BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

01 December 2011

Selamat Pengantin Baru Zahiril Adzim dan Shera Aiyob

Selamat Pengantin Baru




Aku suka tengok dia orang berdua ni, "sempoi+sweet". Semalam aku baca puisi zahiril ni sambil dengar lagu Ungu-Dirimu satu@I always love you. Aku cakap la, memang sangat-sangat feel okey. Mungkin sebab, zahiril antara pelakon yang sangat berbakat.




Pada aku Zahiril ni tak ada la hensem mana. Muka dia biasa-biasa je, macam lelaki-lelaki melayu yang lain. Tapi mamat ni ada manis dia yang tersendiri. Mungkin disebabkan "manis" dan karakter dia yang buat Shera suka kat dia. So lelaki melayu kita di luar sana, kalau rasa diri tu kurang hensem, tapi manisnya mungkin ada. Tapi biar la dengan pakej perangai yang elok sekali.



"Zahiril berpura-pura terjumpa kertas dalam tuxedo, ketika itu Shera sedang khusyuk mendengar lahu "I always love you-Ungu", yang dinyanyikan oleh abang Zahiril. Tiba-tiba Zahiril bangun dan menujukan puisi buat isterinya, yang magisnya ada mic tersembunyi dalam tuxedo beliau"-dilaporkan oleh Hafiz Atan Fb


Gambar Kejadian oleh Hafiz Atan















Puisi Zahiril buat Shera


“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.

Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.

Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,

Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,

Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,

Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.

Selamat menjadi separuh dari aku.”



8 comments:

HaNaMuRa KyOhI said...

waaaaaaaaa... sweetnya... :)

Khadijah Zek said...

hehehe....sweet sangattt kannn...=)

::thexieza:: said...

comel sgt dorg ni..:)

anak-jelex said...

kunjungan hangat.. kunjung balik ya. jangan lupa follownya.. :D

siti nur faradiyana mutussin said...

sweet eh!!!

teknokan said...

saya foloe 923, pleas folow back
http://perpustakaandinaskelautandanperikanan.blogspot.com/

kimuratiqah said...

http://susucepatkurus.blogspot.com/

sid said...

cam mengarot je poem...nasib baik sedap tgk dio blakon :))