Aku dah lama nak tulis pasal benda ni. Siapa-siapa yang search pasal prono ni, then termasuk pulak dalam blog aku ni...."Padan Muka"!!!. Dah tak ada benda lain ke yang nak di search. Aku nak "Minta Maaf" awal-awal ye. Walaupun nilai tu tak detail kan siapa yang search, yang penting aku tahu kebanyakan yang search tu melayu kita. Bukan semua melayu , cume sebilangan kecik ni yang suka sangat search pasal benda tak elok ni. Lagi satu aku tak detail kan dekat sini lelaki ataupun perempuan. Jadi entry ini umum untuk semua rakyat malaysia diluar dan didalam negara....(tak payah nak budget)
Sekarang aku dah lama tak update blog. Jadi nilai yang terkini macam kat atas tu. Dulu masa aku suka update, memang makan ribu jugak la hits die. Sebab tu entry aku yang paling popular "Rumah tangga musnah sebab gambar prono", sebabnya perkataan "PRONO" tu. Entry tu elok je, siap bagi nasihat lagi. Tapi siapa-siapa kalau termasuk dalam entry tu tolong baca sampai habis. Kalau dah rasa kemaruk sangat pergi kahwin je la.
Cakap memang senangkan..."Kahwin je...apa susah". Kalau dah rasa diri tu tak mampu lagi, cari la benda lain yang boleh kita kurangkan berfikir ke arah perkara tu. Manusia ni ada macam-macam perangai:
Memang nak berubah.
Orang macam ni senang kalau nak dibawa berbincang. Siapa didunia ini yang tak pernah buat silapkan. Kalau diri sendiri memang nak berubah, orang cakap apa pun tak kisah. Yang penting diri sendiri dah tak nak tengok benda-benda macam tu.
Susah nak berubah
Orang macam ini jenis yang makan masa sikit kalau nak berubah. Tapi kalau ada azam yang kuat, semua perkara akan jadi tak mustahil. Kalau rasa susah sangat, cuba cari member yang faham tentang masalah kita. Maksud faham tu, bukannya join skali tengok. Tapi cari member yang boleh bagi nasihat. Jangan la pergi tanya member yang memang sah-sah jenis ke longkang kalau bagi nasihat. Lebih kurang macam nak berhenti merokok la. Bukannya boleh behenti macam tu je.
Memang tak akan berubah
Orang macam ni kalau cakap apa pun memang tak makan saman. Kalau benda tu memang dah jadi habit, suruh la buat apa pun memang tak jalan. Contoh-contoh orang macam ni banyak masuk dalam surat khabar. Jenis yang suka rogol anak dara orang, kanak-kanak dan nenek tua pun ada okey. Tak faham betul la aku dengan nafsu jin macam ni.
Kalau diri sendiri memang tak nak berubah, orang cakap apa pun memang tak guna. Kalau rasa boleh elakkan tengok benda-benda macam tu, cuba la elakkan. Benda tu tak kan datang dekat kita kalau kita tak cari. Jangan menyesal kalau perkara-perkara tak elok ni terjadi dekat keluarga kita.
Wah lama gila tak update blog. Tak tahu nak kongsi apa dengan korang, sebab itu la lama sangat tak update. Sekarang tengah gila dengan cerita "Tentang Dhia". Buat masa ni baru awal-awal episod. So bagi aku jalan cerita ni macam okey je. Tapi yang buat aku gila nak tengok cerita ini sebab ada....
" A.D.Y P.U.T.R.A "
Aku start suka tengok dia berlakon masa filem "Anak Halal". Dia ni asal singapora.....lebih kurang macam Aaron Aziz la jugak cerita die. Datang berlakon dekat malaysia sebab nak cari makan. Dia ni tak la sehensem Aaron Aziz. Tapi aku suke sangat bila dia berlakon. Dia ni macam ada karisma dia yang tersendiri yang boleh buat orang suka dekat dia. Tapikan, cerita dia "Suria di Cordoba" tu aku tengok kejap je kot, episod seterusnya tak tengok langsung. Mungkin jalan cerita dia yang mempengaruhi cerita kemudian baru la para pelakon .
" Tentang Dhia "
Tapi ada satu part dalam cerita ni yang aku nampak dia macam sweet sangat.
Kakak mata mengoda tu tengah gosip-gosip dengan dhia, sambil beli nasi lemak.
