BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

02 March 2010

Best Bits of Project Alpha Season 1


Wow!!! Teruja sangat bila tengok playback clip video 'Project Alpha Season 1'. Ramai sangat blogger-blogger yang mempunyai pengalaman yang menarik untuk di ceritakan di dalam blog mereka. Kita tak tahu, ada di antara mereka mereka diluar sana yang mempunyai cerita kehidupan serta info yang menarik untuk dikongsi dengan hanya berblog. Bunyi macam senang bukan. Tapi tak sesenang yang kita dengar, kerana mereka yang berblog perlu mempunyai idea-idea yang menarik untuk membolehkan entry mereka di baca oleh beribu-ribu pembaca blog yang mengikuti perkembangan mereka. Sekarang anda tahu, bukan senang untuk berblog!!! Tapi yang paling penting ' Projek Alpha Seasons 1 ' sebelum ini mempunyai senarai pendek (bloggers yang terpilih), untuk menceritakan tentang saat bermulanya mereka berblog serta apa yang menjadikan blog meraka begitu tertarik untuk dibaca. Rancangan yang amat menarik dan penting untuk ditengok, terutama sekali kepada blogger-blogger yang baru berjinak-jinak untuk berblog kerana mereka ada memberikan tip-tip untuk mendapatkan bahan supaya blog anda menjadi lebih menarik serta tertarik untuk di baca. Saya paling suka sekali dengan travel blog. Terlalu banyak info untuk dibaca dan saya berharap sangat dapat pergi ke salah satu daripada tempat tu. Di samping dapat melancong ke serata dunia, kita juga dapat berkongsi info yang kita tahu kepada pembaca blog. I love blog Nicolekiss, sebab saya boleh dapat banyak info tentang tempat yang saya nak pergi (suatu hari nanti...)– Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.


0 comments: