BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

17 February 2011

Filem 'Dalam Mihrab Cinta' vs'Ayat-ayat Cinta' vs 'Ketika Cinta Bertasbih'



Halloorr.....


Entry kali ni nak cerita pasal movie lagi. Aku cari movie ni dalam google,ingatkan nak tengok online. Tapi tak ada la pulak.Aduh..kecewa betul la. Cerita ni macam ala-ala cerita 'Ayat-ayat Cinta' dan 'Ketika Cinta Bertasbih'. Aku suka tengok cerita yang berunsurkan islamik ni sebab dalam secara tak langsung,masa tengah tengok cerita tu dapat la menginsafkan diri. Perangai tu biar la elok-elok sikit....hehehe.

Aku sebenarnya dah lama baca novel 'Dalam Mihrab Cinta' ni. Masa tu aku tak tau la pulak novel ni nak difilemkan. Filem ni dah keluar tahun lepas di indonesia.Kalau tak salah aku dalam bulan disember.So tak ada la lama mana pun kan. Kira nya macam baru lagi la cerita ni. Masa aku baca novel 'Dalam Mihrab Cinta' ni,ada satu part dalam novel tu mata aku boleh masuk habuk la pulak. Tak nangis okey,habuk banyak sangat masuk dalam mata ni(alasan...alasan). Tapi kalau nak diikutkan aku ni tak ada la suka sangat baca novel indonesia ni, sebab ayat banyak bunga-bunga(tak paham sangat bahasa dia orang ni). Cerita 'Ayat-ayat Cinta' dan 'Ketika Cinta Bertasbih' pun aku tengok filem je. Novel ada je kat rumah,tapi malas nak baca. Tapi yang peliknya novel 'Dalam Mihrab Cinta' ni aku baca sampai habis la pulak. Lagu dalam cerita ni best-best. Dalam banyak-banyak lagu dalam cerita ni, aku suka yang 2 ni je.

  • Bunga bunga cinta-Dude Herlino feat Asmirandah
  • Karena Hati Bicara-Oki Seriana Dewi Feat Andi Arsyil





Sinopsis novel 'Dalam Mihrab Cinta'


Syamsul (Dude Harlino) pemuda 20 tahun-an bertekad menuntut ilmu di sebuah pesantren di Kediri, meninggalkan kehidupannya yang cukup nyaman. Disini ia bertemu dengan Zizi (Meyda Sefira) putri pemilik pesantren yang pernah ditolongnya ketika dijambret di kereta, yang kejadian tersebut membuat mereka jadi dekat.

Dipesantren ini Syamsul terusir kerana dituduh mencuri akibat fitnah sahabatnya sendiri Burhan (Boy Hamzah). Kemudian kerana keluarganya sendiri juga tidak mempercayainya, hingga benar-benar membuat Syamsul menjadi seorang pencuri. Di tengah kekacauan dan kegelapan hidupnya ini Allah memberikan jalan baginya untuk bertobat dan mempertemukannya dengan Syilvie (Asmirandah) seorang gadis solehah.

Apakah Syilvie nantinya yang akan berjodoh dengan Syamsul ataukah Zizi yang bakal jadi pendamping hidupnya?(Aku dah baca novel ni.So ending cerita ni ditangan aku...hahaha)


p/s:Ayat dalam bahasa Indonesia.Sorry la ye.






My favorite OST 'Dalam Mihrab Cinta'






Lirik bunga-bunga cinta(Ost Dalam Mihrab Cinta)

* tak pernah terlintas di benakku
saat pertama kita bertemu
sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
harum dan merekah

** tulus hatimu buka mataku
tegar jiwamu hapus raguku
membuncah di hati harapan dan suci
menyatukan janji

reff:
bunga-bunga cinta indah bersemi
di antara harap pinta padaNya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
berpadu indah dalam mihrab cinta

repeat **
repeat reff
repeat *

memboncah di hati harapan dan suci
dalam mihrab cinta





11 February 2011

Filem Hikayat Merong Mahawangsa


10 MARCH 2011



First time aku tengok trailer Hikayat Merong Mahawangsa ni masa tengok wayang hari tu. Perhhh...memang mantap la. Dalam hati ni rasa berdebar-debar je, pada hal baru tengok trailer je kot. Aku dapat rasakan cerita ni memang boleh pergi jauh la. Dengan gambar yang cantik+sound sistem yang mantap. Memang 'Malaysia Boleh!!!' lah.