Zikir (Ady Putra) tengah usha Dhia dari jauh...malu-malu kuching. Aku pun tak tahu kenapa, tapi memang suka sangat part ni.
OKAY FINE!!!!!
Gambar bawah ni aku curi dari Ady Putra Fanpage. Tak salah aku untuk drama "Suria di Cordoba".
Suke tengok dia senyum. Tapi gambar ni jauh sangat la
Haaa....Ambik Kau. Kalau nak dekat lagi, pandai-pandai close up sendiri
Tak perlu nak cari yang hensem-hensem sangat.
Tak perlu nak cari yang putih-putih sangat.
Tak perlu cari yang kaya-kaya sangat.
Tak perlu nak memilih-milih sangat.
Tak perlu nak cari yang bergaya sangat.
Tak perlu cari yang berlagak pandai.
Tak perlu cari yang suka ambil kesempatan.
Banyak lagi la yang tak perlu, supaya kita tak jadi terlalu berlebih-lebih sangat dalam semua segi. Tapi yang perlu nya, hanya cukup sekadar kemas di luar dan "didalam".
(Lagu ini boleh layan, aku tak tipu.Tapi kena dengan 2, 3 kali la jugak)
Lirik Lagu Merpati Band : Tak Rela
andaikan saja kau mau mengerti tentang perasaanku selama ini yang tak menginginkan kamu trus merasa hati dipenuhi rasa curiga coba kau pahami keadaanku ku hanya menguji kesabaranmu ternyata kau tlah salah menilaiku kau tinggalkanku untuk cinta yang baru
reff: sesungguhnya aku tak rela melihat kau dengannya sungguh hati terluka
cukup puas kau buat diriku merasakan cemburu kembalilah padaku
bukan ku menarik ulur hatimu salahkah jika ku mengharapkanmu ku tahu hatimu hanya untukku kau bersamanya pelarian semata
Entry kali ni nak cerita pasal movie lagi. Aku cari movie ni dalam google,ingatkan nak tengok online. Tapi tak ada la pulak.Aduh..kecewa betul la. Cerita ni macam ala-ala cerita 'Ayat-ayat Cinta' dan 'Ketika Cinta Bertasbih'. Aku suka tengok cerita yang berunsurkan islamik ni sebab dalam secara tak langsung,masa tengah tengok cerita tu dapat la menginsafkan diri. Perangai tu biar la elok-elok sikit....hehehe.
Aku sebenarnya dah lama baca novel 'Dalam Mihrab Cinta' ni. Masa tu aku tak tau la pulak novel ni nak difilemkan. Filem ni dah keluar tahun lepas di indonesia.Kalau tak salah aku dalam bulan disember.So tak ada la lama mana pun kan. Kira nya macam baru lagi la cerita ni. Masa aku baca novel 'Dalam Mihrab Cinta' ni,ada satu part dalam novel tu mata aku boleh masuk habuk la pulak. Tak nangis okey,habuk banyak sangat masuk dalam mata ni(alasan...alasan). Tapi kalau nak diikutkan aku ni tak ada la suka sangat baca novel indonesia ni, sebab ayat banyak bunga-bunga(tak paham sangat bahasa dia orang ni). Cerita 'Ayat-ayat Cinta' dan 'Ketika Cinta Bertasbih' pun aku tengok filem je. Novel ada je kat rumah,tapi malas nak baca. Tapi yang peliknya novel 'Dalam Mihrab Cinta' ni aku baca sampai habis la pulak. Lagu dalam cerita ni best-best. Dalam banyak-banyak lagu dalam cerita ni, aku suka yang 2 ni je.
Bunga bunga cinta-Dude Herlino feat Asmirandah
Karena Hati Bicara-Oki Seriana Dewi Feat Andi Arsyil
Sinopsis novel 'Dalam Mihrab Cinta'
Syamsul (Dude Harlino) pemuda 20 tahun-an bertekad menuntut ilmu di sebuah pesantren di Kediri, meninggalkan kehidupannya yang cukup nyaman. Disini ia bertemu dengan Zizi (Meyda Sefira) putri pemilik pesantren yang pernah ditolongnya ketika dijambret di kereta, yang kejadian tersebut membuat mereka jadi dekat. Dipesantren ini Syamsul terusir kerana dituduh mencuri akibat fitnah sahabatnya sendiri Burhan (Boy Hamzah). Kemudian kerana keluarganya sendiri juga tidak mempercayainya, hingga benar-benar membuat Syamsul menjadi seorang pencuri. Di tengah kekacauan dan kegelapan hidupnya ini Allah memberikan jalan baginya untuk bertobat dan mempertemukannya dengan Syilvie (Asmirandah) seorang gadis solehah.
