BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

27 February 2010

Casey James-Heaven

Semalam tengok 'Top 12 guys-American Idol' dekat 8tv. OMG!!! teruja sangat bila tengok this guy nyanyi lagu 'heaven' sambil tersenyum. Sampaikan aku yang tengok dia nyanyi pun boleh tersenyum sorang2 HAHAHA. Penyanyi original lagu ni Bryan Adam tapi lelaki ni boleh nyanyi lagu ni dengan gaya dia yang tersendiri. Terbaik la Casey James!!! Hopefully, lelaki ni akan terpilih untuk masuk ke final. Love the original song dari Bryan Adam tapi aku lagi suka versi Casey James.


video




~~Much LOVE from me to you Casey James~~(^_^)





26 February 2010

Home Sweet Home

Petang tadi masa tengah siap2 nak pergi test termodinamik. Aku dapat message yang berbunyi "Yuhuuuuu"...hehehe. Tak ada la. Takkan la message handphone aku bunyi macam tu. Macam geli2 je kan. Yang sebetul2 nya dapat message macam ni :




"Hebahkan pd suma rakyat jelata,
kelas fluid DIBATALKAN
*arahan en.adnan"




Member aku ni kalau benda yang happy sikit, hantar massage pun dah jadi lain macam. Font size asal message tu memang macam tu. Sebiji2 aku copy, tapi yang highlight merah tu memang aku yang pandai2 letak sebab saja nak bagi satu malaysia nampak HAHAHA. Kenapa aku suka class kali ni batal???( wah...tanda soal sampai tiga..melampau betul).




  • Bukan sebab aku malas nak pergi class, sebab aku bukannya jenis suka ponteng class.
  • Bukan sebab aku tak suka class tu.
  • Bukan sebab aku tak suka lecturer subjek ni.
  • Bukan sebab jumaat ni memang sepatutnya cuti, tapi dia sibuk nak buat class. Sebab aku memang tak kisah dia buat class jumaat ni kerana setiap hari jumaat memang aku cuti pun(tak ada class langsung). So kadang2 kalau ada class apa salahnya.
  • Bukan sebab aku malas bangun pagi.
  • Bukan...
  • bukan...dan
  • bukan...




Minggu ni boleh dikatakan minggu yang penting jugak la dekat aku. Sebab sabtu dan ahad ni dua member aku nak kahwin. Sebab tu la aku memang kena balik jugak minggu ni. Macam tahu2 je En.Adnan ni aku nak balik, then tiba2 je dia batalkan class last minute. Bukannya aku wajib+kena paksa pergi majlis ni. Cuma kalau boleh aku nak ada masa saat2 paling bahagia mereka. Itu bermakna aku pun nak jugak mereka ada dan yang paling penting usaha untuk datang masa saat2 bahagia aku nanti(lambat lagi la eja!!!...suka berangan la minah ni). Tidak lupa jugak, kepada abahku yang call pagi tadi. Siap tanya lagi, " minggu ni tak balik ke eja " HAHAHA. So, paham2 je la. Rasa nak balik rumah memang la meluap2, kalau macam ni la kisah nya. Pada hal, minggu lepas baru je balik+siap cuti seminggu lagi. Mengada2 betul la cik jijah sorang ni.




Tapi kesian jugak bila tengok member2 yang duduk jauh2 ni. Jarang2 dia orang boleh balik. So aku patut bersyukur sebab kalau nak balik rumah, aku hanya perlu naik bas selama 3 jam. Kira okey la tu kan, daripada berbas sampai 7-8 jam. Okey la, aku nak gerak dulu. Bukan gerak nak balik la, tapi gerak nak ke katil. Mata rasa macam dah hujung2 je. Rasa macam dah parah sangat ni (mengantuk bangat). Zzzzzzzzzzzzz..............(-_-). Hurm, tidur pulak dia. Assalamualaikum.




