BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

30 April 2010

Fakta LARANGAN Selepas Makan

Suka la pulak bagi info dekat orang...hehehe. Dua tiga entry kebelakangan ni asyik cerita tentang info je. Aku suka berkongsi info dengan orang. Berkongsi dengan orang lain tentang apa yang kita tahu dengan mereka yang tak tahu apa-apa tentang apa yang kita tahu(ayat apa ni...pening..pening!!!). Sebab itu aku suka baca blog orang lain. Lagi banyak info, lagi aku suka. Tak kisah la info tentang apa-apa pun, life korang, tentang IT, fashion, berita terkini. Hari ni nak cerita tentang makanan lagi. Entry sebelum ni pun dah cerita tentang makanan. Hari ni cerita makanan juga, tapi lain sikit cerita dia.




Jangan merokok

  • Kajian mendapati merokok sebatang rokok selepas makan adalah bersamaan dengan merokok 10 batang rokok.

Memang perkara yang tak boleh dielakkan oleh lelaki. Wajip merokok lepas makan. Kalau tak merokok lepas makan rasa macam tak lengkap pulak. Kalau macam tu kita tukar, sebelum nak makan tu pi hisap dulu. Kalau nak suruh berhenti tu dah memang la tak nak kan.




Jangan minum teh

  • Daun teh boleh mengakibatkan protein dari makanan anda mengeras dan sukar untuk dihadam dan dicerna.

Tak boleh minum la pulak. Nampaknya kena minum sebelum makan la lepas ni. Teh ni elok untuk buang toksik dalam badan dan disamping baik untuk proses metabolisma dalam badan.
(dah la tengah giler minum teh hijau sekarang ni)
.




Jangan mandi

  • Mandi selepas makan hanya akan mengurangkan kadar pengaliran darah ke kawasan perut anda. Ini akan melemahkan sistem pencernaan anda.

Memang tahu tak elok tapi kalau emergency memang langgar je. Diingatkan, jangan selalu diamalkan.




Jangan tidur

  • Makanan yang anda ambil itu tidak dapat dicerna dengan baik. Ini boleh mendatangkan masalah seperti gastrik dan jangkitan kepada usus anda.

Hurm...benda yang paling seronok untuk dibuat.




Jangan makan buah-buahan

  • Memakan buah-buahan sebaik habis makan, akan mengakibatkan perut anda dipenuhi udara(kembung). Oleh itu, makan buah hanya selepas 1-2 jam atau 1 jam sebelum makan.

Memang diamalkan kalau ada buah dirumah. Kalau dekat Uthm ni main bedal je apa yang ada.




Jangan longgarkan tali pinggang

  • Melonggarkan tali pinggang selepas makan hanya akan menyebabkan usus anda bermasalah seperti sembelit atau tersumbat.

Tak pernah pun buat. Sebab nampak macam tak senonoh je.




Jangan berjalan-jalan

  • Berjalan-jalan selepas makan hanya akan menyebabkan kesukaran sistem pencernaan anda untuk menyerap nutrisi daripada makanan yang anda telan.

Kalau kejar masa, memang akan jalan lepas makan. Diulang lagi sekali, jangan selalu diamalkan.


Banyak betul pantang larangkan. Kadang-kadang susah nak elakkan diri dari buat semua benda di atas tu, sebab ada diantaranya perkara di atas tu dah jadi habit harian kita. Kalau TERbuat tak apa la, sebab jarang-jarang kan. Tapi kalau rasa-rasa selalu sangat buat salah satu dari benda dekat atas tu, harap-harap boleh la dielak kan. Takkan la bila dah berumur baru rasa nak buatkan.

29 April 2010

FAKTA BAU KETIAK LELAKI



Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America. Sebelum ini bau ketiak lelaki sengaja "diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya. Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian disapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood yang disapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh unik. Selain boleh menceriakan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang.


  • Kesian aku dekat perempuan yang kena sapu dengan bau peluh lelaki tu...hahaha. Tapi fakta tetap fakta, mungkin bau mereka memang dapat menenangkan wanita. Tapi pada sesetengah wanita je, bukan untuk semua wanita

28 April 2010

Sungai Klang Vs Sungai Cheonggyecheon

Aku tahu tak ada siapa pun minat nak tahu tempat yang aku nak pergi ni. Tapi kalau siapa yang nak tahu boleh baca sampai habis entry ni dan siapa yang tak nak tahu tu boleh click tanda 'X' dekat atas tu. Wah...macam menghalau pun ada jugak ni...hehehe. Okey gurau je. Aku pun tak tahu kenapa aku tiba-tiba minat sangat nak ke korea. Mungkin sebab selalu sangat tengok cerita dari sana kot.


Salah satu dari tempat yang aku nak pergi tu nama dia 'Cheonggyecheon'. Tempat apa ni, nama pun susah sangat nak sebut sampai berbelit-belit lidah. Siapa yang suka tengok cerita korea mungkin akan perasan tempat ni. Siapa yang tak suka tengok cerita korea, korang boleh baca cerita aku ni. 'Cheonggyecheon' adalah nama sungai di Seoul,Korea. Sejarah pembinaan tempat ni sungguh menarik. Menarik pada aku la, sebab tu yang nak pergi sangat-sangat tu. Ish...nak pergi tempat jauh-jauh sebab nak tengok sungai je ke kakak oi!...hehehehe. Bila aku tengok sungai ni, aku akan teringatkan Sungai Klang. Ada satu persamaa antara Sungai Klang dan Sungai Cheonggyecheon. Kedudukan sungai berada di tengah-tengah bandar raya. Tapi kalau nak ikutkan pemandangan memang jauh beza. Dulu pemandangan Sungai Cheonggyecheon mungkin lebih kurang macam Sungai Klang ataupun mungkin lebih teruk lagi.


Kita baca dulu sejarah pemuliharaan sungai ini.....

  • sungai terbuka, memanjang 10.92 km dari barat ke timur dan berada di tengah-tengah bandaraya Seoul.
  • aliran sungai sepanjang 5.8 kilometer yang ditanam di bawah konkrit ketika era pembangunan pada 1960-an.
  • tahap pencemaran pula adalah antara yang paling buruk di kalangan negara maju.
  • Sungai ini kering tapi air meningkat mendadak ketika musim monsun. Namun, pada masa ini, hanya separuh daripada sungai dipulih, daripada kawasan tengah hingga ke penghujung.
  • Sebanyak 120,000 tan air dipam sehari dari Sungai Han untuk memastikan aliran sungai ini.
  • Projek bermula Julai 2003 itu dibangun kembali dalam jangka waktu 2 tahun 3 bulan dengan kos sebanyak RM1.4 bilion.
  • sebelum ini diatas sungai ini terbina lebuh raya sepanjang enam kilometer dan jalan di bawahnya, ditambah pula dikiri dan kanannya terdapat bangunan perniagaan.Kita boleh bayangkan keadaan pada masa itu yang pesat membangun, dan agak mustahil untuk pulih balik sungai ini.
  • 10 juta penduduk bandar raya itu, kira-kira dua kali ganda daripada kepadatan penduduk New York(bandaraya Kuala Lumpur berapa pulak ye???).
  • suhu bandar raya itu turun 3.6 darjah celsius sejak lebuh raya yang menjadi laluan 700,000 kereta sehari itu dirobohkan untuk mewujudkan semula sungai itu



Sebelum dan selepas.....



Agak menarik bila baca sejarah pemuliharaan sungai ni kan. Bila tengok kepadatan tempat tu, nampak agak mustahil untuk projek ini dilakukan. Tapi tak ada benda yang mustahil kalau kita lakukan perkara tu dengan bersungguh-sungguh. Seriously, tempat tu memang cantik, lagi-lagi kalau kita tengok pada waktu malam. Aku yang tengok gambar pun dah nampak tempat tu cantik. Kalau tengok depan mata, lagi-lagi la cantik. Pada awalnya, mungkin ada yang merasakan membazir melaburkan duit berbilion-bilion ringgit hanya untuk pulihkan balik sungai. Tapi bila kita fikirkan perkara ni untuk kebaikan generasi yang akan datang, soal pembaziran itu tidak akan timbul. Tempat seperti ini juga menjadi salah satu tempat tarikan pelancong, secara tak langsung ia juga dapat menambah pendapatan negara. Pada mereka tidak rugi untuk pulihkan balik sungai ini.Aku membayangkan pemuliharaan Sungai Klang juga dapat dilakukan seperti ini, alangkah seronoknya.


Sungai Klang

Pemandangan Sungai Klang pada waktu siang.
Pemandangan waktu malam........Tak Ada!!!



Sungai Cheonggyecheon

Pemandangan pada waktu siang...




^
^
^

Pemandangan pada waktu malam......

V

V

V





“Seoul perlu menolak pembangunan keterlaluan dan mengamalkan pendekatan mesra alam untuk menjadi lebih maju pada abad ke-21.Tindakan meroboh lebuh raya enam kilometer dan jalan di bawahnya juga memulihkan warisan Korea, antaranya Jambatan Gwang berusia 500 tahun yang kini adalah satu daripada 22 jambatan yang merentangi sungai ini, memberikan suasana bandaraya yang mesra alam dan memberikan suasana istimewa kepada para masyarakat Seoul”

~~Lee Myong-Bak(Datuk Bandar Seoul)~~

















Kita bila pulak???

25 April 2010

Jom kita ketawa beramai-ramai.



DR. FADZILAH KAMTUMI






Hahahahaha...serius kelakar.
Menjadi pulak tu mamat Johan raja lawak ni buat.
Macam orang tak betul aku dekat bilik ni ketawa.



KES DERA - Bapa pukul anak kerana anak nak Pakai Tudung!!!

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku...huhu.Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Kenaper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat. Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.


Aku bangun capai tuala, masuk bilik mandi.Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak...!!!! Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!


Bila bapa aku buka je pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!". Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa. "Aduhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak..."Panggg....!! Abah labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.


"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!"


Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak. SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! Ooooooo..... tidakkkkkkk


  • Hahahaha....so funny. Awal-awal baca macam sedih la jugak. Habis je baca cerita ni, aku pun rasa macam nak lempang laju-laju je budak tu. Alim tak bertempat.

24 April 2010

Kisah En.Nab & Cik.Nab........