Apakah Syilvie nantinya yang akan berjodoh dengan Syamsul ataukah Zizi yang bakal jadi pendamping hidupnya?(Aku dah baca novel ni.So ending cerita ni ditangan aku...hahaha)
First time aku tengok trailer Hikayat Merong Mahawangsa ni masa tengok wayang hari tu. Perhhh...memang mantap la. Dalam hati ni rasa berdebar-debar je, pada hal baru tengok trailer je kot. Aku dapat rasakan cerita ni memang boleh pergi jauh la. Dengan gambar yang cantik+sound sistem yang mantap. Memang 'Malaysia Boleh!!!' lah.
"Hikayat Merong Mahawangsa" yang menerangkan asal usul raja-raja Kedah berdasarkan mitos dan lagenda, menjadi ahli genre sastera sejarah tradisional Melayu. Hampir setiap kerajaan Melayu zaman silam mempunyai hasil sastera sejarahnya sendiri yang menerangkan asal usul raja-rajanya, asal usul negeri, perkembangan sejarahnya dari awal hingga ke akhir berdasarkan konsep sejarah yang dipegang oleh masyarakat Melayu tradisional. "Hikayat Merong Mahawangsa" menceritakan perjuangan "Merong Mahawangsa" dalam menyelamatkan Puteri China dan disatukan era dari Timur dan Barat.
"Demi maruah dan kesejahteraan negara kita, marilah bersama kita tebas petualang BANGSA"
(Suka sangat dengar dialog ni)
Mantap wey!!
Lor...minah ni pun ada jugak ke..hehehe
Set cantik
Zaman dulu-dulu (Kain baju tak cukup. Zaman sekarang pun macam lebih kurang sama je)
Cantik
Cun Melecun (gambarnya la..orangnya idok la kan..hehehe)
Filem yang diarahkan oleh: Yusry KRU
Dilakonkan oleh: Stephen Rahman-Hughes, Jing Lu, Gavin Stenhouse, Craig Robert Fong, Eric Karl Henrik Norman, Keith Chong, W. Hanafi Su, Dato' Rahim Razali, Khir Rahman, Ummi Nazeera, Nell Ng, Jehan Miskin, Umie Aida, Kuswadinata, Mano Maniam, Ravi Sunderlingam
Banyak wey tanda soal dekat tajuk tu. Diantara filem melayu yang sangat mendukacita. Nak dijadikan cerita, hari tu aku pergi la tengok movie 'HAQ'. Aku tak tau la kalau korang pernah dengar nama movie ni atau tak. Aku ingat memang la nak sokong filem malaysia kan. Bila tengok poster macam dah gempak semacam je. Ingatkan cerita pun gempak jugak la macam poster dia. Lepas dah suku cerita, dah macam-macam tanda soal keluar dalam kepala ni. Aku ni punya la dok ingat aku ada skip mana-mana part, sebab rasa macam lost je. Rupa-rupanya member aku pun tak faham sangat cerita ni. Ada minah sorang ni siap bantai tidur lagi, patut la senyap semacam je.
Persoalannya disini adalah:
Kenapa si badrul tu tiba-tiba je nak benci dengan ayah haq. Dah terang lagi nyata ayah dia meninggal sebab sakit jantung.
Raja Farah tu anak siapa la pulak. Aku ingatkan dia tu adik badrul. Tapi bila dia panggil mak badrul tu 'Mak Lang'. Aku dah start pening kepala. Masa zaman kanak-kanak badrul dengan haq, tak ada la pulak aku nampak budak perempuan. Bila dah besar ni tiba-tiba je dia muncul.
Tiba-tiba je si badrul tu ada kuasa, dia dapat dari mana kuasa tu. Kot ye pun tunjukkan la orang yang bagi dia kuasa tu. Tak kan la dalam tidur dah boleh dapat kuasa. Kuasa haq tu dah memang kita tau datang dari ayah dia.
Apa motif bola 3 ketul macam dragon ball, dalam cerita tu.
