Salah satu dari tempat yang aku nak pergi tu nama dia 'Cheonggyecheon'. Tempat apa ni, nama pun susah sangat nak sebut sampai berbelit-belit lidah. Siapa yang suka tengok cerita korea mungkin akan perasan tempat ni. Siapa yang tak suka tengok cerita korea, korang boleh baca cerita aku ni. 'Cheonggyecheon' adalah nama sungai di Seoul,Korea. Sejarah pembinaan tempat ni sungguh menarik. Menarik pada aku la, sebab tu yang nak pergi sangat-sangat tu. Ish...nak pergi tempat jauh-jauh sebab nak tengok sungai je ke kakak oi!...hehehehe. Bila aku tengok sungai ni, aku akan teringatkan Sungai Klang. Ada satu persamaa antara Sungai Klang dan Sungai Cheonggyecheon. Kedudukan sungai berada di tengah-tengah bandar raya. Tapi kalau nak ikutkan pemandangan memang jauh beza. Dulu pemandangan Sungai Cheonggyecheon mungkin lebih kurang macam Sungai Klang ataupun mungkin lebih teruk lagi.
Kita baca dulu sejarah pemuliharaan sungai ini.....
- sungai terbuka, memanjang 10.92 km dari barat ke timur dan berada di tengah-tengah bandaraya Seoul.
- aliran sungai sepanjang 5.8 kilometer yang ditanam di bawah konkrit ketika era pembangunan pada 1960-an.
- tahap pencemaran pula adalah antara yang paling buruk di kalangan negara maju.
- Sungai ini kering tapi air meningkat mendadak ketika musim monsun. Namun, pada masa ini, hanya separuh daripada sungai dipulih, daripada kawasan tengah hingga ke penghujung.
- Sebanyak 120,000 tan air dipam sehari dari Sungai Han untuk memastikan aliran sungai ini.
- Projek bermula Julai 2003 itu dibangun kembali dalam jangka waktu 2 tahun 3 bulan dengan kos sebanyak RM1.4 bilion.
- sebelum ini diatas sungai ini terbina lebuh raya sepanjang enam kilometer dan jalan di bawahnya, ditambah pula dikiri dan kanannya terdapat bangunan perniagaan.Kita boleh bayangkan keadaan pada masa itu yang pesat membangun, dan agak mustahil untuk pulih balik sungai ini.
- 10 juta penduduk bandar raya itu, kira-kira dua kali ganda daripada kepadatan penduduk New York(bandaraya Kuala Lumpur berapa pulak ye???).
- suhu bandar raya itu turun 3.6 darjah celsius sejak lebuh raya yang menjadi laluan 700,000 kereta sehari itu dirobohkan untuk mewujudkan semula sungai itu
Agak menarik bila baca sejarah pemuliharaan sungai ni kan. Bila tengok kepadatan tempat tu, nampak agak mustahil untuk projek ini dilakukan. Tapi tak ada benda yang mustahil kalau kita lakukan perkara tu dengan bersungguh-sungguh. Seriously, tempat tu memang cantik, lagi-lagi kalau kita tengok pada waktu malam. Aku yang tengok gambar pun dah nampak tempat tu cantik. Kalau tengok depan mata, lagi-lagi la cantik. Pada awalnya, mungkin ada yang merasakan membazir melaburkan duit berbilion-bilion ringgit hanya untuk pulihkan balik sungai. Tapi bila kita fikirkan perkara ni untuk kebaikan generasi yang akan datang, soal pembaziran itu tidak akan timbul. Tempat seperti ini juga menjadi salah satu tempat tarikan pelancong, secara tak langsung ia juga dapat menambah pendapatan negara. Pada mereka tidak rugi untuk pulihkan balik sungai ini.Aku membayangkan pemuliharaan Sungai Klang juga dapat dilakukan seperti ini, alangkah seronoknya.
Sungai Klang
Sungai Cheonggyecheon

^
^
^
^
Pemandangan pada waktu malam......
“Seoul perlu menolak pembangunan keterlaluan dan mengamalkan pendekatan mesra alam untuk menjadi lebih maju pada abad ke-21.Tindakan meroboh lebuh raya enam kilometer dan jalan di bawahnya juga memulihkan warisan Korea, antaranya Jambatan Gwang berusia 500 tahun yang kini adalah satu daripada 22 jambatan yang merentangi sungai ini, memberikan suasana bandaraya yang mesra alam dan memberikan suasana istimewa kepada para masyarakat Seoul”
~~Lee Myong-Bak(Datuk Bandar Seoul)~~
~~Lee Myong-Bak(Datuk Bandar Seoul)~~
Kita bila pulak???
11 comments:
salam 1 MALAYSIA..
entry yg HEBAT.....aku suke cara korea berfikir....rasa aman dan nyaman je negara 2....
MALAYSIA juga aman...tp lebih shuke pada buat bangunan tinggi2...enviroment xjaga sangat....
serius!!! cool jek,, bile kerajaan nak wat ni
salam..
wahh menarik
mesti byk belanja
nak meperindahnya
hargai sungai kita
jangan buang sampah
dalam sungai..
do our part 1st!!
salam...
cantik sungai-sungai tu.....tapi masih ada sungai yang mengalir lesu...
ummm..ak da dgr pasai Sungai Cheonggyecheon,mmg cantekk..bla malaysia nk jd gni..ni asyik wat runtuh bkt je..huhuhuhu
ermmm...skang yg ada kempem kat billboard je..paling latest pun MUD BALL...baling benda tu dlm air & bakteria akan menklear air tu...tp projek sungai yg Korea ni wat mmg susah tahap gaban...sbb nak sekat air,tempat sesak,sempit,byk benda2 bersejarah...ada Discovery dulu...p/s:pssss...dh jaga dr tido
negara kita sedang ke arah itula. Kebanyakan negara maju memang deorang jaga alam sekitar. Melaka dah start jaga sungai, so lepas nie akan bykla negeri akan follow
cantik sungai kat korea tu..
kiter tak tahu bila.. sebab org kiter suka buang sampah dlm sungai..
lambat lagi laaa. banyak lagi kita punya isu nak gaduh. kekekeke
msia tgh wat proposal la tu...
tinggal tunggu mase je nk jln...
sile bsabar~
anyway i like 2 share some information with u about river development......please contact me...
Post a Comment