Dulu aku ada bela arnab, member aku bagi seekor je. Memang comel sangat arnab tu sebab baru-baru je lahir. Aku bela dari sekecik-kecik sampai la dah besar sikit. Tapi arnab tu mati sebab, kena main dengan anjing. Anjing tu tak makan pun arnab tu. Tapi dia main gigit-gigit, mungkin sebab tengok arnab tu comel sangat kot. Sedihnya masa tu, adik aku sampai menangis sebab memang sayang sangat dekat arnab tu.First time aku terasa nak bela binatang tapi mati pulak. Binatang lain aku tak suka sangat, dengan kucing pun kureng jugak sebab abah tak suka kucing. Takut nanti adik-adik kena asma sebab bulu kucing tu. Then makcik aku pergi la beli arnab sebab tengok adik aku macam sedih je(kira gantikan arnab tu la). Makcik aku siap beli sepasang lagi. Happy giler budak tu, sebab arnab dia ada balik. Kenapa aku suka arnab???Korang boleh bayangkan tak kalau pagi-pagi kita bangun, lepas tu tengok encik dan cik arnab tengah main kejar-kejar dekat laman rumah. Pemandangan yang sangat aku suka(macam bahagia je kan).



Berbalik kepada cerita tadi. Tak lama kemudian En.nab mati sebab sakit kena hujan.(kakak aku lupa nak bawak en.nab masuk dalam).Tapi cik.nab sihat-sihat je(antibodi badan di kuat kot). Second time ni pun, adik aku melalak-lalak dekat rumah, sebab kita orang lambat bawak en.nab pergi jumpa doktor. Dia mati dalam kereta masa on the way nak ke klinik haiwan. Tinggal la cik.nab ni sorang-sorang. Sedih je dia, sebab kehilangan laki tersayang. Dari sekecik-kecik binatang sampai la sebesar-besar binatang. Bila dah besar ni, faham-faham je la. Perasaan nak disayangi dan nakkan zuriat tu mesti adakan. Cik.nab asyik termenung je, dah tak aktif macam dulu. Makan pun tak banyak.



Kesian tengok cik.nab masa ni.
Macam terseksa zahir dan batin je




Kami ni tak nak la nampak macam zalim sangat. Then pergi la beli en.nab untuk cik.nab ni. Tapi masalahnya sekarang ni, laki dia tak cukup umur la pulak. Tapi dapat laki muda okay apa. Tapi kena la slow-slow dulu. Cik.nab kena la bawak-bawak bersabar ye. Saiz badan memang jauh beza sangat. Takut jugak masa tu sebab cik.nab macam tak boleh nak terima je dapat laki muda ni. Tapi lama-lama cik.nab dah boleh terima teman hidup dia. Dalam rumah tangga ni kena la belajar bersabarkan. Semua ni take time cik.nab.



En.nab masa muda-muda...



Kita boleh tengok beza saiz en.nab dan cik.nab



Sebulan ke 2 bulan kemudian..............












En.nab dah mula meningkat dewasa. Badan pun dah okey-okey sikit, tak ada la kecik macam dulu. Kira separuh dari saiz cik.nab. Naluri kejantanan pun dah ada ................... Okey, kita cepatkan cerita, cik.nab bunting. Gatal jugak en.nab ni kan, laju je dia. Dalam masa cik.nab bunting tu, kami hantar mereka balik ke kampung duduk dengan pakcik aku. Suruh hidup cara kampung pulak, hidup dekat bandar ni bahaya. Takut nanti rosak akhlak anak-anak en.nab dan.cik.nab. Hari yang dinantikan tiba. Cik.nab selamat lahirkan anak sebanyak 7 ekor. Wah...subur betul cik.nab ni. Mereka hidup dengan bahagiannya di negeri hadek(terbalikkan perkataan tu)



  • Okey, sebenarnya tak lama selepas tu cik.nab mati(aku tak tahu kenapa).Anak-anak dia jadi anak yatim dan e.nab jadi duda(itu pun kejap je, biasa la jantan).Sekian...

23 April 2010

I'm a Loser???


Pelik ke bila tak ada BF(boyfriends). Korang rasa pelik ke???Pada aku orang macam ni tak pelik langsung. Siapa cakap kalau umur dah 20++ kita wajib ada BF, kalau tak ada jugak maknanya orang tu memang something(loser kot..hehehe). Kalau ada orang yang cakap macam tu, mai bak sini jumpa aku. Memang aku nak 'sekolah'kan orang-orang yang macam ni. Jangan set dalam mind anda,"Aku patut ada BF...Aku patut ada BF...Aku patut ada BF". Tapi kalau dah ada BF tapi life tak ceria buat apakan. Asyik nak sedih-sedih. Kalau berborak je, asyik nak cakap pasal BF dia bosan laaa..(selalu sangat). Macam tak ada topik lain je dekat dunia ni yang nak diborakkan. Ayat macam jealous, tapi tak okey. Aku jenis yang terbuka kalau orang nak bercerita apa pun. Seriously memang aku open sangat-sangat. Tapi kalau dah selalu sangat cerita benda yang sama siapa tahan wey. Pelbagaikan la topik tu bila berborak dengan orang. Bila aku cakap pelbagai tu, bukannya cerita pasal BF ko dalam versi lain pulak. Itu bukan 'pelbagai', tapi yang tu jenis yang pandai recycle. Aku rasa kalau bukak kilang recycle memang confirm dah kaya. Entry sebelum ni pun aku ada cakap pasal benda alah ni.


  • Versi lelaki.

Aku ada member yang tak ada GF(dulu la). Dia rasa diri dia macam loser sangat sebab member-member dia semua dah ada GF. Siap tanya dekat orang lagi, dia ni orang macam mana. Dia tak ada la direct cakap "Ko rasa kenapa awek tak nak dekat aku ye"...Kalau orang ni cakap macam tu dekat aku dah memang confirm aku gelak guling-guling...hahahaha. Aku bukannya tak sensitif dengan perasaan orang. Tapi memang serius aku akan gelak sakan bila orang tanya macam ni dekat aku. Mula-mula dengar memang la gelak, sebab bila dengar macam desperate pun ada jugak....hahahaha(okey gelak lagi). Lepas tu baru la slow talk dengan dia(tolong cakap dengan orang macam ni elok-elok,sebab diri dia tengah tertekan), jangan bagi dia down. Tapi sekarang dia dah ada GF, so tak payah nak pening kepala fikir kenapa ko tak laku dulu.


  • Versi perempuan.

Kalau yang dah ada BF pulak dia rasa loser sangat sebab dia rasa diri dia tak cantik. Okey BF ko pun tak cakap apa-apa, ko pulak yang fikir bukan-bukan. Mungkin dia rasa tergugat dengan perempuan lain kot. Kalau BF dia memang fikir nak couple dengan orang yang cantik. Dia tak ada la dia pilih ko mak cik oi!!. Bila dia couple dengan ko maknanya, dia terima ko seadanya. Aku tengok dia cantik je, tapi dia yang rasa diri dia tak cantik. Tak tahu la 'cantik' bagi dia yang macam mana. Adakah cantik seperti Datin Norjuma Habib Muhamed ataupun seperti Wardina??? Wakeup la wey, semua perempuan memang dilahirkan cantik. Kalau sampai nak perfect sangat tu tak dapat la.



Norjuma Habib Muhamed


Vs


Wardina



Cerita-cerita dekat atas ni dari pengalaman aku bila berkawan dengan orang. So aku tak tahu la versi korang dengan member macam mana. Malas nak tulis panjang-panjang pasal perkara ni, takut nanti ada plak yang terasa. Suka aku kalau korang dapat baca entry aku sebelum ni sampai habis>>>>♥ ♥ ♥ Click here

21 April 2010

Sedih la sangat...(^_^)





Entry yang agak menyedihkan bagi aku. Bila hujan turun ni, hati tiba-tiba jadi syahdu je. Aku teringat abah dan mak aku, member-member aku yang ada dan yang dah tak ada. Dulu masa di Uitm, aku ada masuk 'Komander'(student Uitm mesti tahu). Badan beruniform macam 'Palapes@Rotu', tapi tak popular sangat kot dekat Uitm aku tu. Sebab ramai budak yang prefer masuk Palapes sebab duit dapat pun lumayan.'Komander' ni elaun tak dapat, penat pun penat. Aku pun tak tahu kenapa aku masuk 'komander' masa tu. Ikut member kot.Tapi aku memang enjoy sangat masa tu.Dapat jumpa dengan member yang sempoi,brothers yang kepala macam sakai,jumpa kakak yang baik hati.


Hari ni memang serius...serius sangat, aku tiba-tiba teringat dekat arwah kakak ain. Aku kenal dia masa masuk komander dulu.Dia memang baik,cantik dan caring dengan kami.Last aku jumpa dia masa Jambori komander di Uitm shah alam.Then dia orang ramai-rami balik terengganu naik satu bus(Uitm dugun,terengganu). Aku tak ikut sebab rumah dekat gombak je. Keesokkan harinya, aku dapat phone call dari member aku, kakak ain meninggal sebab lemas masa mandi air terjun. Memang sedih sangat masa tu, sebab aku masih teringat lagi peluk cium kakak ain masa kita orang nak berpisah hari tu. Aku pun tak tahu kenapa, bila aku teringat je dekat arwah,air mata aku akan mengalir. Aku dah lupa sebenarnya tarikh kematian arwah,tapi aku rasa kejadian tu masa hujung tahun. Boleh dikatakan, kalau nak dekat hujung tahun je aku mesti menangis bila teringatkan arwah. Sebab terasa sangat bila hari ni kita jumpa dengan orang tu, keesokkan harinya orang tu dah tak ada. Aku tak pernah cerita dekat siapa-siapa tentang perkara ni, mungkin sebab aku rasa lepas aku menangis(teringat), lepas tu aku akan okay balik. Aku jenis cepat okey kalau sebab perkara yang sedih-sedih ni.Kalau tiba-tiba aku terasa sedih selalunya aku buat benda dekat bawah ni......


  • jumpa member rapat, then pergi minum dan borak-borak
  • tengok cerita komedi(memang senang sangat nak okey)
  • pergi kacau adik-adik(yang ni pun best jugak)
  • tengok movie
  • makan aiskrim
  • pergi tempat makan yang sedap-sedap
  • jumpa member yang dah lama giler tak jumpa(aku pernah buat benda ni, terkejut dia masa jumpa aku masa tu).

Benda yang aku buat dekat atas ni mungkin bagi korang simple, tapi tidak pada aku.Bukan aku sorang je yang ada story dan feel macam ni bila teringatkan orang yang dah tak ada. Ada orang yang aku kenal, member dia meninggal(aku tak ingat sebab apa), tapi member dia ni suka lepak + tidur dekat rumah member aku ni dan member dia ni suka tidur atas katil dia. Tapi lepas member dia dah tak ada, dia rasa semacam bila nak tidur atas katil tu. Dalam kita sedar tak sedar sebenarnya perangai manusia ni macam-macam bila teringatkan seseorangkan.




Minah tu tengah tengok apa???































La...tengok rumah idaman rupanya...hehehe

19 April 2010

Kekuasaan Allah s.w.t mengatasi segalanya...

Aku suka nak berkongsi dengan mereka-mereka di luar sana, sebab aku baru tengok video ni semalam dari facebook member aku. Aku tak tahu la, kalau ada siapa-siapa yang dah pernah tengok video ni. Tapi kalau ada yang tak pernah tengok mari kita tengok bersama-sama. Subhanallah...Kekuasaan Allah s.w.t mengatasi teori fizik dan teori kimia.


FirmanNya :

Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu,(19) antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing. (20)Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (21)
- Surah Ar-Rahman






Two rivers flowing in southern part near Cape Town , South Africa.



Untuk lebih info>>>>www.islam-guide.com

How to clean your Laptop

Laptop aku ni dah berhabuk sangat, sampaikan labah-labah siap boleh buat sarang lagi(yang ni aku tipu je). Dah lama tak bersihkan laptop ni. Dulu masa awal-awal beli, rajin jugak la mengelap skrin dengan keyboard. Benda baru, memang la sayang. Tapi bila dah lama sikit, mula la buat macam anak tiri laptop ni. Pakainya hari-hari, tapi bila time nak bersihkan dalam sebulan tu sekali je. Memang pemalas anak dara seorang ni.

Aku ada jumpa video yang best sangat dan aku suka nak berkongsi dengan korang benda ni. Video ni ada tunjukkan cara-cara untuk cuci laptop anda yang memang dah berkulat+berkurap+berkudis tu, sampaikan satu habuk pun langsung tak ada. Laptop kita siap boleh bersinar-sinar lagi. Tak percaya tengok video di bawah ni. Aku suka sangat budak kecik ni. Sebab kecik-kecik lagi dah pandai tolong mak dia.



~~Tolong ke???~~




18 April 2010

Makanan sihat yang MEMUDARATKAN jika ia diambil berlebihan

Soya

  • Penghidap penyakit gout seharusnya menjauhi soya kerana ia mampu meningkatkan kadar 'purine' dalam tubuh yang akan berubah menjadi asid


Bayam

  • Bayam merupakan sumber serat dan jika diambil berlebihan akan mengganggu penyerapan mineral dalam badan. Bayam yang kaya dengan zat besi seharusnya diamalkan, tetapi neutralkan penyerapan zat besi ke dalam tubuh dengan segelas jus oren, strawberi atau tomato.



Telur

  • Jangan makan putih telur berlebihan kerana ia boleh menyebabkan masalah ginjal.Pengambilan kuning telur secara berlebihan akan meningkatkan kadar kolesterol dakam darah dan menyebabkan serangan penyakit darah tinggi. Kalau alah pada protein telur pulak, akan menyebabkan bisul walaupun hanya ambil sebiji telur sahaja.


Teh

  • Kandungan 'thein' dalam teh akan menyebabkan tubuh terlebih segar dan menyukarkan seseorang untuk tidur. Mengamalkan teh hijau secara berlebihan berkemungkinan membuatkan anda insomnia.


Ikan

  • Terlalu banyak mengambil ikan akan menyebabkan masalah pada ginjal.


Roti

  • Roti yang dihasilkan dari gandum tinggi dengan karbohidrat dan serat. Pengambilan secara berlebihan akan menyebabkan berat badan meningkat. Pengambilan serat secara berlebihan juga akan membuatkan anda mendapat sembelit dan ia mengganggu penyerapan mineral oleh tubuh


Yogurt

  • Makan berlebihan akan menyebabkan kegemukan kerana ia dihasilkan dari susu penuh krim. Selain itu, pengambilan yogurt secara melampau juga akan mengakibatkan peningkatan kadar kolesterol dalam badan seseorang. Rasa masam dalam yogurt boleh menyebabkan serangan gastrik jika perut alah dengan rasa asid.


Lobak merah

  • Kandungan serat yang tinggi dalam lobak merah akan menyebabkan seseorang itu sembelit jika ia diambil berlebihan. Selain itu ia juga akan mengganggu penyerapan mineral dalam saluran pencernaan. Anda pasti tidak mahu kulit anda menjadi kekuningan kerana berlebihan khasiat beta karotena bukan?? Jadi, elakkan mengambil lobak merah terlalu banyak!!!






Walaupun makanan tu berkhasiat macam mana pun,
yang paling penting kawalan pengambilan.
Jangan terlebih dan jangan terkurang

17 April 2010

Achik Spin Meninggal Dunia....!!

Arwah Abdillah Murad dan isteri Rose Zaitul Suriani Wati
bersama dengan arwah anak mereka Putri Rania


SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan



Achik Spin adalah penyanyi berkumpulan popular suatu ketika dulu. Aku tahu ada yang minat dan ada yang tak minat dengan lagu dia. Lagu-lagu dia yang popular banyak berduet dengan Nana. Kepada siapa yang tak tahu, sebelum ini anak achik iaitu Putri Rania meninggal dunia disebabkan penyakit intestines(kembung perutnya tidak berhenti). Apa-apa pun kita doakan Al-Fatihah kepada Arwah Abdillah Murad serta anak mereka Arwah Putri Rania, semoga arwah berada di kalangan orang-orang yang beriman~~Al-Fatihah....



Tweet dari AG Hujan yang meminta untuk sedekahkan
Al-Fatihah kepada Achik Spin.
(credit kisahcintanasilemak)


I'm in Japan ....???


Aku pergi jepun??? Ish...aku ada pergi jepun ke??? Aku rasa macam dah tak ingat je bila aku pergi. Ke aku dah lupa ingatan ni. Rasa macam tak pernah pergi je. Tapi alangkah seronoknya duniaku ini kalau berada di jepun. Memang dah lama nak pergi jepun. Masa semester 2, akhirnya hajat aku tercapai jugak nak lihat pemandangan ala-ala dekat sana. Ala-ala pulak??? Apa la minah ni merepek ni. Pergi jepun ke tidak ni, cakap la betul-betul!!!(sendiri tulis, sendiri marah~~kepala merang sikit 2,3 hari ni).


