BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

29 March 2010

GEMPAR!!!

" GEMPAR...pada jam 11.25 mlm pd 24/3/10 telah berlaku sebuah kemalangan di persimpangan masuk ke UTHM, melibatkan dua orang pelajar perempuan yang dilaporkan parah,mangsa saudari natrah dan khadijah yg bernombor plat KBU **** dirempuh dari arah bertentangan oleh sebuah kereta VIVA.kemalangan dikatakan berpunca dari kekeliruan terhadap traffic light yang beroperasi berbeza dari kebiasaannya.. diharap pihak yang bertanggungjawab memandang serius akan masalah ini..."






Okey...jangan risau-risau semua. Memang yang accident tu aku, Tapi tak ada la sampai parah. Ayat dekat atas tu member aku yang tulis, aku pun tak tahu mana dia dapat info, then publish gambar+info dalam facebook . Apa-apa pun thanks sebab prihatin dengan keadaan member. Berbalik kepada accident tu, sebenar tak ada la parah pun. Cuma lebam dekat sana sini je. Member aku yang bawak motor tu yang serius sikit sakit dia, sebab kena jahit dekat mulut dalam 4cm. Panjang la jugak kan. Takut dengar. Kalau tengok lagi-lagi la takut.



Malam tu lepas habis test, kami pergi makan dekat luar. dengan 2 lagi member (2 motor). On the way nak balik isi la minyak kejap, sebab tangki pun dah nak k.o. Motor yang lagi satu, gerak balik dulu. Lepas habis isi minyak apa lagi, balik asrama la. Tak kan nak lepak-lepak dekat stesan minyak pulak. Apa class!!!...hehehe. Tak ada la, sebenarnya budaya lepak-lepak ni aku tak amalkan dekat sini (dekat rumah kes lain). Sampai dekat simpang tiga UTHM, aku tengok timming traffic light tu dah 40 saat, makna nya lepas ni mesti akan hijau. Member aku pun rasanya fikir benda yang sama jugak, sebab tu dia pun belok masuk UTHM. Tapi dia rasa pelik kenapa kereta VIVA tu tak slow=tak berhenti. BOOM!!!.Terjadi la kemalangan yang amat tragis skali depan pintu masuk UTHM....T_T. Aku tercampak dekat kanan bahu jalan, member aku pulak dekat bahu belah kiri. Pak Guard+orang ramai pun kelam kabut nak datang tolong. Lepas accident tu, aku terus bangun, sebab nak check takut ada patah dan takut ada kereta +lori datang dari depan.



Seram jugak aku masa tu. Lepas check apa-apa yang patut. Aku cari member aku dekat sebelah sana, pelik kenapa dia terbaring je. Aku dah fikir, dia mesti kena teruk. Macam nak nangis je kat situ, tapi tahan jugak. Aku tanya tengkuk, tangan, kaki ada rasa sakit-sakit tak???(macam nurse la pulak). Dia cakap tak sakit. Tapi serius aku takut, sebab tengok muka dia berdarah (keluar dekat hidung+mulut). Lepas pergi hospital, aku dengan member pergi x-ray badan dengan kaki. Alhamdullillah tak ada yang patah-patah. Cuma tak boleh berjalan sangat sebab bengkak dekat kaki kiri. Hurmm...kena la pakai tongkat 2 3 hari ni. Bosan nya. Nak mandi pun susah. Apa-apa pun, kita orang bersyukur sangat, sebab tak ada bahagian badan lain yang cedera parah. Hari ni member aku dah boleh bukak jahitan dalam mulut. Kesian sangat sebab 2 3 hari ni kena makan bubur je. Lepas ni dah boleh makan sedap-sedap ye 'Naah'(nama member aku).



P/s: Lupa pulak. Accident tu sebab setting masa dekat traffic light tu dah bertukar petang tu. Sebab tu la kita orang confuse. Lepas ni tolong tengok lampu isyarat, jangan tengok setting masa lampu tu ye.






Gambar kaki ku yang berbalut.
Gambar muka bengkak tak sempat nak tangkap.





  • Kepada sesiapa yang tengah study sekarang ni. Di harap sangat berhari-hati bila bawa motor atau kereta. Bila nak dekat test ni, macam-macam boleh jadi. Yang paling penting jangan gatal-gatal nak langgar lampu isyarat.





~~INGAT ORANG YANG TERSAYANG~~
"Much love from ME"

8 comments:

joegrimjow said...

kena kaki pon da kire teruk la ni
seb bek selamat

Khadijah Zek said...

tu la pasal...takut la jugak kalau ada yang patah2. nasib baik tak ada. sebab seram tengok motor tu ada bawah kereta....=(

mantan said...

Jah o Jah...
Nampak cam dahsyat juga tu...tapi syukurlah tak teruk sangat....

fiD said...

wah! bahaye la ko nie... mentang jalan parit raja tu besar,,,

Nabiel said...

adehh~
cmner bwk mto nie~?
huhuhu~
kne msuk blajo ag nie~
nseb baek slmt=)

Mohd Fitri Amil said...

hoho.. natrah yew? hahaha name awek aku 2 hahaha.. tp awek aku dak usm la huhuhu.. adoi ai, byk sgt eksiden skunk ni ek? so kpada kawan2.. berhati2 lah ketika menunggang motosikal or memandu kereta k? jangan ikot sesedap rasa anda jew... pikirkan orang lain gak (terutamanya yang memandu kereta)

zulkbo said...

salam..
keciannya kaki..berbungkus
selalu makan nasi bungkus..
last kaki kena bungkus..
sedih lak saya tengokkan..

Khadijah Zek said...

mantan : Alhamdullillah...tak ada yang patah2

fiD : sebab jalan besar la kereta n lori laju bukan main..mcm dekat highway plak parit raja tu.

Nabiel : malang tak berbau. kalau boleh boleh bau dah lama elak

Mohd Fitri Amil : berhati2 di jalan raya. ingat la org yg tersayang.

zulkbo : kaki bungkus=nasi bungkus ..hehehe. benda nak jadi..nk bt mcm mana kan...=(