~~Much Love from ME~~

24 February 2010

Test...Ujian

Minggu ni ada 2 test nak kena kejar. Sampai tak tahu nak study yang mana satu (tolong...tolong...tolong). Busy2 pun sempat jugak nak berblog....hehehe. Eja...eja...tak pernah nak insafkan. Sampai ke tua la kau macam ni (tak ada la sampai ke tua kan...eja, jangan nak over sangat). Suka sangat study last minute. Bila dapat result sikit, tak adanya nak menyesal. Perangai ni akan terbawa2 sampai la ke minggu final nanti. Hurm..agak kureng disitu (-__-). Bawa2 beringat sikit okey!












*memang tak ada mood nak study la....macam mana ni (tak suka nya !!!)

22 February 2010

The Wolfman...(T__T) @ Percy Jackson And The Lightning Thief...(^_^)

Hari sabtu lepas plan nak pergi minum je dengan member2. Tapi petang tu mata ni tiba2 je rasa gatal nak tengok midnight movie. Plan nak pergi One Utama, dah malam sikit baru massage dia orang ajak pergi tengok wayang, so plan nak pergi minum tu terpaksa la cancel.Nasib baik dia orang cakap okey.Kalau tak memang kempunan la nak tengok movie. Sampai OU pun dalam 9 lebih, plan memang tak nak ambik movie yang lewat sangat,sebab aku yang pickup dia orang.So balik nanti mesti scary sebab kena drive balik sorang2...(xnak..xnak..xnak)



**Kalau nak diikutkan movie yang best malam tu+yang patut aku tengok**



  • Valentine's Day




  • Avatar




  • Percy Jackson And The Lightning Thief









Tapi tak tengok pun movie2 dekat atas ni.Saja je suka taip nama movie2 ni...hahaha. Malam tu aku tengok 'The Wolfman'. Bukan nak tengok sangat pun movie tu, tapi tu je la movie yamg paling awal masa tu dalam 10 lebih. Kalau nak diikutkan tak boleh panggil midnight movie sebab movie tu tak sampai midnight pun. Tapi movie habis 12 lebih, kira midnight jugak la kan (ish...suka hati la nak panggil apa pun). Member cakap ade Hugh Jackman, aku punye la excited nak tengok movie tu. Dah sampai separuh cerita aku tengok, tak keluar2 pun dia. Memang la kena kencing (thank sangat2 dekat ira...huhuhu).



  • The Wolfman

Malam tu aku tengok movie ni.Jangan terpengaruh dengan gambar
movie2 dekat atas tu(saja gatal nak letak banyak2 gambar dalam blog)







Movie habis pukul 12 lebih. Tak suka sangat pergi OU sebab selalu sangat sesat bila nak cari parking. Nak dijadikan cerita, hari tu memang betul2 sesat. Aduh...part ni memang lemah semangat. Satu kerja la pulak nak berjalan dalam OU tu, sebab nak cari balik first point kita orang sampai masa awal2 tadi. Last2 tanya guard, nasib baik jumpa guard. Kalau tak jumpa tadi, memang kena tidur dekat OU la ceritanya. Sampai rumah dalam pukul 1 lebih, then call adik aku suruh bukak kan pintu. Tiba2..........................................bukak adik aku yang bukak kan pintu, tapi...tapi...tapi...ayah aku yang bukak kan pintu HaHaHa. Ingatkan dah tidur, terkejut aku. Jangan fikir yang bukak2 ye. Aku keluar rumah malam tu dengan pengetahuan ayah aku ye, bukan nya ikut pintu belakang.



*Pada aku, apa saja yang aku buat dekat luar...aku akan fikirkan perasaan mak bapak aku dulu. Sebab aku boleh bayangkan kalau aku buat benda yang tak elok di belakang mereka, meraka akan rasa sedih sangat. Sebab selama aku dibawah jagaan mereka, jarang permintaan yang aku minta, mereka tak tunaikan. Jadi aku rasa tak salah kalau aku pun buat benda yang sama dekat mereka kan. Susah nak jadi anak perempuan sekarang ni, kalau kita tersilap langkah memang musnah masa depan. Sampaikan, ada yang lelaki rasa perempuan sekarang ni terlalu murah(senang nak dapat). Ish...macam salah topik je. Apa2 pun, sebenarnya aku rasa sedih tengok perempuan melayu sekarang ni, bila aku baca buku MASTIKA. Terlalu banyak perkara yang mereka buat tanpa berfikir panjang.








