" BIARLAH RAHSIA"
Sepatutnya dua2 kenduri tu hari ahad. Tapi aku rasa macam tak sempat je nak pergi dua2 kenduri pada hari yang sama, sebab aku kena balik johor hari ahad tu jugak. So aku buat keputusan, aku pergi hari sabtu masa akad nikah member aku yang sorang ni. Setidak2 nya pergi jugak kan, daripada tak pergi langsung. Member aku ni aku kenal masa di Uitm dulu. Member yang caring, tapi kadang2 emosi jugak...hehehe. Kami bukanya satu course, tapi kami kenal sebab kami satu bilik+satu katil(katil double decker). Memang dah lama sangat tak jumpa dia, pada hal rumah dia tak ada la jauh sangat (baru tahu masa pergi rumah dia sabtu tu). Lepas akad nikah tu, dia bagi tahu lepas ni dia dah tak duduk dekat situ, sebab kena ikut suami dia yang kerja dekat terengganu. Sedihnya, dah la lama tak jumpa. Lepas tu dia nak duduk area pantai timur, lagi la jauh. Bila la dapat jumpa dia lagi lepas ni.
Kenduri hari ahad ni pulak, member yang aku kenal masa praktikal di KTM (Keretapi Tanah Melayu). Banyak sangat kenangan masa praktikal dulu!!!
- sama2 kena marah dengar supervisor kita orang
- kalau hari jumaat mesti plan pergi jalan2 atau pergi tengok wayang atau pun susun kerusi dibilik meeting, lepas tu Zzzzzz(tidur) HAHAHA-->Waktu rehat hari jumaat kan lama sikit. So kita ENJOY!!!
- Tukar2 nota praktikal(sebab dah tak ada idea nak tulis pasal apa dalam buku tu)
- sarapan pagi yang tersangat la murah. Makan la apa pun dalam cafe tu tetap kena bayar RM1 je
- Borak2 dengan supervisor(abang wan). Sebab suka bagi kata2 perangsang dekat kita orang.
- Abang wan yang suka belanja kita orang( budak2 perempuan)...huhuhu
- Main2 dalam train komutar+pergi test run train dari sentul ke rawang.
Gambar kenduri Ita aku tak ada sebab bateri handphone dah tinggal nyawa2 ikan, tunggu masa je nak mampus. Sedihnya...(T_T)
Masa dalam train on the way balik rumah aku nampak lukisan ni.
Lukisan ni dia dilukis di sepanjang tembok bawah jambatan,
panjang la jugak.
" Suka sangat gambar ni sebab macam seni sangat "
Masa dalam train on the way balik rumah aku nampak lukisan ni.
Lukisan ni dia dilukis di sepanjang tembok bawah jambatan,
panjang la jugak.
" Suka sangat gambar ni sebab macam seni sangat "
0 comments:
Post a Comment