BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

16 October 2010

Welcome to SKYTREX




+++WELCOME+++





Siapa pernah datang sini, boleh angkat hidung korang tinggi-tinggi. Siapa yang rasa dia duduk dekat area shah alam, tapi tak pernah datang sini. Sila tutup muka korang dengan sarung bantal busuk, buat malu je. Tempat ni memang best+adventure. Dekat sini ada 3 jenis adventure, so boleh pilih ikut kemampuan masing-masing. Kalau tak salah aku, aku punya harga RM40.00 tu kot(dapat tiket free). Kalau rasa berminat dan nak tahu lebih detail boleh masuk laman web Skytrex, then boleh terus booking kalau nak main.


Alamat :

SKYTREX ADVENTURE PARK

Taman Pertanian Malaysia
Bukit Cahaya Seri Alam


The Challenges:

Little Adventure (LA) - RM 30.00
Big Thrill (BT) - RM 40.00
Extreme Challenge (X) - RM 45.00



Website : http://skytrex-adventure.com/





Pintu Masuk ke
Bukit Cahaya Seri Alam



BIla budak tak betul bergambar berdua


Botol air-Check
Biskut-Check
Tuala-Check
Pisang-Check
Betik-Check
Durian-Check
Langsat-Check
Rambutan-Check

"Semua siap Tuan"



Apa-apa hal kita Check-in dulu



Muka budak tak sabar nak panjat pokok+minah dekat belakang tu sekali



Gaya budak terencat...hahaha



Safety First



Okey siap untuk terjun



Tenaga banyak habis dekat sini je



Abang Tarzan



Aduhh...jauhnya.....



Akhirnyaa..........





p/s: Ira aku curi gambar kau....itu pun kalau kau baca blog aku la kan...hahahaha

15 October 2010

Eh Lelaki!!!






Hello Readers!!!


Lama sangat tak berblog. Sekarang ni memang busy sangat. Aku pun tak tahu la kenapa sampai tak sempat langsung nak berblog ni. Tapi aku tengok blogger yang lain ada je yang tengah belajar, tapi dia orang sempat post something dekat blog dia orang. Mungkin sebab aku ni tak pandai nak bahagi masa kot atau pun mungkin sekarang ni dah duduk dekat rumah sewa. Keadaan rumah yang kadang-kadang agak kurang selesa(pada aku) untuk duduk lama-lama depan laptop. Suka sangat bagi banyak alasan kan...huhuhu.










Eh Lelaki!!!



Berbalik pada tajuk kita dekat atas tu. Tak ada angin,tak ada ribut tiba-tiba je Eh Lelaki!!...hahaha. Jangan fikir bukan-bukan, aku bukanya sedang bercinta. Tapi aku pelik dengan sesetengah lelaki yang aku kenal ni(member aku). Pada aku bukan ke lagi elok kalau lelaki tu lebih gentleman terhadap wanita. Tak kira la dari segi perasaan ataupun perbuatan. Aku ada terbaca tentang typical malays guy ni .... malas, tak gentleman, and ego. Okey itu mungkin pendapat 'dia'. Tapi bukan semua lelaki melayu macam tu kan...kan(abang-abang boleh anggukan kepala kalau rasa bukan ye). Pada dia apa-apa hal mesti nak perempuan yang mulakan dulu. Memang la zaman sekarang ni dah moden. Apa yang lelaki boleh buat, perempuan pun rasa boleh buat. Tapi agak-agak la sikit, perempuan tetap perempuan okey!! Senang cerita la. Kalau kau ni memang jenis suka perempuan yang mula kan dulu. Cuba kau bayangkan kalau kau ada anak perempuan nanti, kau suka ke kalau anak perempaun kau perangai macam tu. Dah tentu-tentu tak suka kan...............









What you Give, You get Back





Me and Awal Ashaari
(Mamat ni hensem giler kot)

30 July 2010

Surat dari ibu...(sedih sangat).T__T.

Mood nak berblog dah datang balik. Wah...happy sangat. Tapi bila dah lama tak berblog, idea nak merapu tulis panjang-panjang tak ada la pulak. Dah 2,3 entry (rasa macam lagi banyak je) asyik masukkan video youtube je. So faham-faham je la, kes malas memang dah tahap kritikal aku rasa. Siapa yang rasa nak menginsafkan diri sendiri tu, rajin-rajin kan la jari tekan video dekat bawah ni. Kes anak kurang ajar+tak ingat ibu bapa memang dah banyak keluar paper sekarang ni. Tinggal beberapa minggu je lagi kita nak berpuasa, then raya. Selalunya video macam ni memang kerap keluar dekat tv. So kita layankan je la, sambil-sambil menginsafkan diri sendiri. Aku harap sangat aku bukan tergolong macam anak-anak dalam video ni.




