BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

09 March 2010

Rumah Sewa???

Semalam lepas habis test sibuk pergi jalan2 dekat area Parit Raja(batu pahat, Johor), sebab nak cari rumah sewa. Sekarang dah bulan 3, tak lama lagi dah nak masuk bulan 4,5,6,7. Kepala dah serabut. Kalau tak dapat jugak rumah sewa macam mana. Nak buat itu dan ini macam mana nanti???

  1. nak duduk mana semester depan?
  2. nak study dekat mana?
  3. nak tidur+baring 2 dekat mana?
  4. nak mandi dekat mana?
  5. nak makan dekat mana?(kedai makan berlambak dekat sini. Tak ada hal punya)
  6. .....
  7. ......
  8. .....
  9. .....
  10. .....






Kalau nak diikutkan, sebenarnya kita orang ni jenis kes2 yang lambat cari rumah sewa. So ada students yang dah pergi cari awal2 dan ada jugak yang mintak member booking kan. Lepas ni kalau nak cari benda yang terhangat dipasaran(ramai orang nak), kena la selalu2 beringat dan bertindak dengan Pantas, Cepat dan yang paling penting sangat2 Rajin bertanya. Tak kisah la rajin tanya member ke, rajin tanya orang2 kat area situ ke(jiran sebelah rumah terutamanya), rajin berjalan2 dipetang hari tengok rumah ke.Ish...banyak la yang korang kena rajin. Jangan buat2 rajin sudah...hehehe. Kalau pemalas, nanti jadi macam kita orang ni (padan muka!!!)






Hari ni ada berita baik. Semalam lepas penat pusing, pusing dan pusing lagi dekat area taman2. Kami ada jumpa satu rumah warna kuning dekat satu taman ni, nampak dari luar macam tak ada orang duduk. Then kami pergi tanya jiran sebelah rumah. Nak dipendekkan cerita hari ni, kami pergi tengok rumah sewa tu. Rumah dah okey, tapi...tapi...tapi deposit macam mahal sikit+tak ada grill dekat area pintu depan dengan tingkap. Mungkin sebelum ni budak lelaki kot yang duduk. Tapi agak bahaya untuk budak2 perempuan duduk. Hurm..macam mana ni? Nak ke tak nak? Malam ni nak call pakcik tu, lepas tu nak bagi tau apa yang kita orang nak. Harap2 lembut la hati pakcik tu. Kita AMIN kan beramai2 ye. Esok dah nak kena bagi keputusan(tak nyempat2 betul la pakcik ni). Kalau boleh nak pergi tengok2 dekat area lain lagi. Rumah banyak kosong, tapi signboard rumah untuk disewa tak nak letak(tak nak bagi sewa la tu).






Kalau rumah tu banyak sangat, sampai tak terduduk.Tolong2 la letak signboard dekat atas ni. Sewakan saja dekat orang. Duit pun dapat tiap2 bulan, hati pun senang. Tapi cari penyewa tu biar la yang elok perangai (macam kami HAHAHA). Nanti kalau dapat yang macam hantu nanti bukannya senang hati, dapat sakit hati ada la.









~Wish me luck untuk malam ni. Harap2 boleh lembutkan hati pakcik~

10 comments:

zulkbo said...

salam..
kesiannya hidup..macam merempat jer..
itulah fisabilillah..selamat belajar dan berjaya..

Khadijah Zek said...

A'a kan...sedihnya..=(
pakcik tu dah setuju dengan apa yg kita org nak..moga2 murah rezeki pakcik tu...AMIN

kyubi9 said...

salam..sy pun tgh cari umah sewa jgk..mmg betol byk yg xberpenghuni tp xde contact number..huhuhu..untung la awk dh dpt..klo ade terjumpe mane2 umah sewa lg please informkn kt sy..sy mmg nk sgt2 umah sewa secepat mujngkin..super urgent..thank you..caekyubi9@gmail.com

Khadijah Zek said...

la....duduk parit raja jugak ke...nanti kalau ada saya email..k...=)

Anonymous said...

rumah sewa dekat mane? saye pun tgh mencari-cari ni... masih ade lagi ke rumah sewa dekat area awk? kalau ade, enail saye k.... false.petal@gmail.com.. harap awk dapt tolng saye =)

mr green said...

bagus la da dapat rumah..
macam saye ni lagi teruk..
da elok dapat rumah awal2..harga pun ok..
ni bila da nak masuk sem baru owner cakap die nak jual rumah tu..
kami 8 org xtahu mane nk tinggal ni..
pening kepala..
so nak mintak tolong budi baik sape2 yand ade maklumat tentang rumah sewa kat sekitar parit raja email kat saya di ilman_ltf@yahoo.com
saya harap sgt dapat minta jasa baik semua..
thanx

Anonymous said...

saya mencari teman serumah(girl only) dalam 2 org lagi..rumah berdekatan uthm..plz email saya ming2tuck@gmail.com

Anonymous said...

hai... sy pon ngah fening2 nak mencari rumah sewa kat area parit raje ni... korg ade ape2 info x pasal rumah sewa utk 1 famili...... huhuhuhu.... tulungggg laa... urgent......

Anonymous said...

mmng kat prit raja umh x letak sign board untuk sewa

Anonymous said...

Master Bedroom untuk disewa
mempunyai keluasan seluas dua kali ruang tamu rumah biasa
rumah adalah rumah sebuah, ada 3 bilik tidur dan 3 bilik air
mempunyai tempat parking berbumbung yang boleh muat sehingga 5 buah kereta
lengkap dengan perabot, alatan memasak, TV, pinggan mangkuk, barangan letrik (peti ais, mesin basuh, blender) juga ada kemudahan internet
Bilik boleh memuatkan sehingga 3 orang dengan selesa ( ada 3 katil, 2 almari, meja, kipas siling, 2 lampu pendaflour)
rumah berdekatan dengan jalan besar (boleh nampak jalan besar dari depan pagar rumah)
rumah berhadapan dengan kedai makan Melayu (kalau malas nak masak, jalan kaki 2 minit je dah sampai kedai)
persekitaran yang sangat selamat, dikelilingi jiran2 yang berkeluarga
berminat, hubungi Liyana 0137729342
*kemasukan bulam April