"SAYANG SERIBU KALI SAYANG"














12 February 2010

TRUST is PERCAYA






Trust is percaya....percaya is trust...hehehe. Macam tajuk movie 'love is cinta' la pulak. Tak payah bagi tahu makna pun korang dah tahu apa makna percaya kan. Hari ini kita nak cerita isu percayakan kawan bukannya cerita pasal percayakan pakwe or balak okey. Masalah percaya ini bukannya berlaku dekat perempuan ja, sebab lelaki pun ada jugak masalah ini. Tapi kalau kita tengok orang lelaki ini, macam senang je hidup dia orang bila time nak berkawan. Nak kenal senang,nak masuk kepala senang,kalau dapat hobi sama (pada hal baru je jumpa),bersembang macam dah bertahun2 berkawan. Tapi sesetengah perempuan bila berkawan suka buat benda tu complicated,ada je yang tak kena dengan orang ni ataupun dengan orang disitu. So hari ini aku cuma nak berkongsi dengan awak2 yang ada di luar sana. Sejauh mana kita percayakan kawan atau pun your BFF(bestfriends forever)???. Sekarang kita cerita berdasarkan pengalaman pulak. Aku ada kawan dari zaman sekolah,Uitm,politeknik,tempat kerja dan sekarang Uthm. So setiap salah satu dari tempat tu mesti ada seorang, dua orang atau lebih dari tu yang rapat dengan aku. Bercerita masalah dia orang,dari cerita gaduh dengan pakwe,masalah family,masalah dengan member2 sampai la ke masalah dalaman(ni masalah perempuan ye). Bila kita cerita masalah kita dekat seseorang, bermakna kita percayakan orang tu kan. Tapi macam mana kita nilai member2 kita sampai boleh ceritakan masalah dekat dia.



Adakah kita menilai member berdasarkan:


  • dah bertahun2 kawan dengan dia. Bila dah berkawan lama baru la boleh cerita masalah dekat dia.
  • kita tengok melalui luaran dia. Kalau cantik+bersopan santun+cakap pun lembut je bermakna dia adalah orang yang layak dengar masalah kita.
  • tengok perangai. Kalau satu kepala,maknanya dia faham dengan cerita kita.
  • member tu jenis peramah. baru kenal pun dah mesra yang teramat sangat.
  • jenis yang happy go lucky. bila cerita masalah dekat dia,kita rasa tak tension sangat. Sebab ada sesetengah orang yang jenis nak luahkan perasaan je, tak nak pun dengar pendapat orang.
  • yang jenis suka bagi nasihat2,keluarkan hadis2 siap dengan pantun+teka-teki sekali(pantun+teka-teki???ada ke orang macam ni).
  • kita pilih orang yang nampak matang. Tengok gaya dia bercakap,semuanya ada makna(tak sembang kosong je).
  • mungkin kita tengok umur dia, lagi dah berumur lagi bagus. Ada sesetengah orang fikir,lagi berumur bermakna dia lagi matang. Sebab dah makan garam dulu dalam hidup.Tapi aku kurang setuju,sebab pada aku orang tu matang berdasarkan cara dia berfikir bukan kerana umur. Mungkin ada sesetengah orang yang matang bila umur dia bertambah, tapi ini pada sesetengah orang je. Tapi bukannya pada semua orang yang dah berumur.
  • ataupun korang tak tengok orang langsung. Asal aci jumpa je,berbakul2 masalah korang cerita(yang ini memang jenis tak malu langsung)