My Lovely Mom And Dad








Muka agak gemuk disitu...(^_^)

26 May 2010

Ost Lagenda Budak Setan-Bila Cinta



Lirik Ost Lagenda Budak Setan-Bila Cinta

Penyanyi: Filianti Vlee

Bila cinta kini.
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Dalam harapan





24 May 2010

Rumahtangga musnah sebab gambar prono???Get Fireproof for that...



Movie ni memang dah lama sangat. Kalau tak salah aku masa tahun 2008 kot. Tapi baru-baru ni aku baru tengok movie ni dekat HBO(Channel 411-Astro). Movie ni memang best. Pada aku cerita ni memang tersangat la familiar dengan masyarakat kita sekarang ni. Tajuk movie ni 'Fireproof'. Apa yang 'Fireproof'nya??? Nak cerita pasal bomba ke cerita ni??? Dalam cerita ni lelaki tu memang kerja sebagai ahli bomba pun. Kita semua tahu jadi ahli bomba ni mencabar jiwa dan raga. Kalau aku tak bagi tahu pun korang boleh tahu kerja ni memang mencabar. Tapi yang paling best pasal cerita ni, sudah tentu cerita disebalik kehidupan ahli bomba tu.

Movie ni cerita pasal pasangan yang dah tak ada sefahaman dan dan hampir-hampir nak bercerai. Okey sebenarnya aku nak cerita, bila aku tengok movie ni, dia dah bagi tahu awal-awal punca kenapa rumahtangga dia orang retak. Puncanya...

  • Bukan sebab laki tu ada perempuan lain.
  • Bukan sebab laki tu kaki minum. Suka minum apa pulak laki ni. Suka minum kicap tengah malam ke apa.hahaha...bukan..bukan. Cerita orang putih ni kalau tak minum-minum memang tak sah.


Punca utamanya sebab laki tu suka tengok porno dalam internet. Sebab tu rumahtangga dia orang retak dan bini dia tak boleh nak terima perangai laki dia. Dia rasa laki dia lebih puas dan bernafsu tengok perempuan lain daripada bini dia sendiri. Bini dia rasa jijik dengan perangai laki dia sendiri. Punca dia sebab tu je. Lepas tu masalah dia orang makin berpanjangan bila ada lelaki lain yang ambil berat pasal perempuan ni. Biasalah perempuan, bila ada lelaki yang ambil berat pasal kita, hati perempaun ni cepat tersentuh.


Bila kita tengok sekarang ni, cerita-cerita prono ni senang sangat nak dapat. 'Semuanya hanya dihujung jari anda'. Dari sekecik-kecik budak, sampai la sebesar-besar orang, semua nak tengok benda-benda prono ni. Mungkin dalam cerita ni, dia menceritakan lelaki tu yang bermasalah dan kemudianya perempuan tu. Tapi pada aku cerita prono ni, lelaki dan perempuan pun sama naik je zaman sekarang ni. Sebenarnya yang paling penting 'pokok pangkalnya hati'. Cerita ni mungkin lebih kepada agama dia orang(kristian), tapi tak salah kita ambik iktibar dari cerita ni dan kita berpegang kepada agama kita.
Kalau nak tahu kesudahan cerita ni, pergi tengok sendiri di youtube kalau tak ada Astro.


p/s : Aku menangis kot tengok cerita ni....hahaha...=)




"Never leave your partner, especially in a Fire"












22 May 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir AF8


Sebenarnya tak ada la ikut sangat pun AF8 ni. Tapi bila dah start cuti ni duduk rumah la jawabnya. Kerjanya asyik tengok tv je, dan semestinya tak akan terlepas punya tengok konsert atau diari AF8 yang selalu diulang tayang dichannel Astro Ria. Sebenarnya tak ada la minat sangat mamat ni(muka dia boleh tahan la jugak). Tapi bila dengar single dia 'Kebahagiaan Dalam Perpisahan' rasa macam best la pulak. Telinga aku rasa lagu ni sungguh sedap di dengar. Telinga korang aku tak tahu la kan. Kalau korang rasa best kita layankan je....(^_^)





Lirik Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir AF8


Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih


Chorus
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Ulang Chorus

Kebahagiaan dalam perpisahan


Kebahagiaan Dalam Perpisahan-Shahir AF8.mp3


16 May 2010

Seriously....These kid can play!!!



Greyson performing "Paparazzi" by Lady Gaga

(Edmond's Sixth Grade Festival)



Umur baru 12 tahun okey!!!