Pergi jepun memang best. Lagi-lagi kalau waktu kita pergi tu musim bunga. Pemandangan yang sangat indah, rasa macam nak duduk sana je. Berjumpa dengan orang jepun yang 'kawaii' ( gadis-gadis di sana yang sangat comel ). Siapa yang suka melancong, mungkin jepun akan jadi salah satu dari destinasi yang akan dikunjungi.


Tapi tajuk entry dekat atas tu kenapa ada nama negara tu pulak. Okey...okey...tak payah nak pening-pening kepala korang yang sememangnya dah pening tu. Aku ambil gambar tu masa semester 2 dulu. Masa tu nak pergi class solid dalam pukul 7 lebih. Tersangat la awal pagi dan keadaan masa tu pun agak berkabus(bukan jerebu okey!). Di sepanjang jalan nak masuk UTHM memang ada pokok tu. Dah masuk musim dia berbunga la tu kot, tu yang penuh satu pokok dengan bunga. Dengan kabus+bunga yang jatuh berguguran, rasa macam dah boleh buat movie je dekat situ. Semester ni dah semester 4, dan musim bunga tak lama lagi akan datang. Rasanya dah nampak pokok yang berbunga. Tak sabar nak tunggu pemandangan yang indah-indah di UTHM.



Bunga penuh satu pokok



Okey kantoi...nampak tanda ' JALAN SEHALA '.


  • gambar tak clear sangat sebab pakai camera brand hp(handphone).

15 April 2010

Kuasa Allah s.w.t

Tadi aku baru bukak website Oh! Tidak. Bila baca memang agak menakutkan bila ada orang yang berani nak mencabar kekuasaan Allah s.w.t. Untuk mendapatkan info yang lebih lanjut klik dekat bawah ni. Subhanallah...



Kerang???...Siput???


" Di sana kerang,

di sini siput,

Di sini terang,

di sana ribut. "


Entry hari ni bukan cerita pasal makanan ye. Siapa yang rasa-rasa macam pernah dengar ayat dekat atas ni tolong baca dengan penuuuuh perasaan. Bukan..bukan, maksud aku baca dengan intonasi yang betul. Aku dengar ayat dekat atas ni masa umur....tak ingat la pulak umur berapa masa tu. Tapi rasa nya masa sekolah rendah lagi . Dulu abah pernah bawa satu family pergi bercuti ke Pulau Langkawi. Memang happy sangat-sangat masa tu, sebab first time pergi sana (tidur dua malam dekat sana).


Siang adalah waktu-waktu yang kita orang tunggu, pergi meronda sekeliling Pulau Langkawi sambil menghabiskan duit(kecik lagi masa tu, nak beli apa pun tak tahu). Tapi dalam waktu awal petang (pukul 2 -3 kot), hujan turun lebat sangat. Kita orang dalam kereta ni macam dah sedikit kecewa, sebab abah cakap "kalau hujan tak berhenti jugak, kita balik hotal". Memang serius kecewa sangat, sebab tak habis nak pusing-pusing dalam pulau tu lagi. Kalau tengok map pun, baru 3 tempat kita orang pergi. Then abah suruh baca ayat ni berulang-ulang sambil baca selawat ke atas Nabi Muhammad s.w.t sebanyak 3 kali (niat kerana Allah s.w.t). Masa tu, kita orang yang dalam kereta ni punya la bersungguh-sungguh baca ayat dekat atas tu sambil selawat. Tak lama lepas tu, dalam 15 minit hujan berhenti. Kami yang dalam kereta ni punya la happy dan rasa agak pelik la jugak. Sebab memang serius hujan masa tu memang lebat sangat.


Okey, aku cuma nak tahu je, kalau-kalau korang pernah dengar atau tidak ayat dekat atas ni. Atau pun mungkin ayat yang lebih kurang sama dengan ayat dekat atas ni. Aku tak ada la nak cakap aku percaya (tapi dulu masa kecik memang percaya). Tapi sekarang bila dah besar ni dah jarang baca ayat kat atas ni bila hujan. Bukan aku tak suka hujan okey. Aku tau hujan tu adalah rahmat dari Allah s.w.t, cuma kadang-kadang bila kita nak sangat pergi ke sesuatu tempat dan pergerakan kita agak terbatas. Kecewa la jugak kan.



Tadi dalam pukul 4 lebih hujan turun (hujan kerap pulak turun dekat batu pahat), tiba-tiba aku teringat ayat yang abah aku suruh baca ni. Tapi kalau baca ayat ni, rasa macam selfish pulak. Kita mengharapkan sesuatu yang elok datang pada kita, tapi dalam pada masa yang sama sesuatu yang buruk datang pada orang lain. Tak mau...tak mau...tak mau macam ni. Patut nya doa kan yang elok-elok dekat orang lain, yang ni baru betul. Tak apa, kita saling ingat mengingat antara sesama kita kan..kan.


Siapa nak jadi kerang???



Siapa pulak yang nak jadi siput???



Pagi yang cerah...


Kini sudah gelap



13 April 2010

Menarik....Mari belajar mengira Period anda!!!