++++++++++++++++++++++++++++++
Yang paling penting!!!!!
++++++++++++++++++++++++++++++




V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V











'Rambut sama hitam,tapi hati lain2'. Ada pelbagai2 cara orang menilai kita dan cara kita menilai orang. Semuanya ada pandangan masing2. Tapi kalau orang cerita masalah dia pada kita, makna dia percayakan kita. Tapi ada sesetengah orang yang suka menjaja cerita orang. Jenis member yang macam ni kita kene berhati2 sikit,sebab memang BAHAYA. Apa2 pun, saya Khadijah Zek ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada member2 cina yang menyambut. Hari ni yang paling penting, aku nak mengucapkan kepada awak2 yang ada diluar sana supaya 'Selamat Berkawan', kerana bukan semua kawan boleh senang sama2 dan susah sama2. Yang selalunya jumpa mesti nak senang sama2,kalau bersusah sama2 mesti haram tak nak.



My friends+My BFF



































07 February 2010

Lu pikirlah sendiri de MOVIE....


Aduh....duh...duh....satu badan sakit2+sengal. Lepas main badminton hari tu,badan rasa macam injure je(pada hal satu badan sihat2 je).Tapi serius, separuh badan belah kanan rasa sakit2 dari tangan+kaki+b****t. Mungkin lupa nk warm up kot.Nak study untuk test pun rasa seksa,lagi2 bila time nak menulis. Pagi tu lepas puas memerah otak dan keringat(test),aku dengan member2 yang lain pergi jalan2 dekat Batu Pahat Mall. Nak release tension la konon2
. Dengan kaki yang masih terasa sengal2 tu,ku gagah kan jugak berjalan. Lepas habis makan,then is time for doing thing that i like the most "Window Shopping". Kita orang masuk kedai...keluar kedai...then masuk...keluar balik...masuk balik kedai x payah keluar2 dah lepas tu...hehehehe.Sampai la petang baru la terasa nak balik U.



Nak dekat chinese new year ni Semua benda nak dekorat dengan benda
yang merah2. Warna yang wajib ada.Kalau tiba2 nak tukar warna merah tu boleh x...(hehehehe)




Bila dah masuk area U tu,nampak banner untuk tayang amal "lu pikirlah sendiri de movie". Terasa nak tengok je, sebab ada member cakap pelakon vanida imran datang untuk tayangan malam ni(dah excited sangat2 ni).Tayangan untuk malam ni pukul 8.30,so kena mandi awal dan siap awal sebab nak dapat tempat duduk yang paling cun. Almaklum la kan,tayangan buat dekat dewan, tempat duduk pun flat je,bukanya macam wayang. Kalau datang lambat,confirm dapat tempat duduk area belakang2(xnak... xnak). Akhirnya seat yang diimpi2 kan. Barisan no.3 bukan dari belakang,tapi dari depan ye. Memang clear sangat la(happy...happy). Movie start lambat,janji pukul 8.30,last2 pukul 9 baru nak mula. Tak ada hal la sebab dah excited nak tengok vanida imran.Bila pelakon diumumkan nak masuk dewan,rasa pelik sangat.Kenapa x nampak pelakon perempuan pun. Dua orang pelakon lelaki yang datang pun macam x kenal je. Ish....x boleh jadi ni. Cari punye cari dan terus jugak mencari,sebab takut vanida masuk lambat.Hampanya,x ada pun vanida imran. Siapa yang cakap vanida datang tu memang la hampeh+busuk punye orang. Layan je la movie kan.



Tiket aku...!!!






Tiket rakan2 ku. Itu pun nak tangkap ke.
(punya suka la.....)