"Hikayat Merong Mahawangsa" yang menerangkan asal usul raja-raja Kedah berdasarkan mitos dan lagenda, menjadi ahli genre sastera sejarah tradisional Melayu. Hampir setiap kerajaan Melayu zaman silam mempunyai hasil sastera sejarahnya sendiri yang menerangkan asal usul raja-rajanya, asal usul negeri, perkembangan sejarahnya dari awal hingga ke akhir berdasarkan konsep sejarah yang dipegang oleh masyarakat Melayu tradisional. "Hikayat Merong Mahawangsa" menceritakan perjuangan "Merong Mahawangsa" dalam menyelamatkan Puteri China dan disatukan era dari Timur dan Barat.





"Demi maruah dan kesejahteraan negara kita,
marilah bersama kita tebas petualang BANGSA"
(Suka sangat dengar dialog ni)



Mantap wey!!


Lor...minah ni pun ada jugak ke..hehehe


Set cantik


Zaman dulu-dulu
(Kain baju tak cukup. Zaman sekarang pun
macam lebih kurang sama je
)


Cantik


Cun Melecun
(gambarnya la..orangnya idok la kan..hehehe)

  • Filem yang diarahkan oleh: Yusry KRU
  • Dilakonkan oleh: Stephen Rahman-Hughes, Jing Lu, Gavin Stenhouse, Craig Robert Fong, Eric Karl Henrik Norman, Keith Chong, W. Hanafi Su, Dato' Rahim Razali, Khir Rahman, Ummi Nazeera, Nell Ng, Jehan Miskin, Umie Aida, Kuswadinata, Mano Maniam, Ravi Sunderlingam




OST Hikayat Merong Mahawangsa

Anuar Zain-Sedetik Lebih.mp3







~~Lirik-Sedetik Lebih~~


Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu


Filem HAQ???????????????????



Banyak wey tanda soal dekat tajuk tu. Diantara filem melayu yang sangat mendukacita. Nak dijadikan cerita, hari tu aku pergi la tengok movie 'HAQ'. Aku tak tau la kalau korang pernah dengar nama movie ni atau tak. Aku ingat memang la nak sokong filem malaysia kan. Bila tengok poster macam dah gempak semacam je. Ingatkan cerita pun gempak jugak la macam poster dia. Lepas dah suku cerita, dah macam-macam tanda soal keluar dalam kepala ni. Aku ni punya la dok ingat aku ada skip mana-mana part, sebab rasa macam lost je. Rupa-rupanya member aku pun tak faham sangat cerita ni. Ada minah sorang ni siap bantai tidur lagi, patut la senyap semacam je.


Persoalannya disini adalah:
  • Kenapa si badrul tu tiba-tiba je nak benci dengan ayah haq. Dah terang lagi nyata ayah dia meninggal sebab sakit jantung.
  • Raja Farah tu anak siapa la pulak. Aku ingatkan dia tu adik badrul. Tapi bila dia panggil mak badrul tu 'Mak Lang'. Aku dah start pening kepala. Masa zaman kanak-kanak badrul dengan haq, tak ada la pulak aku nampak budak perempuan. Bila dah besar ni tiba-tiba je dia muncul.
  • Tiba-tiba je si badrul tu ada kuasa, dia dapat dari mana kuasa tu. Kot ye pun tunjukkan la orang yang bagi dia kuasa tu. Tak kan la dalam tidur dah boleh dapat kuasa. Kuasa haq tu dah memang kita tau datang dari ayah dia.
  • Apa motif bola 3 ketul macam dragon ball, dalam cerita tu.
  • Asal la pergi ambik Nanu dalam cerita ni. Bila camera start fokus kat dia, nampak sangat la muka tua dia tu. Macam dah tak ada pelakon muda kat malaysia ni. Dia orang kena la faham. Bila kita tengok wayang, screen nya besar. Bila camera fokus dekat pelakon tu, nampak setiap inci muka pelakon tu(jerawat+kedut-kedut pun boleh nampak okey...)
  • Memang banyak la tak kena dalam cerita ni....................


p/s : Filem kita, wajah kita okey. So tunjukkan la wajah kita yang cantik-cantik. Jangan la tunjukkan wajah kita yang sekadar boleh tahan je. Sangat la tak cool.