BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

11 February 2011

Filem HAQ???????????????????



Banyak wey tanda soal dekat tajuk tu. Diantara filem melayu yang sangat mendukacita. Nak dijadikan cerita, hari tu aku pergi la tengok movie 'HAQ'. Aku tak tau la kalau korang pernah dengar nama movie ni atau tak. Aku ingat memang la nak sokong filem malaysia kan. Bila tengok poster macam dah gempak semacam je. Ingatkan cerita pun gempak jugak la macam poster dia. Lepas dah suku cerita, dah macam-macam tanda soal keluar dalam kepala ni. Aku ni punya la dok ingat aku ada skip mana-mana part, sebab rasa macam lost je. Rupa-rupanya member aku pun tak faham sangat cerita ni. Ada minah sorang ni siap bantai tidur lagi, patut la senyap semacam je.


Persoalannya disini adalah:
  • Kenapa si badrul tu tiba-tiba je nak benci dengan ayah haq. Dah terang lagi nyata ayah dia meninggal sebab sakit jantung.
  • Raja Farah tu anak siapa la pulak. Aku ingatkan dia tu adik badrul. Tapi bila dia panggil mak badrul tu 'Mak Lang'. Aku dah start pening kepala. Masa zaman kanak-kanak badrul dengan haq, tak ada la pulak aku nampak budak perempuan. Bila dah besar ni tiba-tiba je dia muncul.
  • Tiba-tiba je si badrul tu ada kuasa, dia dapat dari mana kuasa tu. Kot ye pun tunjukkan la orang yang bagi dia kuasa tu. Tak kan la dalam tidur dah boleh dapat kuasa. Kuasa haq tu dah memang kita tau datang dari ayah dia.
  • Apa motif bola 3 ketul macam dragon ball, dalam cerita tu.
  • Asal la pergi ambik Nanu dalam cerita ni. Bila camera start fokus kat dia, nampak sangat la muka tua dia tu. Macam dah tak ada pelakon muda kat malaysia ni. Dia orang kena la faham. Bila kita tengok wayang, screen nya besar. Bila camera fokus dekat pelakon tu, nampak setiap inci muka pelakon tu(jerawat+kedut-kedut pun boleh nampak okey...)
  • Memang banyak la tak kena dalam cerita ni....................


p/s : Filem kita, wajah kita okey. So tunjukkan la wajah kita yang cantik-cantik. Jangan la tunjukkan wajah kita yang sekadar boleh tahan je. Sangat la tak cool.

3 comments:

YusRa said...

follow me back
www.yusrasuperstar.blogspot.com

shamrock said...

saya diantara orangx2 yg trkene jgak mcm awk, hahah citer die wat sy mnagis smbil trgelak..hax3

eja said...

tawu xpe, mmg mendukacitakan...pak kan la, khurafat tiket abis....mmg geram la...bazir duit je...