Movie "Lu pikirlah sendiri de movie" ni. Kalau x salahla kan,akan ada dekat wayang 11 february ni. Jalan cerita dah okey dah, dengan lawak2 nabil yang memang x kering gusi dibuatnya. Masalahnya dekat sini.Erm...scene2 dalam cerita tu.Ada sesetengah scene yang masuk 'tiba2'. Kalau setakat meet uncle hussien yang suka2 hati je tiba2 masuk tu,boleh lagi diterima.Scene ni masa nabil tiba2 datang rumah perempuan tu,then main gitar dekat buaian.Aku ingatkan scene ni pasal perempuan tu tengah ingatkan nabil,tu yang keluar nabil ada kat depan umah dia tu. Tapi macam x je.Ke aku yang x paham scene part tu kot...hahaha...entah la.Apa2 pun korang tengok sendiri la cerita tu.Aku x cakap cerita tu best sangat2. Tapi okey2 je...so aku bagi ***(3) dari *****(5) bintang. Jangan terpengaruh dengan muka mila dekat dalam poster. Sebab diakhir cerita nanti nabil bukannya dengan mila tapi...tapi...tapi.........hahahahaha(gelak jahat)....'Lu pikirlah sendiri'.






"LU PIKIRLAH SENDIRI de Movie"
















Kalau la dapat tangkap gambar dengan Nabil.
Alangkah seronoknya hari2 ku. Dapat tangkap dengan poster tu pun jadi lah.

04 February 2010

Sedihnya....(T__T)


Pagi tadi main badminton dengan budak2 class,then terus pergi mengundi dengan bau masam2 (x senonoh betul la perempuan ni....). Petang tu,result akan di umumkan. Cepatkan...sebab UTHM pakai sistem e-voting. So memang x payah nak susahkan diri nak berpangkah2. Berbalik kepada result. Untuk maklumat anda2 diluar sana. Calon kami
kalah......sedihnya. Tapi x ada la sampai nak menangis. Kalah menang,itu adat pertandinagan. Tapi memang sedih sangat2.....(T___T).Nak buat macam mana,dah kalah.Tahun depan boleh cuba lagi. Sokongan yang lebih padu akan diteruskan seperti biasa...huhuhuhu. Kepada yang menang,diharapkan dapat menggunakan kelebihan yang ada untuk memperjuangkan suara para pelajar.






"Kalah Menang Adat Pertandingan"

03 February 2010

Mengantuk+Mengundi=.............???

Hari yang paling mengatok di dunia (pada aku).Aduh....dalam class tadi rasa macam nak tertidur je. Apa yang lecturer ajar dekat depan satu apa pun x masuk.Next time jangan macam ni lagi Eja. Kata nak study hard,baru hari ke-3 class dah buat perangai.Nasib baik x tertidur tadi,kalau x bertambah lagi satu hari...(Hari memalukan sedunia).Malam tadi tidur lambat,pukul 3 baru nak tidur.Then class start pukul 8.So korang kira sendiri la,berapa lama je aku tidur.Study nya x jugak.Asyik buat benda bukan2 je(facebook la....apa lagi).




Huh..comel ke......(jahat nya)





Agak2 nya aku study lebih kurang macam ni ke.Macam over je kan.




kalau main facebook,confirm macam ni....






Cerita mengantuk2 ni pagi tadi.So,kita lupakan aje cerita2 tidur ni.Petang ni cerita lain pulak.Petang ni ada konvoi beramai2.Siapa yang ada di Universiti atau pun baca surat khabar mesti tau apa yang tengah kecoh2 dan hot sekarang ni.Sudah tentu pemilihan 'Majlis Perwakilan Pelajar'.Siapa yang x tahu memang la x ikuti perkembangan semasa langsung.Tak semestinya pelajar U je yang kena peka pasal hal ni.Sekadar tahu pun dah cukup sebenarnya.Hari mengundi untuk UTHM lambat sikit start.Sebab kena beri perhormatan kepada Sultan Johor yang mangkat.Kami akan mula mengundi pada esok hari. Salah seorang member class ada masuk sebagai wakil umum.So kena la sokong memberkan. Kalau bukan member siapa lagi kan...kan...kan...(^_^).Wakil dari fakulti aku x ramai sangat(kepada sesiapa yang x tahu,aku dari fakulti mekanikal ye), so kena la pilih betul2 kali ni.


