31 March 2010
'Magic-Cracker Sandwich'
Berbalik kepada biskut ni. Dulu aku suka sapu Nutella dengan biskut kosong. Tapi bila makan biskut 'Magic-Cracker Sandwich' ni, aku tak ada la cakap rasa coklat dia macam Nutella. Tapi rasa dia boleh tahan. Sedap la jugak, yang penting biskut tu tak masuk angin. Dulu aku ada beli biskut lebih kurang macam tu jugak, tapi brand lain. Huh...rasa dah la tak sedap, lepas tu masuk angin pulak. Memang membazir, sebab dia packing biskut tu kecil-kecil dalam satu plastik. Banyak la jugak. Okey..okey...pembaziran berlaku, aku tahu. Tapi memang dah tak boleh nak telan. Bagi member pun member tak nak(tak sedap katanya). Pandai, dah tak sedap baru nak bagi orang.
30 March 2010
When I Look At You
Bila kita susah, baru kita tau siapa kawan dan siapa pulak bukan kawan kita (bukan musuh). Kawan sekadar nak bergelak ketawa memang bersepah dekat luar sana. Tapi kalau kawan nak bersusah memang boleh dikira dengan jari je. Tapi bila accident hari tu, aku memang tak nak bagi tau member rapat aku, sebab tak nak bagi dia orang susah hati. Tapi kalau siapa yang dah tahu tu, aku nak ucapkan terima kasih sangat call sebab prihatin+ambil berat. Aku bukannya orang yang suka nak ambil simpati orang dalam kesusahan aku. Tapi member yang prihatin dengan kesusahan kita tanpa fikirkan balasan memang member yang diminati ramai untuk dibuat kawan. Betul kan!
Pada aku, apa salahnya kita tolong orang pada masa dia susah. Mungkin kali ini hari dia. Kita tak tahu esok, lusa, bulan depan atau tahun depan mungkin hari kita pulak. Fikir nak dapat balasan bila tolong orang ni, memang orang yang hipokrit. Bumi ni bulat, mungkin hari ni kita duduk di atas, esok lusa mungkin kita ada di bawah.Kesempurnaan+kesenangan kita ni, senang je nak di tarik balik oleh Allah s.w.t kalau kita tak belajar erti bersyukur dan belajar berkongsi dengan orang lain. Aku tak ada la nak cakap aku ni baik sangat+alim, tapi aku tak ada la teruk macam sesetengah 'orang' tu yang hipokrit sangat-sangat. Kita doakan yang baik-baik je la dekat orang kan. Sebab kita pun nak orang doakan yang baik-baik untuk kita. Hurmmm......leganya bila dah luahkan....(^_^)
29 March 2010
GEMPAR!!!

Okey...jangan risau-risau semua. Memang yang accident tu aku, Tapi tak ada la sampai parah. Ayat dekat atas tu member aku yang tulis, aku pun tak tahu mana dia dapat info, then publish gambar+info dalam facebook . Apa-apa pun thanks sebab prihatin dengan keadaan member. Berbalik kepada accident tu, sebenar tak ada la parah pun. Cuma lebam dekat sana sini je. Member aku yang bawak motor tu yang serius sikit sakit dia, sebab kena jahit dekat mulut dalam 4cm. Panjang la jugak kan. Takut dengar. Kalau tengok lagi-lagi la takut.
Malam tu lepas habis test, kami pergi makan dekat luar. dengan 2 lagi member (2 motor). On the way nak balik isi la minyak kejap, sebab tangki pun dah nak k.o. Motor yang lagi satu, gerak balik dulu. Lepas habis isi minyak apa lagi, balik asrama la. Tak kan nak lepak-lepak dekat stesan minyak pulak. Apa class!!!...hehehe. Tak ada la, sebenarnya budaya lepak-lepak ni aku tak amalkan dekat sini (dekat rumah kes lain). Sampai dekat simpang tiga UTHM, aku tengok timming traffic light tu dah 40 saat, makna nya lepas ni mesti akan hijau. Member aku pun rasanya fikir benda yang sama jugak, sebab tu dia pun belok masuk UTHM. Tapi dia rasa pelik kenapa kereta VIVA tu tak slow=tak berhenti. BOOM!!!.Terjadi la kemalangan yang amat tragis skali depan pintu masuk UTHM....T_T. Aku tercampak dekat kanan bahu jalan, member aku pulak dekat bahu belah kiri. Pak Guard+orang ramai pun kelam kabut nak datang tolong. Lepas accident tu, aku terus bangun, sebab nak check takut ada patah dan takut ada kereta +lori datang dari depan.
Seram jugak aku masa tu. Lepas check apa-apa yang patut. Aku cari member aku dekat sebelah sana, pelik kenapa dia terbaring je. Aku dah fikir, dia mesti kena teruk. Macam nak nangis je kat situ, tapi tahan jugak. Aku tanya tengkuk, tangan, kaki ada rasa sakit-sakit tak???(macam nurse la pulak). Dia cakap tak sakit. Tapi serius aku takut, sebab tengok muka dia berdarah (keluar dekat hidung+mulut). Lepas pergi hospital, aku dengan member pergi x-ray badan dengan kaki. Alhamdullillah tak ada yang patah-patah. Cuma tak boleh berjalan sangat sebab bengkak dekat kaki kiri. Hurmm...kena la pakai tongkat 2 3 hari ni. Bosan nya. Nak mandi pun susah. Apa-apa pun, kita orang bersyukur sangat, sebab tak ada bahagian badan lain yang cedera parah. Hari ni member aku dah boleh bukak jahitan dalam mulut. Kesian sangat sebab 2 3 hari ni kena makan bubur je. Lepas ni dah boleh makan sedap-sedap ye 'Naah'(nama member aku).
P/s: Lupa pulak. Accident tu sebab setting masa dekat traffic light tu dah bertukar petang tu. Sebab tu la kita orang confuse. Lepas ni tolong tengok lampu isyarat, jangan tengok setting masa lampu tu ye.
- Kepada sesiapa yang tengah study sekarang ni. Di harap sangat berhari-hati bila bawa motor atau kereta. Bila nak dekat test ni, macam-macam boleh jadi. Yang paling penting jangan gatal-gatal nak langgar lampu isyarat.
23 March 2010
Hari Emosi SEDUNIA
(hari ni TAK ADA 'much LOVE' from me)
21 March 2010
I’m going to the Gatsby Deodorant Street Fair
Kenapa la beriya2 sangat nak pergi ' Gatsby Deodorant Street Fair ' ni??? Best sangat ke??? Ish... banyak tanya la pulak. Aku memang nak pergi . Kalau siapa yang tak pergi memang rugi. Dekat sana akan ada lucky draws dan hadiah2 yang bernilai sehingga RM15,000 (WOW!!!). Menarik kan. Siapa yang tak tertarik tu memang la buta. Bukan buta mata, kalau mata korang buta macam mana nak baca blog ni kan..kan..HEHE. Siapa yang suka main dan bersuka ria memang wajib datang sebab di sana juga akan ada bermacam2 game yang best. Kalau rasa nak main........
- Sumo Wrestling (in air bag suits!)
- Gladiator battles
- Ada lagi game2 lain yang menarik. ( kalau nak tau game apa lagi yang ada, kena la datang )
tak ada maknanya ganas2.
- Date : 17 April 2010
- Time : 10 am – 5 pm
- Venue: Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square, KL
18 March 2010
Akhirnya...Aku MENANG 'Anugerah Blog Tercantik'

Syarat2 untuk terima Anugerah ini :
2. Pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic
3. Contact said Blogs and let them know they've won the award
4. State 7 things about yourself.
- Ini adalah 15 boggers yang terpilih dan aku rasa blog dia orang cantik. Yang tak terpilih jangan sedih sebab, blog korang pun cantik2 jugak. Lagi cantik dari blog aku rasanya...hehehe
- BiLa BaDBoY MeNuLiS
- sentuhankasihsuci
- Uda
- blue
- Mizz Nora
- miss Lolly
- shazzy
- Sara
- Nabiel
- Dahlia
- Farenova
- Myravea
- e~car
- sakiralicious
- Asliza
- 7 Things about MYSELF
- Suka ketawa
- Diantara orang yang tak cukup ketinggian
- Suka masuk kedai kasut
- Suka minum chocolate cream chip from starbuck (Favorite)
- suka warna pink, merah, ungu......(senang cerita warna yang colourful)
- tak suka bercakap dekat depan dengan orang yang ramai (darah gemuruh)
- Suka perfume Ralph Lauren
14 March 2010
Konsert Super Junior di MALAYSIA

Masa : 7 malam
(**selalunya mesti start lambat kan. Sempat lagi nak sembahyang maghrib)
Tempat : Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Harga Tiket : Rm138, RM238, Rm438 (Mahalnya)
****Nak tahu lebih lanjut click sini >>>> (^_^)****
10 March 2010
I Just Love Good Smelling People
Aku suka sangat dengan lelaki yang suka bermain apa saja jenis sukan sebab mereka sangat menarik untuk dilihat ketika tengah bermain. Tersangat la seksi bila mereka berpeluh dan kelihatan tangkas ketika di padang. Tapi bila datang je bab bau lepas habis je bermain, ADUH...macam nak pengsan je dekat situ. Okey2...bukan semua kaum lelaki berbau selepas bersukan atau ketika keluar berjalan2 dengan dia. Ada sesetengah kaum lelaki yang peka dengan bau mereka, akan lebih mengambil perhatian tentang aspek untuk mengurangkan bau tersebut. Kita mesti suka kalau bau lelaki sebelum pergi bersukan dengan selepas bersukan masih berada dalam keadaan level " Sedap dan Enak Dibau ". Lelaki tidak memerlukan perfume yang berbotol2. Apa yang penting pada mereka, adalah buat pilihan deodorant yang tepat kepada diri sendiri. Bau juga mencerminkan keperibadian kita.
Adidas Action 3 Anti-Perspirant deodorant? Deodorant apa tu? Untuk perempuan tak ada ke? Deodorant untuk tak bersukan tak ada ke? Saya tak suka bau yang macam ni, bau lain tak ada ke?. Banyaknya soalan. Deodorant Adidas Action 3 Anti-Perspirant ada 6 jenis bau yang boleh dipilih sama ada nak berbau 'Fresh' ketika bersiar2 ataupun boleh menggunakan 'Pro-Level'yang dikhususkan untuk para atlet. Kepada yang suka bersukan memang wajip beli yang 'Pro-Level' ni. Itu sahaja dari aku. Akhir kata...
- INTENSIVE
- CONTROL
- SENSITIVE
- PURE
- FRESH
- PRO-CLEAR
09 March 2010
Rumah Sewa???
- nak duduk mana semester depan?
- nak study dekat mana?
- nak tidur+baring 2 dekat mana?
- nak mandi dekat mana?
- nak makan dekat mana?(kedai makan berlambak dekat sini. Tak ada hal punya)
- .....
- ......
- .....
- .....
- .....


Kalau rumah tu banyak sangat, sampai tak terduduk.Tolong2 la letak signboard dekat atas ni. Sewakan saja dekat orang. Duit pun dapat tiap2 bulan, hati pun senang. Tapi cari penyewa tu biar la yang elok perangai (macam kami HAHAHA). Nanti kalau dapat yang macam hantu nanti bukannya senang hati, dapat sakit hati ada la.
07 March 2010
Secrets to Clear Skin dengan Cik Bubzbeauty
Okey2...bukan aku yang nak bagi tips. Tapi cik bubzbeauty yang nak bagi tips2 ni. Siapakah cik bubzbeauty??? Okey, dia adalah perempuan yang teramat la comel, nak cakap details pasal dia pun aku tak pandai sangat. Yang penting, dia memang popular di youtube dengan tips2 makeup dan kecantikkan. Mengikut kata dia, sebelum ni dia memang ada masalah dengan pakcik dan makcik jerawat ni. Tapi lama kelamaan, kulit dia beransur2 okey dengan rutin2 yang dia buat selalu (selalu atau tidak hanya dia yang tahu). Tapi aku cuba untuk buat rutin yang dia buat, tapi bukan semua(sebab kadang2 boleh hilang fokus jugak). Mungkin rutin2 ni memang korang pernah baca berpuluh2 kali di majalah atau blog2 yang lain.
- kena minum banyak air. Kalau boleh 8 gelas satu hari.(aku cuba)
- harus tidur dengan secukupnya.(8 jam sehari>>>mustahil pada aku)
- bersenam okey. Amat2 la penting.(yang ni aku buat jugak,tapi kadang2. Bila ada free time)
- Makan banyak buah dan sayur-sayuran.(aku buat bila di rumah,sebab kalau dekat sini waktu makan tak menentu)
- jangan terlampau bergantung kepada produk kecantikan(tak cepat terpenggaruh)
- Basic sangat2 okey. Clenser, toner and moisturizer(memang aku pakai hari2)
- steam muka.(pernah buat sekali je seumur hidup, itu pun sebab pergi facial. Lepas tu haram tak pernah buat)
- minum Green tea.(tengah diminum setiap hari)
Kesilapan dari saya...
PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
Tarikh keputusan SPM jatuh pada:
11 MAC 2010(hari khamis jugak ye)
Masa : 10 pagi (ikut sekolah masing2)
06 March 2010
Siapa yang nak ambik result SPM mesti...TENSION!!!
Wish me luck !!
Aku dengar cerita keputusan SPM nak keluar 11hb februari ni (kepada sesiapa yang pemalas nak tengok kalender, 11hb tu hari khamis). So kepada adik2 ku yang teruja+takut+gembira nak ambil keputusan hari khamis ni diminta bawa2 bertendang. Okey silap2 "bawa2 bertenang". Diharap2 kan semua akan dapat result yang sukses. Tapi kepada sesiapa yang dapat keputusan yang kurang sukses, jangan kecewa sangat. Sebab sekarang ni ada banyak sangat tempat untuk kita nak sambung belajar, so jangan risau kalau korang rasa tak dapat nak sambung belajar dekat tempat yang korang nak. Dekat mana2 pun boleh belajar, yang penting kena fokus(yang bercerita ni pun kadang2 hilang fokus jugak). Tak ada maknanya kalau dapat tempat belajar yang kita nak, tapi belajar main2. Amat merugikan kepada diri dan keluarga(cakap berdasarkan pengalaman okey!!). Aku suka sangat kalau adik2 yang lelaki ni pergi sambung belajar, sebab tak ramai sangat yang lelaki ni nak sambung belajar. Mungkin lebih suka kerja kot+mungkin tak berpeluang nak sambung. Mungkin..mungkin dan mungkin. Pada aku, rezeki kita ni ada dekat mana2, yang penting kena rajin je. Betul tak...betul tak..betul tak!!(cakap betul sekarang jugak, sambil angkat tangan menyokong kata2 aku ni).

03 March 2010
BlogKu bersama Nuffnang
Hari ni dapat email 'Sulit' dari Nuffnang. Hopefully they can pick me for that even. Aku pun tak tahu even apa, tapi yang penting aku boleh bawa sorang member. So tak ada la boring sangat kan. Aku tengok nuffnang banyak buat even untuk bloggers under nuffnang. Selalunya nampak macam meriah je. Teringin jugak nak join then boleh kenal dengan member2 baru. Wah2...cerita macam dah terpilih je kan. Kalau tak dapat pun tak apa. Nak buat macam mana, dah orang tak nak dekat kita (sambil guling2 menangis dekat atas katil). Aku ada facebook, friendster, mysapce tapi selalunya aku main biasa2 je, tak ada la nampak macam excited sangat dengan benda2 macam tu. Sebab tak semua letak info yang betul pasal profile diri, bukan nak menipu (untuk keselamatan la). Hari ni aku duduk berdua je dengan roommate, sebab lagi dua orang balik minggu ni. Tak apa la, bagi la chance dekat dia orang pulak balikkan, kesian pulak tengok (dengki la tu kan). Aku suka sangat buat blog then pos entry yang best2 (best ke???). Tapi aku paling tak suka buat blog bila idea tak ada. Tapi rasa macam nak pos entry jugak hari tu, tapi tak boleh jugak sebab dah penat perah idea dalam kepala ni, tapi tak nak keluar2 jugak. Last2 aku pergi baca blog orang je hari tu, entry aku tu publish esok2 je la bila aku rasa senang hati+suka hati aku bila aku nak pos HAHAHA (ketawa guling2 atas katil).