Tadi member aku send link ni www.periodcalculator.net, then dia cakap "jangan marah". Aku dah pelik, apa benda yang dia hantar ni??? Gambar hantu lagi ke...tapi kalau baca link tu, tak ada kena mangena dengan gambar hantu pulak kan. Aku pun bukak la. Wow...hari ni dapat lagi satu ilmu sebagai wanita untuk tahu kitar haid kita secara moden. Dah tak payah nak tanda-tanda dalam calendar dah lepas ni. Kalau zaman dulu boleh la, sebab internet tak ada. Zaman sekarang ni, maklumat semua nya di hujung jari anda. Cuma kena rajin tekan mouse je.



*Isi data-data penting
* Jangan lupa tekan dekat arrow warna merah tu



Kalau korang nak tahu kitar haid korang sampai setahun pun boleh. Tapi tak ada la cakap benda ni tepat sangat. Kalau miss pun mesti awal 1, 2 hari atau lambat 1, 2 hari. Kalau yang itu biasa la kan. Tapi kalau lambat sangat atau terawal sanagt tu, kitar haid korang memang la tak teratur dan mungkin korang ni terlampau stress agak nya. Tapi yang paling penting ia juga bagus untuk mereka baru berkahwin yang tengah plan nak kan anak. Apa-apa pun feel free to use this calculator. Tapi kalau wanita-wanita di luar sana rasa kitar haid korang dah memang serabut sangat (tak teratur), cepat-cepat la jumpa doktor ye. Cepat-cepat merawat sebelum terjadi benda yang lagi teruk pada sistem peranakkan kita. Kena la jaga elok-elok kan!!!




*Arrow yang ini pun boleh tekan, kalau nak yang lebih detail

12 April 2010

In LOVE with CC



Love mY CC.....




Semenjak, dua menjak, 3 menjak ni tak tahu nak tulis apa dalam blog ni. Hari sabtu lepas budak-budak class buat lawatan ke Petronas dekat Terengganu. Hurm...yang tu memang aku malas nak pergi, sebab kalau tak kaki aku ni lagi bengkak (banyak sangat jalan). Rugi nya!!!Tapi nak buat macam mana kan. Aku cuma boleh cakap...Bye..bye...Terengganu, sampai kita berjumpa lagi nanti, itu pun kalau ada jodoh.


In love with CC??? Apa ke benda la CC tu. Orang ke? Binatang ke? Pokok ke? Nama tempat ke? Ish...banyak pulak tanda soal dia kan. CC tu adalah singkatan dari perkataan....


CC = Converse+Cardigan


Aku pun tak tahu la kenapa suka sangat dengan dua benda alah ni. Bukan setakat suka je, tapi boleh dikatakan barang kesayangan la jugak. Hari-hari kalau aku keluar cardigan mesti ada dekat badan aku. Tapi tak ada la sampai giler pulak, sampai baju lain pun tak nak pakai.Aku suka cardigan ni mungkin...di ulang lagi sekali MUNGKIN aku nampak sopan sikit bila bertudung.


Kasut converse ni pulak memang dah lama aku aim dan alhamdullilah, tahun lepas aku dapat beli kasut ni. Bukan tak mampu nak beli, tapi aku ni jenis kedekut nak beli barang. Tapi kalau bab makan memang tak kedekut langsung...hahahaha. Cuba cakap dengan aku siapa yang tak suka makan. Makan apa??? Ala...makan apa-apa je la. Semua orang mesti suka makan kan. Aku kalau bab makan memang tak kedekut. Kalau rasa-rasa duit tu macam dah nak susut je dalam poket seluar, jangan nak buat muka pelik pulak. Tak ada siapa nak curi duit ko la selain dari tokey-tokey kedai makan tu. Tapi bila tengok gambar yang bersepah-sepah dekat entry ni, korang tak rasa ke bila CC bergabung, memang kena sangat la gaya sempoi ni kan..kan..kan..



Aku ada Cadigan putih yang lebih kurang macam ni



Aku bawa kucing jalan-jalan. Nak bawak binatang tu!!!
Huh...Tak Mungkin



Cute sangat...

10 April 2010

Anda STRESS???

Aduh.....payah betul la. Muka ni aku rasa dah jadi macam penternak jerawat pun ada. Lepas kes accident hari tu, pakcik dengan makcik jerawat ni memang lagi sibuk bermaharaja dekat muka aku ni (alasan je). Tapi memang la, jerawat dekat muka ni memang senang je nak naik. Mungkinkah sebab aku :

  • stress sangat sebab final exam dah nak dekat
  • stress sebab kaki ni tak okey-okey lagi (jalan tak betul sangat)
  • tidur tak cukup, sebab banyak kerja nak dihantar dalam study week ni
  • bangun pun lambat sebab tidur lambat
  • ni dah confirm la, mandi pun lambat kan
  • dah lama tak pergi joging
  • asyik duduk dalam bilik je. Tak larat nak jalan lama-lama
  • tak ada mood nak duduk lama-lama dekat UTHM ni. Rasa macam nak balik rumah hari tu jugak
  • ada masalah dengan makanan. Bila rasa nak makan baru pergi makan
  • tempat tidur tak terurus
  • diri pun kadang-kadang tak terurus
  • bila la nak kahwin???...hahahaha
  • risau dengan umur yang makin meningkat (mesti la meningkat, tak kan menurun)
  • bila la nak habis belajar
  • dah habis nanti nak kerja apa
  • boss tempat kerja macam mana nanti. Bengis, garang, penyayang, baik hati, gatal, kedekut (merapu je ni)

Ish..kalau nak di list kan semua mahu sampai berminggu-minggu ni.

08 April 2010

Lagenda Budak Setan the MOVIE.....

Hari ni aku tengok video trailer movie " Lagenda Budak Setan ". Hurm...baru tengok trailer movie je, belum tengok movie nya lagi. Ni pun dah macam excited nak pergi serbu panggung wayang. Novel ' Lagenda Budak Setan ' ni dah lama sangat dalam tahun 90-an dulu. Jalan cerita novel ni pun aku dah lupa. Tapi bila tengok trailer cerita ni macam dah tau je, movie ni mesti sedih. Macam biasa, Farid Kamil dan Lisa Surihani kalau berlakon berdua mesti sweet. Tapi kalau banyak sangat cerita dia orang ni digandingkan bersama, takut orang cepat bosan pulak. Betul tak...Apa-apa pun i love both of them.









****Novel Lagenda Budak Setan****


Membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria segala suka duka terhimpun disini. Adakah senyuman yang tercipta atau airmata kesudahannya?? Hanya Tuhan yang menentukan segalanya. Lebih satu dekad mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang..dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja..demi sumpahnya mencintai Ayu sehingga ke akhir hayat. Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai 'budak setan' kerana kenakalannya di zaman persekolahan?? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya?? Akan bahagiakah dia?? Mampukah dibuktikan pada dunia..cinta adalah segala-galanya!! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan Allah sebagai penentu!! Dan siapa pula Katerina???




(Credit to ahadiatakashah)


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.







Akan ada di cinema this June.....2010!!!


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.













Adaptasi dari sebuah novel terlaris Malaysia.
SEBUAH LAGENDA CINTA TERHEBAT MUSIM INI.
Filem yang pasti akan merobek setiap perasaan penonton.
Empat jiwa dengan empat rahsia cinta.
Merungkai rahang jiwa KASYAH, AYU, AZMI & KATERINA

Adamaya-Akasia...Cinta antara Kau Aku dan Dia






Wow..teruja bila tau drama "Adamaya" ni sedutan dari filem "I'm Not Single". Memang aku suka sangat tengok filem tu. Bila tengok Lisa Surihani dengan Farid Kamil, nampak sweet sangat dia orang berdua. Gaduh-gaduh lepas tu sayang-sayang (gaduh manja gitu). Seronok bila tahu filem ni dah di drama kan. Sebab bila tengok movie " I'm Not Single " rasa sekejap sangat, rasa tak puas tengok (dalam hati cakap "nak lagi...nak lagi"). Tapi untuk drama ni, watak hero bukan Farid Kamil sebab dah ditukar dengan Sein Ruffedge. Hurm..mamat ni pun okey jugak, muka pun boleh tahan. Wah..wah..pandai-pandai nak komen pasal laki orang kan. Tak ada la, sebab jarang sangat tengok dia berlakon. Rasa last cerita dia masa buat filem dengan geng Ruffedge dulu. Lepas kahwin senyap je. Then, tahun lepas baru keluar tv masa rancangan "Sehati Berdansa". Tapi watak Awal Ashaari dalam cerita ni Faizal Yusup ( bekas suami Nana). Tak ada la minat sangat dengan dia. Tapi disebabkan dia pandai berlakon, kira 'on' je la dia berlakon watak Awal Ashaari tu.



Nak tau kenapa aku cakap Faizal ni pandai berlakon. Sebab masa raya tahun lepas, aku ada tengok drama dia berlakon dekat tv1@tv2 (tajuk drama tu aku tak ingat dan tv mana satu pun aku dah tak ingat). Tapi memang serius masa aku tengok drama tu, aku siap boleh menangis lagi masa raya ke-2. Tengok drama je kot, jangan nak over sangat. Nak tergelak la pulak bila ingat...hehehe.



Apa-apa pun untuk drama " Adamaya" ni, siap pun yang berlakon aku tak kisah, asalkan jalan cerita tu menarik dan pelakon tu pandai berlakon. Confirm cerita tu akan jadi lebih menarik. Betul tak!!!.Drama ni ada dalam 23 episod. Tak ada la banyak sangat kan, so tak ada masalah nak follow.


  • Muka Sein dengan Lisa dah okey sangat dalam gambar kat atas tu. Tapi kenapa la muka Faizal dalam gambar tu berkerut sangat.



Ia mengisahkan Adam dan Maya dijodohkan keluarga masing-masing atas sebab yang kukuh. Selepas kahwin, Adam membawa Maya berbulan madu di kabin kegemarannya di kawasan pendalaman untuk mengenali Maya lebih dekat lagi.


Barulah Adam tahu isterinya suka berjalan dalam tidur dan rasa bertanggungjawab menjaga keselamatan isterinya walaupun Maya tidak menyukainya. Bagaimanapun, Adam sedar bulan madu mereka bukan hanya berdua, tetapi ada orang ketiga, Dani yang sentiasa mengintip mereka.


Dani adalah kekasih Maya di universiti dan dia sering mendesak Maya meninggalkan suaminya, tetapi Maya enggan kerana babitkan keluarga. Adam pula melayan Maya dengan baik. Beberapa tahun berlalu, mereka bahagia dengan kehadiran anak lelaki berusia empat tahun namun rumah tangga Adam dan Maya bergolak dengan kehadiran Dani yang berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan Maya. Dani juga sanggup menceraikan isterinya kerana cintanya pada Maya.





Ost Adamaya & I'm Not Single

Dakmie ( Yang Terindah ).mp3