BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

29 November 2011

Entry Prono???

Aku dah lama nak tulis pasal benda ni. Siapa-siapa yang search pasal prono ni, then termasuk pulak dalam blog aku ni...."Padan Muka"!!!. Dah tak ada benda lain ke yang nak di search. Aku nak "Minta Maaf" awal-awal ye. Walaupun nilai tu tak detail kan siapa yang search, yang penting aku tahu kebanyakan yang search tu melayu kita. Bukan semua melayu , cume sebilangan kecik ni yang suka sangat search pasal benda tak elok ni. Lagi satu aku tak detail kan dekat sini lelaki ataupun perempuan. Jadi entry ini umum untuk semua rakyat malaysia diluar dan didalam negara....(tak payah nak budget)




Sekarang aku dah lama tak update blog. Jadi nilai yang terkini macam kat atas tu. Dulu masa aku suka update, memang makan ribu jugak la hits die. Sebab tu entry aku yang paling popular "Rumah tangga musnah sebab gambar prono", sebabnya perkataan "PRONO" tu. Entry tu elok je, siap bagi nasihat lagi. Tapi siapa-siapa kalau termasuk dalam entry tu tolong baca sampai habis. Kalau dah rasa kemaruk sangat pergi kahwin je la.

Cakap memang senangkan..."Kahwin je...apa susah". Kalau dah rasa diri tu tak mampu lagi, cari la benda lain yang boleh kita kurangkan berfikir ke arah perkara tu. Manusia ni ada macam-macam perangai:


Memang nak berubah.
  • Orang macam ni senang kalau nak dibawa berbincang. Siapa didunia ini yang tak pernah buat silapkan. Kalau diri sendiri memang nak berubah, orang cakap apa pun tak kisah. Yang penting diri sendiri dah tak nak tengok benda-benda macam tu.

Susah nak berubah
  • Orang macam ini jenis yang makan masa sikit kalau nak berubah. Tapi kalau ada azam yang kuat, semua perkara akan jadi tak mustahil. Kalau rasa susah sangat, cuba cari member yang faham tentang masalah kita. Maksud faham tu, bukannya join skali tengok. Tapi cari member yang boleh bagi nasihat. Jangan la pergi tanya member yang memang sah-sah jenis ke longkang kalau bagi nasihat. Lebih kurang macam nak berhenti merokok la. Bukannya boleh behenti macam tu je.

Memang tak akan berubah
  • Orang macam ni kalau cakap apa pun memang tak makan saman. Kalau benda tu memang dah jadi habit, suruh la buat apa pun memang tak jalan. Contoh-contoh orang macam ni banyak masuk dalam surat khabar. Jenis yang suka rogol anak dara orang, kanak-kanak dan nenek tua pun ada okey. Tak faham betul la aku dengan nafsu jin macam ni.

Berita harian :




Kalau diri sendiri memang tak nak berubah, orang cakap apa pun memang tak guna. Kalau rasa boleh elakkan tengok benda-benda macam tu, cuba la elakkan. Benda tu tak kan datang dekat kita kalau kita tak cari. Jangan menyesal kalau perkara-perkara tak elok ni terjadi dekat keluarga kita.



"Renung-renungkan dan selamat beramal"

5 comments:

FUZY said...

caya lah cik ija bella...hehehehe gambar prono banyak sini...wahhhh ni bg tajuk entry baru ni...kasi panas skit

Khadijah Zek said...

hahahhaha...tu la pasal...
aduh...sakit ati aku bile tgk benda yg die org search...ingat ada gambar prono ke dlm blog ni...memang tak la kan..

ctaziera_tg84 said...

eja,ko seniri tak kawen ape cite ja?

Khadijah Zek said...

entry ni untuk orang2 yang kemaruk dengan cerita prono...hahahaha.

so...

giler prono=kena khawin la babe.

sid said...

xde gambar prono ke cnih..?nak tgk.. :(