Aku rasa pelik sangat dengan pasangan yang dah lama couple ni. Lagi-lagi lelaki la kan. Aku cakap bukan sebab aku perempuan ye. Couple dah nak dekat 5 or 6 tahun tapi x nak mengaku dah couple(terutama lelaki). Aku rasa antara sebab dia orang x nak bagitahu:
- Mungkin dia ni rasa belum sampai masanya lagi, untuk bagitahu yang dia orang dah couple.( tapi dah 5 or 6 tahun couple)
- Mungkin walaupun dah lama couple, keadaan kewangan or life dia masih belum stabil lagi. Nak bagi makan anak dara orang ni bukannya senang.
- Mungkin dia tengah tunggu waktu yang sesuai nak bagi tau dekat member2 yang dia dah ada awek.
- Mungkin dia masih lagi mencari kesempurnaan dalam diri perempuan tu.(But nobody perfect okey)
- Mungkin dia rasa rendah diri sebab keadaan kewangan perempuan tu lebih bagus dari dia.
- Mungkin dia rasa bila dah ada ikatan(bertunang), barulah waktu yang sesuai untuk dihebohkan.
- Mungkin dia nak jaga air muka perempuan ni. Yela kan, kalu tiba-tiba break nanti perempuan tu jugak yang malu kan(ish...macam x kena je ayat ni. Kalau macam tu baik x payah couple langsung)
Hari ni aku cuba nak pandang isu ini dari pandangan mata lelaki. Kalau kita hanya tengok dari pandangan mata perempuan je, confirm kaum lelaki kata berat sebelah. Mesti dia orang cakap "Asyik nak menangkan kaum perempuan je". Almaklumlakan, yang menaip entry ni pun perempuan. So, kalau ada member cerita pasal kisah sedih dia orang, aku akan cuba sedaya upaya untuk tak jadi batu api(sememangnya sikapku begitu). So, aku akan bagi sebanyak mana kemungkinan kenapa dia orang bersikap begitu. Sebab ada antara member aku yang lelaki, yang suka ceritakan masalah dia orang dekat aku. So, kadang-kadang aku paham perasaan kedua-dua kaum ni.
Kepada kaum adam dan hawa. Perlukah anda mempunyai beribu alasan dan berpuluh-puluh kemungkinan untuk lari dari masalah. Sebaiknya, selesaikanlah masalah tu dengan ' face to face ' dengan pasangan anda. Apa saja keputusan selepas itu diharap kedua-dua pihak dapat terima dengan berfikiran positif. Mungkin saja, itu merupakan penyelesaian yang terbaik.
Kepada kaum adam dan hawa. Perlukah anda mempunyai beribu alasan dan berpuluh-puluh kemungkinan untuk lari dari masalah. Sebaiknya, selesaikanlah masalah tu dengan ' face to face ' dengan pasangan anda. Apa saja keputusan selepas itu diharap kedua-dua pihak dapat terima dengan berfikiran positif. Mungkin saja, itu merupakan penyelesaian yang terbaik.
0 comments:
Post a Comment