap la. Dalam hati ni rasa berdebar-debar je, pada hal baru tengok trailer je kot. Aku dapat rasakan cerita ni memang boleh pergi jauh la. Dengan gambar yang cantik+sound sistem yang mantap. Memang 'Malaysia Boleh!!!' lah.

"Hikayat Merong Mahawangsa" yang menerangkan asal usul raja-raja Kedah berdasarkan mitos dan lagenda, menjadi ahli genre sastera sejarah tradisional Melayu. Hampir setiap kerajaan Melayu zaman silam mempunyai hasil sastera sejarahnya sendiri yang menerangkan asal usul raja-rajanya, asal usul negeri, perkembangan sejarahnya dari awal hingga ke akhir berdasarkan konsep sejarah yang dipegang oleh masyarakat Melayu tradisional. "Hikayat Merong Mahawangsa" menceritakan perjuangan "Merong Mahawangsa" dalam menyelamatkan Puteri China dan disatukan era dari Timur dan Barat.





"Demi maruah dan kesejahteraan negara kita,
marilah bersama kita tebas petualang BANGSA"
(Suka sangat dengar dialog ni)



Mantap wey!!


Lor...minah ni pun ada jugak ke..hehehe


Set cantik


Zaman dulu-dulu
(Kain baju tak cukup. Zaman sekarang pun
macam lebih kurang sama je
)


Cantik


Cun Melecun
(gambarnya la..orangnya idok la kan..hehehe)

  • Filem yang diarahkan oleh: Yusry KRU
  • Dilakonkan oleh: Stephen Rahman-Hughes, Jing Lu, Gavin Stenhouse, Craig Robert Fong, Eric Karl Henrik Norman, Keith Chong, W. Hanafi Su, Dato' Rahim Razali, Khir Rahman, Ummi Nazeera, Nell Ng, Jehan Miskin, Umie Aida, Kuswadinata, Mano Maniam, Ravi Sunderlingam




OST Hikayat Merong Mahawangsa

Anuar Zain-Sedetik Lebih.mp3







~~Lirik-Sedetik Lebih~~


Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu


Filem HAQ???????????????????



Banyak wey tanda soal dekat tajuk tu. Diantara filem melayu yang sangat mendukacita. Nak dijadikan cerita, hari tu aku pergi la tengok movie 'HAQ'. Aku tak tau la kalau korang pernah dengar nama movie ni atau tak. Aku ingat memang la nak sokong filem malaysia kan. Bila tengok poster macam dah gempak semacam je. Ingatkan cerita pun gempak jugak la macam poster dia. Lepas dah suku cerita, dah macam-macam tanda soal keluar dalam kepala ni. Aku ni punya la dok ingat aku ada skip mana-mana part, sebab rasa macam lost je. Rupa-rupanya member aku pun tak faham sangat cerita ni. Ada minah sorang ni siap bantai tidur lagi, patut la senyap semacam je.


Persoalannya disini adalah:
  • Kenapa si badrul tu tiba-tiba je nak benci dengan ayah haq. Dah terang lagi nyata ayah dia meninggal sebab sakit jantung.
  • Raja Farah tu anak siapa la pulak. Aku ingatkan dia tu adik badrul. Tapi bila dia panggil mak badrul tu 'Mak Lang'. Aku dah start pening kepala. Masa zaman kanak-kanak badrul dengan haq, tak ada la pulak aku nampak budak perempuan. Bila dah besar ni tiba-tiba je dia muncul.
  • Tiba-tiba je si badrul tu ada kuasa, dia dapat dari mana kuasa tu. Kot ye pun tunjukkan la orang yang bagi dia kuasa tu. Tak kan la dalam tidur dah boleh dapat kuasa. Kuasa haq tu dah memang kita tau datang dari ayah dia.
  • Apa motif bola 3 ketul macam dragon ball, dalam cerita tu.
  • Asal la pergi ambik Nanu dalam cerita ni. Bila camera start fokus kat dia, nampak sangat la muka tua dia tu. Macam dah tak ada pelakon muda kat malaysia ni. Dia orang kena la faham. Bila kita tengok wayang, screen nya besar. Bila camera fokus dekat pelakon tu, nampak setiap inci muka pelakon tu(jerawat+kedut-kedut pun boleh nampak okey...)
  • Memang banyak la tak kena dalam cerita ni....................


p/s : Filem kita, wajah kita okey. So tunjukkan la wajah kita yang cantik-cantik. Jangan la tunjukkan wajah kita yang sekadar boleh tahan je. Sangat la tak cool.

