BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

02 December 2010

Library UTHM Part 1

Hari ni rasa macam rajin la pulak nak edit background blog ni. Background sebelum ni dah macam-macam colour yang aku guna. Tapi kali ni rasa macam nak jadi ala-ala suci gitu...hahaha(suci la sangat). Sekarang ni dalam minggu mood final exam. Dalam beberapa minggu ni memang rajin sangat jejak kaki dekat library. Ini salah satu cubaan untuk mengelakkan diri dari melakukan perkara yang bukan-bukan masa di rumah sewa. Dalam rumah tu banyak sangat perkara yang boleh buat aku lali dari tengok buku. Contohnya macam...

  • Tv
  • Tilam(asyik rasa nak baring je)
  • Internet kencang(streamyx daa...)
  • Perut tu suka sangat mintak makanan.
  • dan macam-macam lagi la.....


Sebenarnya nak cerita tentang perpustakaan UTHM sebenarnya. Aku rasa tak ramai orang dekat luar sana yang tahu tentang perpustakaan UTHM ni. Buat pengetahuaan anda-anda di luar sana, perpustakaan UTHM yang baru siap ni merupakan 'Perpustakaan Yang Terbesar di ASIA TENGGARA'. Wow....terbesar tu. Perpustakkan ni baru je dibuka dan beroperasi sepenuhnya untuk para pelajar pada bulan Julai 2010 . Untuk pengetahuan korang perpustakaan ni mempunyai keluasan 16 000 meter persegi yang mampu memuatkan sebanyak 300 000 jilid buku dan boleh menampung kapasiti sampai 2 400 pengguna.




Perpustakaan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)


Aku start rajin pergi library ni masa bulan november. Maksud aku 'rajin' pergi tu maknanya duduk dalam library tu dari pagi sampai ke malam ye (perhhh...rajin giler tu). Sebelum ni ada juga pergi, tapi pinjam buku je la, lepas tu terus pecut balik. Baru-baru ni masa aku pergi perpustakkan, aku ternampak sesuatu yang aku rasa pelik bin ajaib. Rasa macam nak tergelak pun ada juga...hahahaha. Baru buka kot perpustakaan UTHM ni. Nak tahu tak apa dia...
















Kebocoran!!!




Charger Laptop student.
(students ni pergi sembahyang masa kejadian ni berlaku)


Alkisahnya, hujan memang lebat masa tu tapi kebocoran tu sebenarnya kecil je. Tapi air hujan memang tak berhenti-henti keluar masa tu. Jadi agak menakutkan juga masa tu. Diharapkan agar pihak pengurusan perpustakaan UTHM dapat ambil tindakan yang sewajarnya dengan masalah ini ye. Bukan apa, jangan disebabkan benda yang kecil ini jadi makin bertambah-tambah pulak masalah nanti.





Untuk entry seterusnya, aku nak tunjukkan gambar
perpustakaan UTHM di kawasan dalam dan juga luar.


Memang cantik okey!!!(jangan jealous...)


1 comments:

Anonymous said...

http://www.kaskus.us/showthread.php?t=8418245

http://kaskushotthread.com/thread/jalan-jalan-ke-perpustakaan-universitas-indonesia-.html

masih ada yang lebih besar di Universitas Indonesia (UI), silahkan mampir! :p