08 May 2010

CONTEST- Senyuman Paling Menawan

Perasan sangat. Macam la senyuman tu menawan sangat sampai nak masuk contest ni. Ramai juga dah masuk contest ni. Rasanya macam nak menang tu tipis je. Tak apa la, kita cuba je la kan. Aku dapat tahu tentang contetst ni dari Cik Mieza(my coursemate).



Owner contest ni adalah cik chentazetty
yang cantik+comel ni





Kenapa aku suka senyum???

  • Kalau aku senyum muka nampak manis sikit kot
  • Nampak muka lebih mesra
  • elok diamalkan sebagai senaman pada muka.
  • dapat melambatkan kesan penuaan pada muka. Kalau muka ceria tak ada la nampak tua sangat. Muka muda dari usia sebenar(pada aku la...)
  • orang rasa happy dengan kita(senyum sokmo ye)
  • Kalau nak ambik gambar kawin nanti tak ada la rasa janggal sangat bila senyum(natural from inside)

"A beautiful Smile"


A beautiful smile
falls 'cross your face
When you are happy
or full of grace.

A beautiful smile
fills your eyes,
When you're contented
or surprised.

A beautiful magic
attends your soul,
When you have spoken
of love untold.


Aku tag 4 orang ni untuk join contest ni....



Gambar aku senyum yang budget menawan sangat-sangat ni

Coffee with Nuffies~~~Sara






Hari ni last day di UTHM.Paper habis hari ni dan esok my abah akan menjemput anaknya pulang....!!!


Yah0oooo....~~


Tak payah nak duduk sini lama-lama. Kalau nak diikutkan, dah nak dekat sebulan lebih aku tak balik rumah. Sedihnya...T__T...ish..memang sedih pun. Start kes aku accident hari tu, terus dah tak balik rumah sebab banyak sangat kerja+tak nak jalan banyak sangat(kaki sakit). Sebenarnya aku tak nak cerita pasal final exam aku ni. Sebab kalau aku start cerita kepala mesti serabut. Tak start cerita pun kepala serabut jugak...hehehe


Okey, cik eja kembali ke mo0d "Happy"....


Sebenarnya nak cerita pasal tajuk entry hari ni. Okey mood "happy" datang balik..yes..yes. Hari rabu lepas aku dapat email dari Nuffnang tentang 'Invitation to Coffee with Nuffies session'. Siapa alert dengan website nuffnang(selain tengok earning+traffic korang je), confirm akan perasan post dari nuffnang 'Coffee with Nuffies – Sara'. Aku cuma dapat email dari nuffnang je, tapi tak dapat confirmation lagi dari nuffnang. Kalau aku dapat la kan...diulang sekali lagi ye, KALAU aku dapat memang bertambah-tambah la lagi mood "happy" aku ni. Cuti semester dah start, kalau ada aktiviti macam ni masa cuti semester break best jugak kan. Tak ada la bosan sangat.



E-mail from Nuffnang untuk adinda 'Eja'



Siapa Sara Khoo ni???


Aku pun tak kenal sangat Sara Khoo ni. Tapi kalau dapat pergi minum kopi dengan dia mesti dapat lagi mesra kan...kan(sangat perasan). Di bawah ni ada cerita sikit tentang Sara Khoo ni dan position dia di Nuffnang....



Sara is part of our Ad Ops team, which means that she’s one of the Nuffies in charge of ensuring that all ads are running smoothly at all times for all Nuffnangers.


Here are a couple of random facts about Sara:
  • Can’t gain weight (we know, it drives the rest of the female Nuffies absolutely nuts)
  • Talks to herself when she gets stressed
  • Is extremely brainy – she graduated top of her class not so long ago
  • Has climbed up Mount Kinabalu! They do say never judge a book by its cover ;)













Wish me Luck......

02 May 2010

Akulah lelaki yang bisa mencintamu???



Okey, tiba-tiba tersuka lagu ni la pulak bila tengok
facebook Fahrin Ahmad...hehehe


A good song untuk lelaki diluar sana terutama sekali Fahrin


Lirik Oh Juwita - Nubhan


Duhai Juwita
Sungguh aku tak mengerti
Tak pernah engkau mencuba untuk fahami
Aku yang selalu mencuba untuk menyayangimu di sini


Duhai Juwita
Masihkah hancur hatimu
Setelah patah ditinggalkan kekasihmu
Agar aku yang akan selalu temani mengusap tangismu


Chorus
Akulah lelaki yang bisa mencintamu
Hingga nanti aku akan mati
Akulah lelaki yang bisa menjagamu
Hingga nanti akhir nafasku ini


Duhai Juwita sungguh aku tak mengerti
Tak pernah engkau mencuba untuk fahami
Aku yang selalu mencuba untuk menyayangimu di sini


Tak akan ada lagi
Lelaki yang bisa
Mencintamu seperti ku


Ulang Chorus 2X