Ambik ni...!!gambar tahun lepas yang dah basi dalam laptop aku ni
Siap ada anai-anai lagi
(*kantoi tangkap gambar dekat webcam pakai handphone)
(**dah pakai webcam, buat apa tangkap pakai handphone pulak, tu la pandai sangat dia ni)
02 March 2010
Best Bits of Project Alpha Season 1

Wow!!! Teruja sangat bila tengok playback clip video 'Project Alpha Season 1'. Ramai sangat blogger-blogger yang mempunyai pengalaman yang menarik untuk di ceritakan di dalam blog mereka. Kita tak tahu, ada di antara mereka mereka diluar sana yang mempunyai cerita kehidupan serta info yang menarik untuk dikongsi dengan hanya berblog. Bunyi macam senang bukan. Tapi tak sesenang yang kita dengar, kerana mereka yang berblog perlu mempunyai idea-idea yang menarik untuk membolehkan entry mereka di baca oleh beribu-ribu pembaca blog yang mengikuti perkembangan mereka. Sekarang anda tahu, bukan senang untuk berblog!!! Tapi yang paling penting ' Projek Alpha Seasons 1 ' sebelum ini mempunyai senarai pendek (bloggers yang terpilih), untuk menceritakan tentang saat bermulanya mereka berblog serta apa yang menjadikan blog meraka begitu tertarik untuk dibaca. Rancangan yang amat menarik dan penting untuk ditengok, terutama sekali kepada blogger-blogger yang baru berjinak-jinak untuk berblog kerana mereka ada memberikan tip-tip untuk mendapatkan bahan supaya blog anda menjadi lebih menarik serta tertarik untuk di baca. Saya paling suka sekali dengan travel blog. Terlalu banyak info untuk dibaca dan saya berharap sangat dapat pergi ke salah satu daripada tempat tu. Di samping dapat melancong ke serata dunia, kita juga dapat berkongsi info yang kita tahu kepada pembaca blog. I love blog Nicolekiss, sebab saya boleh dapat banyak info tentang tempat yang saya nak pergi (suatu hari nanti...)– Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.
Story only about me..not you or you...okey!
Sepatutnya dua2 kenduri tu hari ahad. Tapi aku rasa macam tak sempat je nak pergi dua2 kenduri pada hari yang sama, sebab aku kena balik johor hari ahad tu jugak. So aku buat keputusan, aku pergi hari sabtu masa akad nikah member aku yang sorang ni. Setidak2 nya pergi jugak kan, daripada tak pergi langsung. Member aku ni aku kenal masa di Uitm dulu. Member yang caring, tapi kadang2 emosi jugak...hehehe. Kami bukanya satu course, tapi kami kenal sebab kami satu bilik+satu katil(katil double decker). Memang dah lama sangat tak jumpa dia, pada hal rumah dia tak ada la jauh sangat (baru tahu masa pergi rumah dia sabtu tu). Lepas akad nikah tu, dia bagi tahu lepas ni dia dah tak duduk dekat situ, sebab kena ikut suami dia yang kerja dekat terengganu. Sedihnya, dah la lama tak jumpa. Lepas tu dia nak duduk area pantai timur, lagi la jauh. Bila la dapat jumpa dia lagi lepas ni.
Kenduri hari ahad ni pulak, member yang aku kenal masa praktikal di KTM (Keretapi Tanah Melayu). Banyak sangat kenangan masa praktikal dulu!!!
- sama2 kena marah dengar supervisor kita orang
- kalau hari jumaat mesti plan pergi jalan2 atau pergi tengok wayang atau pun susun kerusi dibilik meeting, lepas tu Zzzzzz(tidur) HAHAHA-->Waktu rehat hari jumaat kan lama sikit. So kita ENJOY!!!
- Tukar2 nota praktikal(sebab dah tak ada idea nak tulis pasal apa dalam buku tu)
- sarapan pagi yang tersangat la murah. Makan la apa pun dalam cafe tu tetap kena bayar RM1 je
- Borak2 dengan supervisor(abang wan). Sebab suka bagi kata2 perangsang dekat kita orang.
- Abang wan yang suka belanja kita orang( budak2 perempuan)...huhuhu
- Main2 dalam train komutar+pergi test run train dari sentul ke rawang.

Lukisan ni dia dilukis di sepanjang tembok bawah jambatan,
panjang la jugak.
" Suka sangat gambar ni sebab macam seni sangat "