BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

12 February 2010

TRUST is PERCAYA






Trust is percaya....percaya is trust...hehehe. Macam tajuk movie 'love is cinta' la pulak. Tak payah bagi tahu makna pun korang dah tahu apa makna percaya kan. Hari ini kita nak cerita isu percayakan kawan bukannya cerita pasal percayakan pakwe or balak okey. Masalah percaya ini bukannya berlaku dekat perempuan ja, sebab lelaki pun ada jugak masalah ini. Tapi kalau kita tengok orang lelaki ini, macam senang je hidup dia orang bila time nak berkawan. Nak kenal senang,nak masuk kepala senang,kalau dapat hobi sama (pada hal baru je jumpa),bersembang macam dah bertahun2 berkawan. Tapi sesetengah perempuan bila berkawan suka buat benda tu complicated,ada je yang tak kena dengan orang ni ataupun dengan orang disitu. So hari ini aku cuma nak berkongsi dengan awak2 yang ada di luar sana. Sejauh mana kita percayakan kawan atau pun your BFF(bestfriends forever)???. Sekarang kita cerita berdasarkan pengalaman pulak. Aku ada kawan dari zaman sekolah,Uitm,politeknik,tempat kerja dan sekarang Uthm. So setiap salah satu dari tempat tu mesti ada seorang, dua orang atau lebih dari tu yang rapat dengan aku. Bercerita masalah dia orang,dari cerita gaduh dengan pakwe,masalah family,masalah dengan member2 sampai la ke masalah dalaman(ni masalah perempuan ye). Bila kita cerita masalah kita dekat seseorang, bermakna kita percayakan orang tu kan. Tapi macam mana kita nilai member2 kita sampai boleh ceritakan masalah dekat dia.



Adakah kita menilai member berdasarkan:


  • dah bertahun2 kawan dengan dia. Bila dah berkawan lama baru la boleh cerita masalah dekat dia.
  • kita tengok melalui luaran dia. Kalau cantik+bersopan santun+cakap pun lembut je bermakna dia adalah orang yang layak dengar masalah kita.
  • tengok perangai. Kalau satu kepala,maknanya dia faham dengan cerita kita.
  • member tu jenis peramah. baru kenal pun dah mesra yang teramat sangat.
  • jenis yang happy go lucky. bila cerita masalah dekat dia,kita rasa tak tension sangat. Sebab ada sesetengah orang yang jenis nak luahkan perasaan je, tak nak pun dengar pendapat orang.
  • yang jenis suka bagi nasihat2,keluarkan hadis2 siap dengan pantun+teka-teki sekali(pantun+teka-teki???ada ke orang macam ni).
  • kita pilih orang yang nampak matang. Tengok gaya dia bercakap,semuanya ada makna(tak sembang kosong je).
  • mungkin kita tengok umur dia, lagi dah berumur lagi bagus. Ada sesetengah orang fikir,lagi berumur bermakna dia lagi matang. Sebab dah makan garam dulu dalam hidup.Tapi aku kurang setuju,sebab pada aku orang tu matang berdasarkan cara dia berfikir bukan kerana umur. Mungkin ada sesetengah orang yang matang bila umur dia bertambah, tapi ini pada sesetengah orang je. Tapi bukannya pada semua orang yang dah berumur.
  • ataupun korang tak tengok orang langsung. Asal aci jumpa je,berbakul2 masalah korang cerita(yang ini memang jenis tak malu langsung)







++++++++++++++++++++++++++++++
Yang paling penting!!!!!
++++++++++++++++++++++++++++++




V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V











'Rambut sama hitam,tapi hati lain2'. Ada pelbagai2 cara orang menilai kita dan cara kita menilai orang. Semuanya ada pandangan masing2. Tapi kalau orang cerita masalah dia pada kita, makna dia percayakan kita. Tapi ada sesetengah orang yang suka menjaja cerita orang. Jenis member yang macam ni kita kene berhati2 sikit,sebab memang BAHAYA. Apa2 pun, saya Khadijah Zek ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada member2 cina yang menyambut. Hari ni yang paling penting, aku nak mengucapkan kepada awak2 yang ada diluar sana supaya 'Selamat Berkawan', kerana bukan semua kawan boleh senang sama2 dan susah sama2. Yang selalunya jumpa mesti nak senang sama2,kalau bersusah sama2 mesti haram tak nak.



My friends+My BFF



































0 comments: