BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

08 December 2010

Taylor Swift-Speak Now



~~Speak Now Y0oo~~


I am not the kind of girl,
Who should be rudely bargin' in on a white veil
occasion,
But you are not the kind of boy,
Who should be marryin' the wrong girl,

I sneak in and see your friends,
And her snotty little family, all dressed in pastel,
And she is yelling at a bridesmaid,
Somewhere back inside a room,
Wearing a gown shaped like a pastry,
This is surely not what you thought it would be,
I loose myself in a daydream,
Where I stand and say:

"Don't say yes, run away now,
I'll meet you when you're out,
Of the church at the back door,
Don't wait or say a single vow,
You need to hear me out,"
And they said, "Speak now,"

Fun gestures are exchanged,
And the organ starts to play
A song that sounds like a death march,
And I am hiding in the curtains,
It seems I was uninvited by your lovely bride-to-be,
She floats down the isle like a pageant queen,
But I know you wish it was me,
You wish it was me, don't you?

Don't say yes, run away now,
I'll meet you when you're out,
Of the church at the back door,
Don't wait or say a single vow,
You need to hear me out,
And they said, "Speak now,"
Don't say yes, run away now,
I'll meet you when you're out,
Of the church at the back door,
Don't wait or say a single vow,
Your time is running out,
And they said, "Speak now,"

I hear the preacher say,
"Speak now or forever hold your peace,"
There's a silence, there's my last chance,
I stand up with shaking hands,
All eyes on me,
Horrified looks from everyone in the room,
But I'm only lookin' at you,

I am not the kind of girl,
Who should be rudely bargin' in on a white veil
occasion,
But you are not the kind of boy,
Who should be marryin' the wrong girl,

So don't say yes, run away now,
I'll meet you when you're out,
Of the church at the back door,
Don't wait or say a single vow,
You need to hear me out,
And they said, "Speak now,"

And you say,
"Let's run away now,
I'll meet you when I'm out of my tux at the back door,
Baby, I didn't say my vows,
So glad you were around when they said, "Speak now,"




04 December 2010

Dari Mata Arisa Vs Kau Laksana Bulan

Dari Mata Arisa dan Kau Laksana Bulan adalah cerita drama melayu yang diadaptasi dari novel melayu. Sekarang drama melayu dan movie banyak ambik jalan cerita dari novel. Kalau nak diikutkan drama dan movie, aku lebih suka kalau cerita tu didramakan. Sebab, cerita tu akan jadi lebih panjang bila didramakan, so tak ada la yang cut sana, cut sini(jalan cerita tergantung). Bila tengok cerita tu feel lebih la sikit kan(jiwang la pulak). Drama 'Dari mata Arisa' tu kalau tak salah aku dah lama dah, tapi cerita 'Kau Laksan Bulan' tu baru- baru la jugak main(kalau tak salah aku dalam tahun ni). Kebetulan kedua-dua drama yang aku tengok ni pelakon perempuan dia sama, Ayu Rhaudhah. Layankan aje la ye...





Dari Mata Arisa
(Novel : Kau sayangku)

YouTube : Dari Mata Arisa





Kau Laksana Bulan
(Novel : Kau Laksana Bulan)

YouTube : Kau Laksana Bulan





~~LOve This Song~~





Opick - Rapuh
(Lagu ni dari cerita Kau Laksana Bulan)





Artist : Opick
Lirik Lagu : Opick - Rapuh

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu


03 December 2010

Harga Minyak RON95 dan RON97 2010 Naik Hari Ini?

Aduh....naik lagi ke???Kalau asyik naik je, memang tak berasap la kereta aku. Biar la tahun 2010 ni berakhir dengan hati yang tenang sikit. Kalau kot ye pun nak naik, naik la tahun depan. Tapi kalau boleh tak payah la naik langsung kan...hehehe


Subsidi diselaras lagi, harga petrol dan LPG dijangka naik

December 03, 2010

KUALA LUMPUR, 3 Dis — Harga bahan api petrol dan diesel serta gas dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini ekoran keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi - dasar yang diperkenalkan Putrajaya pertengahan tahun ini.

Kenaikan kali ini juga dikatakan membabitkan petrol RON 95 dan RON 97. Harga petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai kelmarin. Kenaikan RON 97 kelmarin adalah ekoran perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu. Pengumuman rasmi dijadual untuk dibuat petang ini. “Saya jangkakan kerajaan akan mengumumkan harga petang ini... kenaikan dijangka dalam sekitar 10 hingga 15 sen dan difahamkan, kadar baru ini kuat kuasa mulai esok,” kata sumber industri kepada The Malaysian Insider.