Asal la pergi ambik Nanu dalam cerita ni. Bila camera start fokus kat dia, nampak sangat la muka tua dia tu. Macam dah tak ada pelakon muda kat malaysia ni. Dia orang kena la faham. Bila kita tengok wayang, screen nya besar. Bila camera fokus dekat pelakon tu, nampak setiap inci muka pelakon tu(jerawat+kedut-kedut pun boleh nampak okey...)
Memang banyak la tak kena dalam cerita ni....................
p/s : Filem kita, wajah kita okey. So tunjukkan la wajah kita yang cantik-cantik. Jangan la tunjukkan wajah kita yang sekadar boleh tahan je. Sangat la tak cool.
I am not the kind of girl, Who should be rudely bargin' in on a white veil occasion, But you are not the kind of boy, Who should be marryin' the wrong girl,
I sneak in and see your friends, And her snotty little family, all dressed in pastel, And she is yelling at a bridesmaid, Somewhere back inside a room, Wearing a gown shaped like a pastry, This is surely not what you thought it would be, I loose myself in a daydream, Where I stand and say:
"Don't say yes, run away now, I'll meet you when you're out, Of the church at the back door, Don't wait or say a single vow, You need to hear me out," And they said, "Speak now,"
Fun gestures are exchanged, And the organ starts to play A song that sounds like a death march, And I am hiding in the curtains, It seems I was uninvited by your lovely bride-to-be, She floats down the isle like a pageant queen, But I know you wish it was me, You wish it was me, don't you?
Don't say yes, run away now, I'll meet you when you're out, Of the church at the back door, Don't wait or say a single vow, You need to hear me out, And they said, "Speak now," Don't say yes, run away now, I'll meet you when you're out, Of the church at the back door, Don't wait or say a single vow, Your time is running out, And they said, "Speak now,"
I hear the preacher say, "Speak now or forever hold your peace," There's a silence, there's my last chance, I stand up with shaking hands, All eyes on me, Horrified looks from everyone in the room, But I'm only lookin' at you,
I am not the kind of girl, Who should be rudely bargin' in on a white veil occasion, But you are not the kind of boy, Who should be marryin' the wrong girl,
So don't say yes, run away now, I'll meet you when you're out, Of the church at the back door, Don't wait or say a single vow, You need to hear me out, And they said, "Speak now,"
And you say, "Let's run away now, I'll meet you when I'm out of my tux at the back door, Baby, I didn't say my vows, So glad you were around when they said, "Speak now,"
Dari Mata Arisa dan Kau Laksana Bulan adalah cerita drama melayu yang diadaptasi dari novel melayu. Sekarang drama melayu dan movie banyak ambik jalan cerita dari novel. Kalau nak diikutkan drama dan movie, aku lebih suka kalau cerita tu didramakan. Sebab, cerita tu akan jadi lebih panjang bila didramakan, so tak ada la yang cut sana, cut sini(jalan cerita tergantung). Bila tengok cerita tu feel lebih la sikit kan(jiwang la pulak). Drama 'Dari mata Arisa' tu kalau tak salah aku dah lama dah, tapi cerita 'Kau Laksan Bulan' tu baru- baru la jugak main(kalau tak salah aku dalam tahun ni). Kebetulan kedua-dua drama yang aku tengok ni pelakon perempuan dia sama, Ayu Rhaudhah. Layankan aje la ye...
Aduh....naik lagi ke???Kalau asyik naik je, memang tak berasap la kereta aku. Biar la tahun 2010 ni berakhir dengan hati yang tenang sikit. Kalau kot ye pun nak naik, naik la tahun depan. Tapi kalau boleh tak payah la naik langsung kan...hehehe
Subsidi diselaras lagi, harga petrol dan LPG dijangka naik
Oleh G Manimaran
December 03, 2010
KUALA LUMPUR, 3 Dis — Harga bahan api petrol dan diesel serta gas dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini ekoran keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi - dasar yang diperkenalkan Putrajaya pertengahan tahun ini.
Kenaikan kali ini juga dikatakan membabitkan petrol RON 95 dan RON 97. Harga petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai kelmarin. Kenaikan RON 97 kelmarin adalah ekoran perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu. Pengumuman rasmi dijadual untuk dibuat petang ini. “Saya jangkakan kerajaan akan mengumumkan harga petang ini... kenaikan dijangka dalam sekitar 10 hingga 15 sen dan difahamkan, kadar baru ini kuat kuasa mulai esok,” kata sumber industri kepada The Malaysian Insider.