08 December 2010

Taylor Swift-Speak Now



~~Speak Now Y0oo~~


I am not the kind of girl,
Who should be rudely bargin' in on a white veil
occasion,
But you are not the kind of boy,
Who should be marryin' the wrong girl,

I sneak in and see your friends,
And her snotty little family, all dressed in pastel,
And she is yelling at a bridesmaid,
Somewhere back inside a room,
Wearing a gown shaped like a pastry,
This is surely not what you thought it would be,
I loose myself in a daydream,
Where I stand and say:

"Don't say yes, run away now,
I'll meet you when you're out,
Of the church at the back door,
Don't wait or say a single vow,
You need to hear me out,"
And they said, "Speak now,"

Fun gestures are exchanged,
And the organ starts to play
A song that sounds like a death march,
And I am hiding in the curtains,
It seems I was uninvited by your lovely bride-to-be,
She floats down the isle like a pageant queen,
But I know you wish it was me,
You wish it was me, don't you?

Don't say yes, run away now,
I'll meet you when you're out,
Of the church at the back door,
Don't wait or say a single vow,
You need to hear me out,
And they said, "Speak now,"
Don't say yes, run away now,
I'll meet you when you're out,
Of the church at the back door,
Don't wait or say a single vow,
Your time is running out,
And they said, "Speak now,"

I hear the preacher say,
"Speak now or forever hold your peace,"
There's a silence, there's my last chance,
I stand up with shaking hands,
All eyes on me,
Horrified looks from everyone in the room,
But I'm only lookin' at you,

I am not the kind of girl,
Who should be rudely bargin' in on a white veil
occasion,
But you are not the kind of boy,
Who should be marryin' the wrong girl,

So don't say yes, run away now,
I'll meet you when you're out,
Of the church at the back door,
Don't wait or say a single vow,
You need to hear me out,
And they said, "Speak now,"

And you say,
"Let's run away now,
I'll meet you when I'm out of my tux at the back door,
Baby, I didn't say my vows,
So glad you were around when they said, "Speak now,"




04 December 2010

Dari Mata Arisa Vs Kau Laksana Bulan

Dari Mata Arisa dan Kau Laksana Bulan adalah cerita drama melayu yang diadaptasi dari novel melayu. Sekarang drama melayu dan movie banyak ambik jalan cerita dari novel. Kalau nak diikutkan drama dan movie, aku lebih suka kalau cerita tu didramakan. Sebab, cerita tu akan jadi lebih panjang bila didramakan, so tak ada la yang cut sana, cut sini(jalan cerita tergantung). Bila tengok cerita tu feel lebih la sikit kan(jiwang la pulak). Drama 'Dari mata Arisa' tu kalau tak salah aku dah lama dah, tapi cerita 'Kau Laksan Bulan' tu baru- baru la jugak main(kalau tak salah aku dalam tahun ni). Kebetulan kedua-dua drama yang aku tengok ni pelakon perempuan dia sama, Ayu Rhaudhah. Layankan aje la ye...





Dari Mata Arisa
(Novel : Kau sayangku)

YouTube : Dari Mata Arisa





Kau Laksana Bulan
(Novel : Kau Laksana Bulan)

YouTube : Kau Laksana Bulan





~~LOve This Song~~





Opick - Rapuh
(Lagu ni dari cerita Kau Laksana Bulan)





Artist : Opick
Lirik Lagu : Opick - Rapuh

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu