BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

22 May 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir AF8


Sebenarnya tak ada la ikut sangat pun AF8 ni. Tapi bila dah start cuti ni duduk rumah la jawabnya. Kerjanya asyik tengok tv je, dan semestinya tak akan terlepas punya tengok konsert atau diari AF8 yang selalu diulang tayang dichannel Astro Ria. Sebenarnya tak ada la minat sangat mamat ni(muka dia boleh tahan la jugak). Tapi bila dengar single dia 'Kebahagiaan Dalam Perpisahan' rasa macam best la pulak. Telinga aku rasa lagu ni sungguh sedap di dengar. Telinga korang aku tak tahu la kan. Kalau korang rasa best kita layankan je....(^_^)





Lirik Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir AF8


Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih


Chorus
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Ulang Chorus

Kebahagiaan dalam perpisahan


Kebahagiaan Dalam Perpisahan-Shahir AF8.mp3


3 comments:

Naqib Mohamad said...

nice song!

Khadijah Zek said...

layankan aje....=)

elin said...

penuh makna lagu shahir nie