“Kami diumumkan perubahan ini baru-baru ini,” kata sumber itu lagi. Pada 1 November lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter. Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan menimbang kemungkinan untuk menyeragamkan harga diesel yang diberi bantuan subsidi bagi mengelak berlakunya lagi kes-kes penyelewengan di negara ini. Katanya, angkah tersebut dilihat relevan bagi memastikan bantuan subsidi tidak disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab ekoran perbezaan harga diesel yang ditetapkan mengikut sektor. Pada masa ini harga diesel bersubsidi mengikut sektor ialah di pam minyak RM1.75, pengangkutan RM1.45, nelayan RM1.25 manakala industri RM2.05.
Pertengahan Julai lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan harga menyaksikan kenaikan harga beberapa barangan keperluan utama. Dalam kenyataan diumumkan ketika itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pelarasan harga itu membabitkan petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, yang diselaraskan semula sebagai sebahagian daripada Program Rasionalisasi Subsidi. Selaras dengan itu, Kabinet telah mengambil keputusan bahawa berkuat kuasa pada 16 Julai 2010, harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan LPG, dan juga gula, akan diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi.
Menurut Najib yang juga Menteri Kewangan, Penyelarasan semula harga barang-barang itu akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini. Berdasarkan proses itu, kerajaan memutuskan harga petrol RON 95 dan diesel akan diselaraskan sebanyak lima sen seliter bagi semua sektor. LPG akan diselaraskan sebanyak 10 sen sekilogram dan petrol RON 97 akan diapung secara terkawal.
Hari ni rasa macam rajin la pulak nak edit background blog ni. Background sebelum ni dah macam-macam colour yang aku guna. Tapi kali ni rasa macam nak jadi ala-ala suci gitu...hahaha(suci la sangat). Sekarang ni dalam minggu mood final exam. Dalam beberapa minggu ni memang rajin sangat jejak kaki dekat library. Ini salah satu cubaan untuk mengelakkan diri dari melakukan perkara yang bukan-bukan masa di rumah sewa. Dalam rumah tu banyak sangat perkara yang boleh buat aku lali dari tengok buku. Contohnya macam...
Tv
Tilam(asyik rasa nak baring je)
Internet kencang(streamyx daa...)
Perut tu suka sangat mintak makanan.
dan macam-macam lagi la.....
Sebenarnya nak cerita tentang perpustakaan UTHM sebenarnya. Aku rasa tak ramai orang dekat luar sana yang tahu tentang perpustakaan UTHM ni. Buat pengetahuaan anda-anda di luar sana, perpustakaan UTHM yang baru siap ni merupakan 'Perpustakaan Yang Terbesar di ASIA TENGGARA'. Wow....terbesar tu. Perpustakkan ni baru je dibuka dan beroperasi sepenuhnya untuk para pelajar pada bulan Julai 2010 . Untuk pengetahuan korang perpustakaan ni mempunyai keluasan 16 000 meter persegi yang mampu memuatkan sebanyak 300 000 jilid buku dan boleh menampung kapasiti sampai 2 400 pengguna.
Perpustakaan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)
Aku start rajin pergi library ni masa bulan november. Maksud aku 'rajin' pergi tu maknanya duduk dalam library tu dari pagi sampai ke malam ye (perhhh...rajin giler tu). Sebelum ni ada juga pergi, tapi pinjam buku je la, lepas tu terus pecut balik. Baru-baru ni masa aku pergi perpustakkan, aku ternampak sesuatu yang aku rasa pelik bin ajaib. Rasa macam nak tergelak pun ada juga...hahahaha. Baru buka kot perpustakaan UTHM ni. Nak tahu tak apa dia...
Kebocoran!!!
Charger Laptop student. (students ni pergi sembahyang masa kejadian ni berlaku)
Alkisahnya, hujan memang lebat masa tu tapi kebocoran tu sebenarnya kecil je. Tapi air hujan memang tak berhenti-henti keluar masa tu. Jadi agak menakutkan juga masa tu. Diharapkan agar pihak pengurusan perpustakaan UTHM dapat ambil tindakan yang sewajarnya dengan masalah ini ye. Bukan apa, jangan disebabkan benda yang kecil ini jadi makin bertambah-tambah pulak masalah nanti.
Untuk entry seterusnya, aku nak tunjukkan gambar perpustakaan UTHM di kawasan dalam dan juga luar.