“Kami diumumkan perubahan ini baru-baru ini,” kata sumber itu lagi. Pada 1 November lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter. Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan menimbang kemungkinan untuk menyeragamkan harga diesel yang diberi bantuan subsidi bagi mengelak berlakunya lagi kes-kes penyelewengan di negara ini. Katanya, angkah tersebut dilihat relevan bagi memastikan bantuan subsidi tidak disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab ekoran perbezaan harga diesel yang ditetapkan mengikut sektor. Pada masa ini harga diesel bersubsidi mengikut sektor ialah di pam minyak RM1.75, pengangkutan RM1.45, nelayan RM1.25 manakala industri RM2.05.

Pertengahan Julai lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan harga menyaksikan kenaikan harga beberapa barangan keperluan utama. Dalam kenyataan diumumkan ketika itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pelarasan harga itu membabitkan petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, yang diselaraskan semula sebagai sebahagian daripada Program Rasionalisasi Subsidi. Selaras dengan itu, Kabinet telah mengambil keputusan bahawa berkuat kuasa pada 16 Julai 2010, harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan LPG, dan juga gula, akan diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi.

Menurut Najib yang juga Menteri Kewangan, Penyelarasan semula harga barang-barang itu akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini. Berdasarkan proses itu, kerajaan memutuskan harga petrol RON 95 dan diesel akan diselaraskan sebanyak lima sen seliter bagi semua sektor. LPG akan diselaraskan sebanyak 10 sen sekilogram dan petrol RON 97 akan diapung secara terkawal.




02 December 2010

Library UTHM Part 1

Hari ni rasa macam rajin la pulak nak edit background blog ni. Background sebelum ni dah macam-macam colour yang aku guna. Tapi kali ni rasa macam nak jadi ala-ala suci gitu...hahaha(suci la sangat). Sekarang ni dalam minggu mood final exam. Dalam beberapa minggu ni memang rajin sangat jejak kaki dekat library. Ini salah satu cubaan untuk mengelakkan diri dari melakukan perkara yang bukan-bukan masa di rumah sewa. Dalam rumah tu banyak sangat perkara yang boleh buat aku lali dari tengok buku. Contohnya macam...

  • Tv
  • Tilam(asyik rasa nak baring je)
  • Internet kencang(streamyx daa...)
  • Perut tu suka sangat mintak makanan.
  • dan macam-macam lagi la.....


Sebenarnya nak cerita tentang perpustakaan UTHM sebenarnya. Aku rasa tak ramai orang dekat luar sana yang tahu tentang perpustakaan UTHM ni. Buat pengetahuaan anda-anda di luar sana, perpustakaan UTHM yang baru siap ni merupakan 'Perpustakaan Yang Terbesar di ASIA TENGGARA'. Wow....terbesar tu. Perpustakkan ni baru je dibuka dan beroperasi sepenuhnya untuk para pelajar pada bulan Julai 2010 . Untuk pengetahuan korang perpustakaan ni mempunyai keluasan 16 000 meter persegi yang mampu memuatkan sebanyak 300 000 jilid buku dan boleh menampung kapasiti sampai 2 400 pengguna.




Perpustakaan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)


Aku start rajin pergi library ni masa bulan november. Maksud aku 'rajin' pergi tu maknanya duduk dalam library tu dari pagi sampai ke malam ye (perhhh...rajin giler tu). Sebelum ni ada juga pergi, tapi pinjam buku je la, lepas tu terus pecut balik. Baru-baru ni masa aku pergi perpustakkan, aku ternampak sesuatu yang aku rasa pelik bin ajaib. Rasa macam nak tergelak pun ada juga...hahahaha. Baru buka kot perpustakaan UTHM ni. Nak tahu tak apa dia...
















Kebocoran!!!




Charger Laptop student.
(students ni pergi sembahyang masa kejadian ni berlaku)


Alkisahnya, hujan memang lebat masa tu tapi kebocoran tu sebenarnya kecil je. Tapi air hujan memang tak berhenti-henti keluar masa tu. Jadi agak menakutkan juga masa tu. Diharapkan agar pihak pengurusan perpustakaan UTHM dapat ambil tindakan yang sewajarnya dengan masalah ini ye. Bukan apa, jangan disebabkan benda yang kecil ini jadi makin bertambah-tambah pulak masalah nanti.





Untuk entry seterusnya, aku nak tunjukkan gambar
perpustakaan UTHM di kawasan dalam dan juga luar.


Memang cantik okey!!!(jangan jealous...)