1st time mengundi dulu,x tahu apa2.Kalau dulu,pilih wakil kena tengok muka dulu.Kalau muka hensem+boleh tahan,itu la pilihan dihati(wah2...macam undi bakal laki la pulak).Tapi itu dulu,sekarang dah lain beb.Zaman dah berubah,undi mana boleh tengok muka je.Bukan nya muka yang nak buat keje kan.Bila tengok muka2 yang kena tampal dekat tepi2 jalan 2,kena la alert sikit nama dia orang.Baru la boleh jadi "Pengundi yang Bijak"(bijak ke...). Tak sabar nak mengundi esok.





Wish me luck okey...!!!


Love u all.....!!!



MOTTO



"PEMIMPIN BERINTELEK,ASPIRASI MAHASISWA"





02 February 2010

VALENTINE'S DAY


Valentine's day?????Excited sangat bile dengar hari ni kan.Tapi...tapi...tapi...tak pernah pun sambut valentine's day.....hehehehehehe.Tapi kalau la dapat sambut,aku harap sangat2 boleh habiskan satu hari tu dengan Taylor Lautner.First time tengok movie Twilight,watak Taylor Lautner ni x menyerlah sangat.Tapi bila masuk 2nd movie Twilight,dari awal sampai la akhir movie asyik tersenyum je.Sebab x sangka yang dia akan berubah totally 100%. Memang teruja sangat2(hehehehe....happy lagi).Sebenarnya tak perlu nak tunggu 14hb February baru nak sambut hari yang romantik.Setiap hari pun kita boleh jadikan hari2 yang romantik.


Yang paling penting sekarang ni,kenapa aku pilih lelaki ni untuk aku habiskan satu hari 'aku dengan dia':

  • sebab muka dia macam melayu mix kot(melayu +chinese)...hehehehe...i like..(^_^)
  • lepas tengok movie 'The twilight saga new moon',aku tau dia sememangnya lelaki yang amat romentik dan yang paling penting carring sangat2 dengan wanita.






  • Starting our day, kami akan pergi ke Genting Highland.Aku nak habiskan satu hari dengan dia playing with all the game. Tak semestinya kita dah dewasa, kita x boleh nak enjoy dengan game2 ni(tersenyum dan ketawa...sambil membayangkan adegan2 di sana)







  • suka sangat kalau dapat pergi tepi pantai dengan dia sambil tengok matahari terbenam....(wow...hehehehe...yang ini pun saya suka).







  • Then pergi candle light dinner. Dari mata dia(tengok poster je...), aku tau dia sememangnya lelaki yang amat romantik.



Aku tak expect perkara yang luar biasa atau pun perkara yang luar dari keinginan aku. Macam pergi ke Paris dengan dia....hehehe.Sangat2 la mustahil dan aku tak ada la impikan nak pergi sana pun(jangan nak tipu....).Cuma aku nak kan perkara yang simple but nice untuk habiskan satu hari dengan dia. Dan dia wajip habiskan hari2 dia dengan aku di Malaysia...Tanah Air Ku(macam paksa la pulak)


  • Click Valentine's Day for more information about this contest.Can't wait to watch this movie Premiere Screening of Valentine’s Day on the 9 February


My favorite Picture


Oh Malaysia.....

Sekarang ni rasa semangat cintakan negara ni makin meluap2 la plak(tak ada la sampai nak meletup.Itu macam dah over je kan). Puncanya, sebab pergi class 'Kenegaraan & Pembangunan Malaysia' la ni.Aku suka dengar dan tengok fakta.Tak kira la tentang apa pun.Cerita pasal negara,haiwan,alam sekitar,pembinaan bangunan,kesihatan dan yang sewaktu dengannya.Tapi kalau cerita tu berkisah pasal sejarah,memang teramat2 la berminat. Suka sangat cerita tentang history ,tapi nak ingat fakta 2 macam susah la sikit.Slow sikit bab2 nak mengingat ni.Kalau fakta yang x complicated,memang x ada masalah langsung nak ingat.


Bila keluar dengan member2,seronok sangat kalau dapat kongsi dengan dia orang apa yang kita tau.Walaupun kita x pernah pergi ke tempat 2,tapi daripada cerita yang kita tengok, macam kita dah pernah pergi tempat 2.Tapi kalau dapat pergi lagi2 la seronok.Antara salah satu tempat yang nak...nak...nak....perrrrrgi sangat2 adalah Al Hambara.Kepada siapa2 yang x tahu Al Hambra 2 apa,klik je kat sini,then baca sejarah tempat 2
I
I
I
I
I
I
>>>>>Al-Hambra<<<<<<



Berbalik kepada cerita dalam class tadi.So untuk class hari ni,lecturer kami play video pasal kemerdekaan malaysia.Sejarah sebelum dan semasa darurat. Memang excited sangat nak tengok,tapi ada mamat2 yang duduk kat belakang ni memang menyakitkan hati je. Asyik main2 kerusi je, memang mengganggu ketenteraman awam betul la.Last2 kene sound dengan aku..NAh...ambik engkau..memang jenis2 x boleh bawak majlis or tengok wayang la mamat2 ni.



Nak pergi masuk beradu dulu...Chow Cin Cau

("_)

01 February 2010

Happy..!!Kadang2 tak happy la pulak..

Geram la plak.....dah 2 hari tak boleh masuk internet.Wireless macam 'haram'.Geram nya....!! Kalau nak masuk facebook or blog,nak kena tergedik2 pergi bilik member....Perkara yang amat-amat tidak disukai. Kalau setakat member satu bilik xpe la jugak. Ni tidak, member nun jauh duduk di blok yang lain(budak2 class x ramai.So, dia orang antara budak class yang rapat). Macam menganggu pun ada jugak.Member memang la tak kisah,tapi kita ni yang duk fikir macam2. Bila la line nak okey. Tapi yang peliknya, budak2 bilik lain dapat line la plak. Bilik aku je yang problem.





Ish...sebenarnya nak cerita....hehehehehe....happy la plak...lagi 2 minggu dah nak start cuti midterm....(hehehehe..suka lagi). Bila cerita je suka,bila suka je cerita...Tapi pagi ni pun ada cerita happy jugak.Tak tau la nak cakap samaada patut suka atau tak.Tapi baca je la massag ni>>>>>






"Slm, kelas control pagi ni
batal. kelas ganti akan dimaklumkan kemudian.sebarkan berita.
Terima kasih. Dr soqh"
*(dr tu 'dari' ye.bukannya doktor.So jangan salah faham)






Tapi kalau msg ni dapat lagi awal lagi la bagus.Boleh bangun lambat sikit. Ini tidak, dah siap2 mandi,baru la msg sampai. Okey2...sebenarnya nak cerita. Persoalannya disini adalah...Class pagi ni batal...S0,saya patut suka dan happy sangat2 atau pun tidak???..Erm..Sebenarnya x adalah suka sangat2 pun. Lagi suka kalau ada class(geram sebab dah mandi awal sebenarnya). Class control engineering ni x ada la senang sangat,so aku lebih suka kalau class dia x miss satu pun. Boleh la habis belajar semua bab tu awal dan sempat nak study balik semua bab yang agak memeningkan tu balik semula untuk final exam nanti.



Macam dah x tahan je ni...x boleh jadi ni....memang x boleh tahan sangat2 ni...Aduh...perut bunyi macam2 lagu la pulak(hip hop, jazz, r&b, slow rock,...kadang2 irama malaysia). Memang dah x tahan ni...Betul..betul...betul.... dah x tahan sangat2 ni.Nak end entry hari ni sekarang jugak...Sebab....sebab...sebab....nak pergi MAKAN..!!!








("_)

Nah..si comel untuk anda2 diluar sana